Skip to main content

My EX-BF List BooK... 1

Firstly..minta maaf... belum ready nak post next en3 of Miss/Mrs...then secondly.. DaA masih dlm unit rawatan rapi.. And Sengaja post cerita baru.. sebenarnya crita ni dah lama bersorok kat dlm document.. drpd blog sunyi sepi... kirimla apa yng patut sementara menunggu minggu exam ni berlalu... enjoy n support.. tambh perisa cket dgn komen2 anda...

“Saya kata saya tak nak! Tak faham?”
“Saya tahu saya salah… takkan takde peluang nak tebus balik kesilapan saya?..”
Lili mengecilkan matanya melihat seorang kaum adam yang tidak memahami kata-katanya.. Aku dah cakap tak nak.. taknak lah.. mamat ni tak faham bahasa ke.. aku celup-celup juga mamat ni dalam kolam buatan yang ada di depan mata aku sekarang ni.
“Asrul.. ops.. siapa nama you? Hadi? Tolonglah ya.. kisah cinta kita dah berakhir tiga tahun yang lepas..kenapa baru sekarang awak muncul? Dah expire dah love story kita tu..”
Tersilap menyebut nama bukan terlalu banyak pasang kekasih.. Tapi terlalu banyak menyimpan ex-boyfriend sampai tersasul sebut nama orang lain. Hadi mengetap bibir.
“Nama saya pun awak tak ingat? Benci sangat ke awak dengan saya ni?..” Meleret-leret.
Lili mencuba mengumpul kesabaran.. Hisy! Nak manja-manja pulak! Memang aku benci! Lelaki semua sama.. Dah terlepas emas yang di idamkan, baru berpaling nak ambil batu delima yang terbuang. Aku tak sampai hati nak bandingkan diri aku dengan kaca.. tak cantik.. jatuh sikit pecah, retak.. sensitive tak kena tempat.. macam si Aida tu..Aku mengumpat dalam hati ni Aida tu tak terasakan? Kan,kan?
Di apartment Taman Denai pula…
Ashyum!!! Kuatnya dia terbersin.. mujur bakal mak mentua dan calon suami tiada di sini..kalau tidak memang dah cancel terus urusan pinang meminang ni..
“Siapalah mengumpat aku ni?”
Tisu di dalam kotak di tarik sehelai kemudian mengelap hidungnya..
Kembali menghadapi agenda pujuk memujuk, Tadi Hadi.. sekarang Asrul pula…
“Lili… Lili.. you ke tu? Berhentilah kejap.. you rushing sangat ni kenapa? Atleast tegur-tegurlah I dulu..”
Muka Asrul di renung menyampah. Perangai kaki pengoda ex-boyfriendnya yang satu ini memang tidak pernah hilang.. nasib aku dah ceraikan dia awal-awal.. kalau tidak., sesak jiwa babe dapat boyfriend yang tak sedar diri dah berpunya.
“I nak cepatlah Asrul.. And boleh tak tangan you tu jangan sentuh-sentuh lengan I.. I allergy tau tak..”
“I sentuh sebab nak halang you dari terus berjalan..I panggil you tak berhenti langsung..”
Rambut yang berterbangan ke mukanya di selitkan di belakang telinga.. Cuaca panas menyumbang kepada pemanasan global di hatinya.. Adui.. yang mamat sorang ni nak apa pulak?...
“You ni fikir logiklah.. Buat apa I nak berhenti untuk tengok muka you? Lebih penting ke dari kerja pejabat yang terbengkalai di atas meja kerja I tu? Kalau I nak tengok muka you., I tak minta putus dari you tau!” Tegas!
Asrul menyumbat kan jari telunjuk di telinganya. Perempuan ni..gaya bercakap memang dah lembut sangat dah.. Tapi bila dah sampai kepada makna kata-kata dia tu.. memang pedas wei,..
“You ni.., Kenapa dendam sangat dengan I ni,.. you masih marah dengan I ke? Sampai sekarang?”
Gigi yang tersusun rapi di laga-lagakan. Aku pelangkung juga mamat sekor ni..
“Bila masa I marahkan you? I taknak tengok muka you jer.. you mengacau tak kena masa!”
Marahnya dengan Hadi masih belum reda, Asrul pula muncul menghangatkan hati. Sebelum sempat Asrul membalas katanya, dia berlalu meninggakan Asrul yang terpinga-pinga.. Baik balik office lagi baik.. Selamat dari ganggu makhluk bernama lelaki.. Kenapalah hari ini banyak pulak ganggu dari exboyfriend aku ni.. Semua kata menyesal berpisah dengan aku… Apa hari ni hari menyesal sedunia?

Comments

Popular posts from this blog

143 senior empat mata!

Bosan.. jadi buatlah cerpen syok sendiri.. kalau rajin bacalah n comment ek.

“Hoi!!”
“Opocot mak kau jatuh!”

Huh! Jatuh bersepai jantung aku dengan jeritan yang sungguh kurang ajar itu. Menggelegak juga jantung,hati,hempedu aku sekarang ni. Farhan yang sedang bercekak pinggang di hadapannya dijeling tajam.

“Dah la kau tak buat apa yang aku suruh! Kau sumpah mak aku jatuh lagi!!”

E’eh.. aku tak main sumpah-sumpah ni.. Ingat ni cerita sumpah bunian ke apa..

“Saya terkejutlah! Mana ada terniat di hati saya yang murni lagi suci ni nak menyumpah.”

Farhan masih mempamerkan rupa garangnya..

“Kau cium tiang basket ball tu sekarang.. dalam masa 10 saat”

“Hah?!”

Bingung. Tangannya sudah mengaru kepala yang tidak gatal itu.

“Sekarang!!!!”

Oleh kerana perasaan gemuruh meluap-luap apabila mendengar jeritan itu, Helina berlari ke arah tiang basket ball dengan lajunya.

“Ekkkk....”

dum! Hah, kan dah terover limit.. tu bukan lagi cium.. tu tersembam namanya. Akibat rasa gemuruh yang dialaminya. Helin…

143 senior empat mata! part 2

“Hah! Dah balik.. apa lagi minah sebelah tu kirim? Kirim salam? Kirim surat? Atau kirim kuih? Kalau kuih bagus juga... tengah lapar sekarang ni”

Memang sudah menjadi kebiasaan buat Farhan bila saja adiknya pulang dari rumah sebelah. Pasti Helina mengirim sesuatu. Jemu jugak mendengarnya. Tapi kalau Helina mengirimkan makanan, memang habis dimakannya. Pandai pula anak jiran mereka itu memasak, ingatkan tahu nak mengatal je.

“Tak... mulai hari ni abang dah takkan dapat lagi segala jenis kiriman yang membuatkan abang jemu selama ni.. sebab Lina kata, dia dah benci abang.. jadi kiranya, abang dah menang.. abang dah berjaya buat dia benci kat abang.. tahniah.”

Kata Harissa dengan suara cerianya. Haris Farhan tersenyum.

“Akhirnya.. itu yang abang suka dengar.. tapi Tupperware yang Rissa pegang tu, dari dia untuk abang kan.. jadi ertinya tak serik lagi la budak tu nak menggatal..”

“Eh.. tak.. kek keju kegemaran abang ni untuk mak dengan ayah.. untuk abang takde..”

Saja ditekan perkataan kegemaran …