Skip to main content

Dana @ Adriana Prolog

Prolog

Ketawanya bergema di segenap dewan Melati.. Sehingga berair mata mengetawakan jejaka di depannya itu. Ikhwan tersenyum melihat perilaku itu.. Biarlah.. Biarlah dia diketawakan sehingga terguling-guling pun dia tidak mengambil kisah..Asalkan gadis didepannya itu terus tertawa..
“Amboi.... Kalau bab nak gelakkan Ikh memang Rya nombor satulah..”
Airmata yang mengalir sedikit di hujung mata gadis itu di sapu.. Dia tidak kisah andai dia menjadi badut sekali pun.. asal dia dapat melihat lesung pipit yang tersembunyi di pipi kiri gadis itu.
“Ikh tahu Rya masih sedih atas pemergian ayah Rya.. Tapi Rya tidak boleh terlalu berduka.. Kalau Rya lemah., Mama Rya... tentu dia lebih sedihkan sebab kehilangan seorang suami yang sentiasa menemani dia selama ini? Illina pulak? Dia lebih rapat dengan ayah Rya kan.. mesti dia rasa kehilangan semangat.. Dia perlukan Rya.. Jadi Rya mesti kuat...”
Mengalir juga airmatanya mendengar pujukan lembut dari Ikhwan.. Ya, dia tahu yang dia harus kuat.. Untuk Illina, untuk mama, dan Adrian. Abangnya itu cuba berlagak tabah, sepanjang upacara pengebumian ayah dia tidak melihat setitis pun airmata abang kembarnya itu jatuh ke pipi.. Tapi setelah semua kaum keluarga sedang diulit mimpi, dia mendengar esakan dari bilik abangnya.. Dan dia turut menangis sama mendengar tangisan itu.
“Rya takut... Rya takut Rya tidak boleh berdiri semula dari kejatuhan ini..”
“Siapa kata Rya tidak boleh berdiri semula.. Itulah yang Rya selalu buatkan.. Bila Rya jatuh.. Rya dengan tangkas kembali berdiri.. Bila Rya jatuh lagi.., Rya cuba berdiri lagi.. dan lagi.. dan lagi..”
Adriana tersenyum.Menggenggam erat tangan Ikhwan..
“Ikh bercakap macam yakin sangat...”
“Sebab Ikh sentiasa ada setiap kali Rya jatuh. Dan..., belum sempat Ikh tolong bangunkan Rya.. Rya dah berdiri sendiri tanpa bantuan..”
“Rya rasa bertuah...”
Mata Ikhwan yang tenang direnung dengan penuh kasih..
“Sebab Ikh yakin dengan Rya.. Terima kasih..”
“Kasih diterima..”
Ikhwan menghadiahkan senyuman buat si gadis.
“Ikh doakan yang Rya akan jadi seorang yang tabah.. Seorang yang kuat menghadapi segala cabaran dan tidak senang dikalahkan..”
“Rya akan jadi seperti yang Ikh cakap kalau Ikh sentiasa ada dengan Rya..”
“Ikh ada.. selalu ada untuk Rya..Janji..”
Adriana tersenyum..Janji! itu pengikatnya.. Dia tahu yang Ikhwan takkan mungkirinya.

Comments

Popular posts from this blog

143 senior empat mata!

Bosan.. jadi buatlah cerpen syok sendiri.. kalau rajin bacalah n comment ek.

“Hoi!!”
“Opocot mak kau jatuh!”

Huh! Jatuh bersepai jantung aku dengan jeritan yang sungguh kurang ajar itu. Menggelegak juga jantung,hati,hempedu aku sekarang ni. Farhan yang sedang bercekak pinggang di hadapannya dijeling tajam.

“Dah la kau tak buat apa yang aku suruh! Kau sumpah mak aku jatuh lagi!!”

E’eh.. aku tak main sumpah-sumpah ni.. Ingat ni cerita sumpah bunian ke apa..

“Saya terkejutlah! Mana ada terniat di hati saya yang murni lagi suci ni nak menyumpah.”

Farhan masih mempamerkan rupa garangnya..

“Kau cium tiang basket ball tu sekarang.. dalam masa 10 saat”

“Hah?!”

Bingung. Tangannya sudah mengaru kepala yang tidak gatal itu.

“Sekarang!!!!”

Oleh kerana perasaan gemuruh meluap-luap apabila mendengar jeritan itu, Helina berlari ke arah tiang basket ball dengan lajunya.

“Ekkkk....”

dum! Hah, kan dah terover limit.. tu bukan lagi cium.. tu tersembam namanya. Akibat rasa gemuruh yang dialaminya. Helin…

143 senior empat mata! part 2

“Hah! Dah balik.. apa lagi minah sebelah tu kirim? Kirim salam? Kirim surat? Atau kirim kuih? Kalau kuih bagus juga... tengah lapar sekarang ni”

Memang sudah menjadi kebiasaan buat Farhan bila saja adiknya pulang dari rumah sebelah. Pasti Helina mengirim sesuatu. Jemu jugak mendengarnya. Tapi kalau Helina mengirimkan makanan, memang habis dimakannya. Pandai pula anak jiran mereka itu memasak, ingatkan tahu nak mengatal je.

“Tak... mulai hari ni abang dah takkan dapat lagi segala jenis kiriman yang membuatkan abang jemu selama ni.. sebab Lina kata, dia dah benci abang.. jadi kiranya, abang dah menang.. abang dah berjaya buat dia benci kat abang.. tahniah.”

Kata Harissa dengan suara cerianya. Haris Farhan tersenyum.

“Akhirnya.. itu yang abang suka dengar.. tapi Tupperware yang Rissa pegang tu, dari dia untuk abang kan.. jadi ertinya tak serik lagi la budak tu nak menggatal..”

“Eh.. tak.. kek keju kegemaran abang ni untuk mak dengan ayah.. untuk abang takde..”

Saja ditekan perkataan kegemaran …