Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Dana @ Adriana 9

Bab 9
Adrian menghentikan langkahnya di depan pintu pejabat yang pernah di duduki oleh Adriana.. Di mengeluh apabila melihat susuk tubuh seorang lelaki yang termenung jauh di tepi tingkap. Tempat Adriana selalu termenung apabila memikirkan idea. Kehadirannya di sana masih tidak diendahkan oleh lelaki itu.
”Aku harap kau tak berfikir mau terjun dari Tingkap tu.. sebab nanti bila kau jatuh, badan kau terburai kat bawah tu.. menyusahkan orang je nak pungut badan kau kat sana..”
Sarkastis dan sinis. Lelaki itu tersenyum keruh.
”Masih belum ada berita tentang Rya?”
Adrian menggeleng perlahan..Melihat gelengan lemah itu lelaki itu mengeluh lagi..
”Aku tak tahu mana lagi nak cari dia.. Macam dia dah padam semua jejak dia.. Mungkin dia dah tak nak jumpa aku lagi..”
Adrian menepuk perlahan bahu Ikhwan. Dia tahu yang Ikhwan sudah menyesal dengan tindakannya. Semua orang yang berbuat salah pasti menyangka yang kesalahan mereka tidak akan dapat diketahui oleh orang lain.. Bila sudah bocor semua ra…

My EX-BF List BooK... 7

Bab 7
“Aku tak tahu pulak kau minat bunga…”
Sindiran pertama yang dia terima hari ini selepas menerima ‘sekebun’ bunga ros merah,putih,pink dan segala jenis warna ros.. kalau ada ros hijau, ros hijau tu pun akan memenuhi bilik pejabatnya.
“Minah bunga juga rupanya kau ni ek?”
Sekali lagi sindiran dari orang yang sama. Meh, kita cek siapakah gerangan yang mahu meninggal sebelum ajal ini.. Dan pemenangnya ialah…….. Darius.. Pang! Amik kau satu dari gubahan bunga ros yang menyemak di mejanya berterbangan ke arah Darius.
“ah… lega.. terima kasih kerana masuk ke dalam office saya untuk menjadi pelepas geram saya. You may go now if there no anything else..”
Kata Lily selamba walaupun dia nampak muka berkerut Darius menahan marah akibat balingan bunga ros darinya sebentar tadi. Siapa suruh…,dahlah dia tengah bengang dengan Adie Sufian.
Hisy! Minah ni datang bulan ke apa nak mengamuk tak tentu pasal. Selalunya kata aku sindir dia, kalau rajin dia balas.. kalau tak rajin dia jeling je..Hari n…

Dana @ Adriana 8

Bab 8

“Emm.. Tak mungkinlah.. Abang setia ke? Selalunya perempuan lebih setia dari lelaki..”
“Itu orang lain.. abang lain.. Abang Cuma setia dengan ayang sorang je..”
“Ye ke ni?... Tak kisahlah apa-apa pun.. Yang penting I love you more than you love me..”
“Takdelah.. Abang sayang ayang lebih dari ayang sayang abanglah..”
“Mana ada...Ayang yang lebih banyak sayang abang..”
Tak puas hati..
“Okay.. But I love you first..”
“I love you last..”
Mikhail tertawa mendengaran balasan dari tunangnya.. Hidung gadis yang mancung itu di cuit perlahan..
“will you promise with me?”
Dia merenung gadis itu.. Mintalah apa-apa untuk dia janjikan.. Pasti dia akan tunaikan.
“Apa dia wahai permaisuri hatiku?”
“Janji dengan Ayang yang abang akan setia sampai bila pun.. Walaupun Ayang dah kerepot..”
Mikhail tertawa lagi... Cuba membayangkan wajah si kekasih hati bila mereka sudah tua nanti.. dia pasti yang kekasihnya itu tetap tampil anggun walau diselubungi usia tua.
“Tak payah ayang minta.. Abang memang se…

Dana @ Adriana 7

Bab 7
Doktor Helmi datang lagi untuk melihat keadaan dirinya.. Sudah berkali-kali dia menghadiri terapi yang dicadangkan doctor muda itu.. Namun memorinya masih lemah untuk mengingati siapa dirinya yang sebenar.
“Hai... Macam mana hari ni?”
Tanya Doktor muda itu selepas saja Dana menuang air kopi di cawannya.
“Macam begitu juga.. Sihat tapi tak sihat..”
“Takpelah.. Nanti-nanti ingat juga tu,, tak payah rushing..sunyi je, Mana Auntie Rafeah?”
“Ada kat atas tu.. tengah solat mungkin.. Mak Timah kat dapur.. tengah siapkan makan tengah hari,, Encik Mikhail pula tak tahu kat mana.. Tadi pagi ada..”
Doktor Helmi mengangguk.Tiada sebab sebenarnya kenapa dia bertandang di villa itu.. Selalunya dia akan datang untuk membawa Dana menjalani terapi tapi tidak untuk hari ini.. Walaupun baru dua hari tidak bertemu dengan gadis itu, hatinya mula berasa kehilangan.
“Doktor nak jumpa Datin Rafeah ke? Atau encik Mikhail?”
Pelik melihat kehadiran doctor Helmi pada hari ini.. rasanya hari ini dia tidak ada tem…

Dana @ Adriana 6

Bab 6
“Dana.. Tolong ambilkan daun pandan kat belakang tu.. Nak buat nasi lemak..”

“Baik Mak Timah”

Dana dengan yakinnya melangkah ke kebun mini milik Datin Rafeah. Kemudian dia menggaru kepala.. Diperhatikan tumbuhan sekeliling.. Mencari daun pandan yang diminta. Dia tersenyum apabila melihat daun pandan didalam pasu coklat yang diletakkan bersama bunga-bunga kertas yang tumbuh mekar. Daun pandan tanam dalam pasu?Kan dah batut pembesaran daun pandan ni.. Kenapa tidak tanam saja di dalam tanam tanpa menggunakan pasu.. Kan senang daun pandan itu membesar. Dia menggunting beberapa helai kemudian memberinya kepada Mak Timah. Mak Timah memandangnya hairan. Dia tersenyum.. Entah apalagi masalahnya.. Mungkin daun yang dia ambilkan terlampau banyak atau sedikit.. Dia mana pandai mengagak bahan untuk dimasak..

“Mak Timah.., buatkan saya kopi..”

Laaa... ‘Tuan Muda’ rupanya ada pulang.. Dana sungguh tidak selesa berada di Villa itu jika Mikhail menunjukkan kehadirannya di sana.. Dana merasakan sa…

Dana @ Adriana 5

Bab 5
“Mike.., mari minum sekali..”
Panggil Datin Rafeah kepada anaknya yang baru memunculkan diri di pintu utama rumahnya. Mike berjalan ke arah ibunya dan pandangannya singgah ke muka Dana. tertanya-tanya siapakah gadis itu..
“Mike kenal siapa Dana?”
Tanya Datin Rafeah. Mike membuat muka bingung. Bukankah dia baru saja sampai di Villa Damai itu, kenapa dia yang di soal.
“Hah? mana Mike kenal Ma, Mike baru je balik dari ofis, tiba-tiba Mama tanya soalan cepumas ni pulak.”
Jawab Mike sedikit tidak puas hati.Sudahlah dia tertekan menunggu Adriana yang tak kunjung tiba. Dia merenung kembali muka gadis itu. Terdetik di hatinya mengatakan yang gadis di depannya itu sememangnya cantik dan mempunyai tarikan tersendiri.
“Yang kamu tersenyum tengok muka Dana ni kenapa? Dan gatal sangat?”
Marah Datin Rafeah perlahan bila menangkap senyuman Mike ketika memandang wajah Dana. Perangai anaknya itu memang susah mahu diubah. Gila perempuan!. Dana tidak senang duduk dengan perilaku Mike yang seperti m…

My EX-BF List BooK... 6

Bab 6

“Adie?”
Bingung.. Apasal aku pakai baju pengantin pulak ni? Lily kebingungan di tengah orang ramai dengan baju pengantin hitamnya. Adie Sufian sedang duduk di bersila di depan imam ketot yang berkaca mata besar macaam ugly betty. Macam mahu bernikah je.. habis tu? Siapa pengantin dia? Aku ke?
“Hei… Lily.. kamu buat apa tercongok kat sana.. mari duduk sini..”
Mamanya pula tiba-tiba muncul menarik tangannya untuk duduk di sebelah Adie Sufian yang fokus mengisi boring kahwin..
“Nak kahwin dengan Adie ke?”
Tanyanya bingung sambil mukanya berkerut seperti mempunyai seribu satu tanda soal.
Tiada siapa menjawab pertanyaannya.
“Eh? Nuraliali Syafirah?”
Tiba-tiba terdengar suara Adie Sufian pula memecah kesunyian. Tangan yang sedari tadi mengisi borang terhenti. Jantung Lily seperti mahu berhenti berdegup. Laa.. apa pula masalahnya ni..
“Saya bukan nak kahwin dengan Nuraliali.. Saya nak kahwin dengan orang lain..”
Mahu terbeliak matanya mendengar kata-kata Adie Sufian.. Tidak!!!!!!!!!!!…

Dana @ Adriana 4

Bab 4

“Cik.. Cik dah sedar?”
Gadis itu membuka matanya perlahan-lahan. Cuba mengenal pasti keadaan sekitarnya. Dia tidak dapat mengingati apa yang terjadi kepadanya.
“ Saya kat mana ni?”
Tanyanya perlahan. Doktor Helmi di depannya tersenyum manis.
“Cik di rawat di hospital. Cik kemalangan tadi.. Seorang Pakcik yang telefon ambulans beritahu yang Cik kemalangan.. Saya Doktor Helmi. Saya yang merawat Cik.. emm..”
Dia sendiri tidak tahu siapa nama gadis cantik di depannya itu. Tapi dia rasa dia pernah melihat wajah itu
“Saya tak ingat apa-apa pun..”
Jawabnya bingung. Dia merenung wajah doctor tampan di depannya itu.
“Cik mengalami amnesia sementara.. Mungkin Cik boleh ingat cuba nama Cik ke? Atau apa-apa perkara. Sebab saya tak tahu nak beritahu siapa tentang kejadian ni. Polis tak jumpa apa-apa pengenalan diri di dalam kereta Cik.. termasuk lesen memandu..”
Terang doktor muda itu. Gadis itu menggosok perlahan kepalanya. cuba mengingati siapa dia..
“Ad,, ana.. Dana.. Dana il.. insyirah.. …

Dana @ Adriana 3

Bab 3

“Hello Laily.. Kenapa ya? Saya dalam perjalanan balik dah ni..” Adriana membetulkan handfree di telinganya. Sambil tangan kanannya cekap mengendalikan stereng kereta.

“Ah… Cik.. jangan marah ya.. emm..” Adriana berkerut dahi mendengar setiausahanya tergagap-gagap.

“Laily.. saya tengah driving ni.. saya tak boleh menumpukan perhatian bila dengar awak bercakap tergagap-gagap ni..” Adriana membelok ke lorong sebelah kanan untuk menuju ke pejabatnya.

“Appointment tu sebenarnya pukul 2.30 petang ni.. saya baru terperasan bila tengok schedual Cik tadi..” Kata Laily dengan takut-takut. Adriana menarik nafas berat..

“Awak kata pukul 4…. sekarang ni dah pukul berapa? sempat ke nak sampai JB tu.. dengan traffic jam begini..”Adriana mula membebel..Dalam situasi sekarang dia tidak boleh mengawal amarah. “ Okay, awak call setiausaha Encik Mikhail tu.. cakap saya sampai lambat sikit.. And saya terus ke JB dengan kereta awak.” Adriana terus meletakkan telefon dan mengambil U-turn pusing balik …

My EX-BF List BooK... 5

Bab 5
Lily tersenyum melihat gambar-gambar lamanya ketika masih kecil. Mungkin dia masih berumur 5 tahun ketika itu. Masih teringat kenangannya bermain lumpur, panjat pokok.. Lily menggeleng.. betapa degilnya dia sewaktu kecil. Dia merenung ibunya yang tersenyum-senyum di sebelahnya.
“And.. kenapa mama paksa Lily tengok gambar-gambar ni?”
Senyuman mamanya terlalu lebar.. Ini mesti matchmaker lagi ni..
“Lily ingat tak budak lelaki dalam gambar tu.. Ala.. anak Datin Faezah…”
Lily menarik nafas panjang.. Ya Allah.. aku tahu berdoa mendoakan mala pertaka, tapi kau pengsankanlah di saat ini juga supaya aku tidak mendengar sebarang ayat lagi dari mamaku….
“Lily! Dengar tak mama cakap ni..”
Marah Puan Harlini apabila anaknya itu kelihatan seperti tidak memberi perhatian kepadanya.
“Mama…. Lily baru menginjak angka 30 tahun.. belum 40 tahun.. janganlah macam ni mama.. Kalau ada jodoh.. adalah..”
“Habis? Nak tunggu je jodoh tu datang sampai umur 40 tahun? Kamu masih sayang ke dengan Adie? K…

Dana @ Adriana 2

Bab 2

“Adriana!..”
Adriana menghentikan langkahnya yang terburu-buru mengejar masa. Pasti Ikhwan sudah lama menunggunya.. Dia memandang wajah siapakah yang menghalang jalannya.
“Ah! Reego.., Apalagi kau mahu ni.. Aku dah bagi kau bayaran untuk cari maklumat mengenai Mikhail tu.. Kau tak dapat lagi ke cek yang aku bagi kat anak buah kau tu?”
Reego mengetap bibir. Dia kelihatan teragak-agak.. Dia tidak tahu apa yang dia patut lakukan.. Ikhwan temannya.. Adriana juga temannya..
“Bukan sebab cek tu..”
Sampul surat coklat yang bersaiz A4 ditangannya direnung.. Dia menarik nafas panjang.. Tiada niat mahu melaga-lagakan orang.. Tapi dia rasa Adriana patut tahu.
“Masa aku menyiasat tentang Mikhail tu, Aku ternampak seorang yang aku kononnya kenal.. Tapi sebenarnya tidak.. Mungkin kau juga begitu.. Nah..”
Adriana menyambut sambul coklat itu dengan kerutan di dahi.. Isi sampul surat itu dikeluarkan.. beberapa keping gambar Ikhwan bersama seorang perempuan sedang berjalan dengan mesranya memasu…

My EX-BF List BooK... 4

Bab 4

Gogo power ranger…. Nyanyian lagu power ranger zaman tiada wifi berkumandang di segenap bilik mesyuarat.. Orang yang paling menahan malu ialah Lili.. Adush! Macam mana boleh lupa bagi silent ni.. Kalau lagu Siti Nurhalizah ke, Yuna ke.. aku boleh tebalkan muka lagi.. Ni lagu Power Ranger klasik,, ala., power Ranger turbo tu, yang ada Kimberly, Tommy,Jason, Cybertwotiger(gitu ke ejaan dia.. tapi spelling dah betul dah tu,,)Kalau orang di bilik mesyuarat tu buat muka no comment selepas dengar lagu dari handphone blackberry ni tak malu lagi.. Tapi mamat tu boleh pulak dia nak ketawakan aku.. nak tersembur-sembur dia menahan ketawa.
Adush! Gaya muka macam dah matang sangat.. Muka pun serius je masa masuk bilik mesyuarat tadi.. Tapi bila dengar lagu di blackberry dia tu, Power Ranger??? Hahaah.. sakit perut nak menahan gelak ni.. Darius berdehem berkali-kali untuk mengawal geli hatinya.
Tau pun malu.. tu belum lagi bila mama call., mesti keluar lagu Kluangman.. Dia….bagai seorang pew…

Dana @ Adriana 1

Bab 1

Adriana berdiri di satu sudut pejabatnya dan merenung pemandangan dari tingkat 8 pejabatnya.. terasa seperti dia telah menguasai dunia koperat. Pada mulanya dia ragu-ragu untuk menjawat jawatan almarhum ayahnya. Antara dia dan Adrian, abang kembarnya.. Rasanya Adrian lebih layak memegang jawatan itu kerana Adrian lebih berpengetahuan dalam bidang bisnes. Tapi Adrian dari awal lagi sudah menolak jawatan itu.. Katanya, penat berada dalam bidang koperat.. bermain dengan helah demi helah untuk memastikan diri sentiasa di atas.. Dan kalau di serahkan jawatan itu kepada Adrina illina pula adik kembarnya, sudah pasti AdriaHolding dan syarikat-syarikat di bawahnya akan tunduk menyembah bumi. Adrina Illina seorang gadis yang tidak suka dengan segala macam komitmen.Bulan ini dia mahu membuka butik, bulan depan mahu membuka kedai bunga pula.. Hunjung minggu depan entah apa lagi yang mahu di cubanya.. Akhirnya tinggal dia sahaja yang boleh di harap oleh ibunya untuk meneruskan perjalanan Adr…

Dana @ Adriana Prolog

Prolog

Ketawanya bergema di segenap dewan Melati.. Sehingga berair mata mengetawakan jejaka di depannya itu. Ikhwan tersenyum melihat perilaku itu.. Biarlah.. Biarlah dia diketawakan sehingga terguling-guling pun dia tidak mengambil kisah..Asalkan gadis didepannya itu terus tertawa..
“Amboi.... Kalau bab nak gelakkan Ikh memang Rya nombor satulah..”
Airmata yang mengalir sedikit di hujung mata gadis itu di sapu.. Dia tidak kisah andai dia menjadi badut sekali pun.. asal dia dapat melihat lesung pipit yang tersembunyi di pipi kiri gadis itu.
“Ikh tahu Rya masih sedih atas pemergian ayah Rya.. Tapi Rya tidak boleh terlalu berduka.. Kalau Rya lemah., Mama Rya... tentu dia lebih sedihkan sebab kehilangan seorang suami yang sentiasa menemani dia selama ini? Illina pulak? Dia lebih rapat dengan ayah Rya kan.. mesti dia rasa kehilangan semangat.. Dia perlukan Rya.. Jadi Rya mesti kuat...”
Mengalir juga airmatanya mendengar pujukan lembut dari Ikhwan.. Ya, dia tahu yang dia harus kuat.. Untu…

Dana @ Adriana Prolog

Prolog

Ketawanya bergema di segenap dewan Melati.. Sehingga berair mata mengetawakan jejaka di depannya itu. Ikhwan tersenyum melihat perilaku itu.. Biarlah.. Biarlah dia diketawakan sehingga terguling-guling pun dia tidak mengambil kisah..Asalkan gadis didepannya itu terus tertawa..
“Amboi.... Kalau bab nak gelakkan Ikh memang Rya nombor satulah..”
Airmata yang mengalir sedikit di hujung mata gadis itu di sapu.. Dia tidak kisah andai dia menjadi badut sekali pun.. asal dia dapat melihat lesung pipit yang tersembunyi di pipi kiri gadis itu.
“Ikh tahu Rya masih sedih atas pemergian ayah Rya.. Tapi Rya tidak boleh terlalu berduka.. Kalau Rya lemah., Mama Rya... tentu dia lebih sedihkan sebab kehilangan seorang suami yang sentiasa menemani dia selama ini? Illina pulak? Dia lebih rapat dengan ayah Rya kan.. mesti dia rasa kehilangan semangat.. Dia perlukan Rya.. Jadi Rya mesti kuat...”
Mengalir juga airmatanya mendengar pujukan lembut dari Ikhwan.. Ya, dia tahu yang dia harus kuat.. Untu…

My EX-BF List BooK... 3

Bab 3.
Kedua-dua tangannya mengurut-ngurut tengkuk yang sudah kelenguhan. Kertas yang bersepah memenuhi meja kerjanya. Telefon yang berbunyi sedari tadi tambah memeningkan kepalanya. Adui….Siapa pulak yang telefon tengah-tengah waktu kerja ni.. menyibuk je.. time aku mengelat kerja takde pulak orang call..
“Hello…” Malas…
“Lili.. mama jumpa dengan Datin Faezah tadi……”
Belum sempat mengatakan hasratnya Lili sudah menyampuk kata-katanya..
“Love you too Ma.. bubye..”
Talian telefon terus di matikan.. Setiausahanya, Madiah tercengang di depan pintu.. Baru je bos aku angkat telefon tu pastu dah letak balik.. Mama dia call sebab nak cakap I love you je ke?.. Lili tersengih.. Dengan selamba dia mencabut wayar telefon pejabatnya.
“No… comment..”
“Bagus! Kalau mama saya call., kata saya melawat toilet.. kena cirit-birit..”
“Oookay.. Kalau besok pulak?”
“Kata saya tengah bertapa di bilik rehat..,”
“Alasan untuk lusa pulak?” Sindir ni…
“Kata saya di hospital.., kena H1N1.. kuarantin.. Takde s…

My EX-BF List BooK... 2

Bab 2

Ice-cream cornetto yang comel molek di keluarkan dari peti sejuk. Aida masih mengadap flat skrin tv yang slim itu.. dah namanya flat.. mestilah slim.. tu pun nak mention ke?.. Rasanya tak sampai beberapa saat ice-cream itu sudah bersemadi di dalam perutnya.. Tidak terasa puas pulak.. rancangan tv yang menyiarkan siri detective conan tidak begitu menarik minatnya.
“Aida., tukarlah channel lain.. DC ni dah ulang banyak kali dah.. Sampai aku dah hafal dialog si Shinichi Kudou tu…”
“Cik Lili.., kalau ada rancangan yang lebih 1% tidak membosankan dari DC ni dah lama aku tukar.. ni takde.. yang ada pun wayang melayu tajuk nenek perkasa tu.. Aku mana layan bola-bola sepak ni..”
Panjang jawapan yang Aida bagi..Lili mencebik.. Aida tu bukan bola sepak je.. bola jarring, bola keranjang, bola baling.. even fish ball pun dia tak suka tu.. Apa nak buat malam ni ek? DVD pun takde yang baru.., dah berapa kali khatam dah..
“Awal lagi ni… Kita keluar jom..main bowling ke., tengok wayang baru k…

My EX-BF List BooK... 1

Firstly..minta maaf... belum ready nak post next en3 of Miss/Mrs...then secondly.. DaA masih dlm unit rawatan rapi.. And Sengaja post cerita baru.. sebenarnya crita ni dah lama bersorok kat dlm document.. drpd blog sunyi sepi... kirimla apa yng patut sementara menunggu minggu exam ni berlalu... enjoy n support.. tambh perisa cket dgn komen2 anda...

“Saya kata saya tak nak! Tak faham?”
“Saya tahu saya salah… takkan takde peluang nak tebus balik kesilapan saya?..”
Lili mengecilkan matanya melihat seorang kaum adam yang tidak memahami kata-katanya.. Aku dah cakap tak nak.. taknak lah.. mamat ni tak faham bahasa ke.. aku celup-celup juga mamat ni dalam kolam buatan yang ada di depan mata aku sekarang ni.
“Asrul.. ops.. siapa nama you? Hadi? Tolonglah ya.. kisah cinta kita dah berakhir tiga tahun yang lepas..kenapa baru sekarang awak muncul? Dah expire dah love story kita tu..”
Tersilap menyebut nama bukan terlalu banyak pasang kekasih.. Tapi terlalu banyak menyimpan ex-boyfriend sam…

8'10'tion to UniKL (Dip.Multimedia)

Sesiapa pelajar UniKL aliran Dip.Multimedia..
Tak kira sem brapa..
Kalau ada contoh2 soalan untuk kertas introduction to Multimedia, Introduction to IT, Introduction to Programming, Technical Math... Share2 la... heehehee... exam minggu depan... tapi tak tau nak study apa lagi ni.. hint pun takde.... baca nota je.. bosan...

Open House DAA

First Ramadhan:
“Hello...”
Mikhail menahan hati mendengar suara lemah isterinya.. Seperti terpaksa saja menyambut panggilan darinya.
“Seriously Adriana Illyana! Did you want me to cook meggi untuk buka puasa yang hanya 3 jam dari sekarang?! Untuk first day ramadhan??!”
Adriana yang sedang membelek-belek dokumen yang bertimbun di atas mejanya tersentak..
“Huh!..Dah jam berapa sekarang?”
Dengan nada yang betul-betul baru tersedar yang wujud jam di dalam dunia ini.. Mikhail menarik nafas panjang.. Menahan amarah yang tersekat di dada..
“Dana dah janji dengan abang kan! Akan ada di rumah sebelum abang pulang dari office...”
“Huh? Dana?”
Dana Insyirah di depannya terkeliru seketika.. Papanya tengah marah mamanya ke atau dia??. Adriana di pejabat mengigit bibir.. macam mana boleh lupa tengok jam pulak ni.. lagi tiga jam nak buka puasa,, mana sempat nak masak.. masak meggi sempatla.. Dia teringat kecerewetan suaminya kalau pasal makanan.. aduh... macam ni...
“Not you Dana.. papa cakap dengan mama..”
“…

Sir Ooo Sir

P/s: Rehat kejap tulis en3 D@a and miss/mrs.. nak tukar angin malam ni.. tiba2 terkeluar idea mengarut ni... harap sudi membaca..enjoy..

Sir Oooo Sir


“Adush! Handsome betul Sir tu... Terjatuh cinta lagi pula aku bila tengok muka dia tadi..”
Aliya menutup telinganya. Bosan dengan bicara Amira yang seperti orang angau itu.
“Liya... kau rasa Sir tu dah ada girlfriend tak? Ei... mudah-mudahan takde kan? Kan Liya... Liya!!”
Amira menggoyang-goyangkan tubuh Aliya yang sedang berbaring di sebelah katilnya..
“Apa dia?!!”
Tanya Aliya dengan wajah bengang.
“Sir Kamarul.... minta-minta dia takde girlfriend kan?”
Aliya mendengus geram.Gamaknya Sir Kamarul tu buat ubat guna-guna dekat budak bernama Amira ni..Sebab itu dah jadi angau tahap gaban dah budak ni..
“Amira.... dah jam 12 tengah malam... 12 tengah malam! Boleh tak kau berhenti bercakap pasal Sir kau tu.. aku di atas pun dah naik muak... Bosan!!!”
Amira tertawa mendengar luahan dari Eita yang berada di atas katilnya. Entah kenapa dia tidak …

Actually..It Mrs now..not Ms 28

Setelah hampir dua jam perjalanan mereka dari Bandar Kota Kinabalu, akhirnya mereka sampai ke perhentian pertama mereka iaitu Taman Kinabalu. Mujur Dk juga menyertai mereka, sepanjang perjalanan tidak juga membosankan bagi Dahlia. Kelihatan ramai pelancong asing juga turut melawat tempat itu.. setelah menghabiskan selama sejam di taman negara, mereka singgah sebentar di pekan minggu kundasang.

“Bunyi apa tu? dorang main gong ke?” Tanya Dannial apabila terdengar muzik yang menggunakan alatan tradisional yang mengandungi satu set kira-kira lapan untuk sembilan gong-gong cerek loyang kecil. Setiap kedengaran satu pukulan berbeza apabila melanda. Gong-gong adalah disusun secara mendatar dalam satu barisan pada satu bingkai katil kayu rendah. Pemain duduk atas lantai di depan gong-gong dan memalunya dengan dua tukul kayu kecil.

“Tu dorang berkulintangan..” Jawab Dk.. Dannial berkerut dahi.. Bukan kerana tidak memahami bagaimana memainkan alatan tradisional.. tetapi pertama kali mendengar a…

Actually..It Mrs now..not Ms, 27

Setelah keluar dari pintu pagar utama Kolej Angsana, Dannial memberhentikan kereta di bahu jalan untuk seketika.. Dahlia memandang suaminya.. Tidak faham mengapa mereka berhenti di situ.. Mujur ada lampu jalan yang menerangi persekitar yang mula berarak malam.. Dannial menggapai jambangan bunga mawar yang di gubah cantik menjadi bentu hati di kerusi belakang dan menyebabkan bahu kiri Dannial bersentuhan dengan bahu kiri Dahlia.. Dannial memberikan jambangan itu kepada isterinya.. Mujur bunga itu tidak layu kerana dia membeli jambangan itu sejurus mereka sampai ke Sabah. Dahlia merenung Dannial.. Tidak tahu apa ertinya bunga itu..

“Happy anniversary..”Jawab Dannial sambil merenung terus ke mata Dahlia.. Dahlia tersentak.. Kenapa dia boleh terlupa hari yang bermakna itu.. Dan dia langsung tidak menyediakan apa-apa untuk Dannial.

“Lia lupa,.. tak sediakan apa-apa untuk Nial..” Jawab Lia perlahan sambil tunduk merenung kaki. Banyaknya perkara yang dia buat yang mengecewakan Dannial.. Dann…

Actually..It Mrs now..not Ms, 26

First Anniversary

Dahlia merenung jauh ke langit yang gelap itu.. Sesekali terdengar keluhan panjang dari gadis itu. Berfikir dan terus berfikir.. Apa sudah jadi dengan hidupnya? dia sendiri sudah tidak dapat kawal kehidupannya lagi.. semuanya berlaku dan terus berlaku tanpa menghiraukan dirinya yang terpinga-pinga. Dan Paied, Paied semakin menjauh.. Ah! kenapa Paied? kenapa mesti mempersoalkan tentang kasih sayang sedangkan Paied sendiri tidak tahu apa maknanya.., mestikah Sayang itu di ucapkan dengan kata-kata sedangkan Irah dah penat meluahkan dengan perlakuan, segala perkara yang Irah buat semestinya Paied dulu yang Irah terfikir..Dahlia menongkat dahu di balkoni asrama perempuan Angsana 2. Bulan dan bintang di langit di tenung Dahlia.

“Kenapa mesti hero novel atau drama semua mesti yang kaya, handsome, berpendidikan, sedap mata memandang?” Kelly tiba-tiba mengganggu Dahlia yang sedang termenung jauh sambil membawa sebuah novel di tangan.

“Sebab takde orang yang akan membaca nove…