Topeng
Topeng di wajah bertukar silih berganti biarpun di hati hanya ada satu rasa - Nadya.
Nadya mengangkat kepala apabila pintu pejabat kecil yang terletak di hujung galeri ditolak dari luar. Dia menjongket kening apabila Faril menarik kerusi di hadapan mejanya. Dia tersenyum tepi bila Faril selamba duduk tanpa dijemput. Nadya membuka laci meja dan mengeluarkan sekeping cek yang telah siap di tandatangan berserta jumlah.
"Sepuluh ribu?" Faril memandang cek yang sudah bertukar tangan. Faril memandang Nadya sebelum melemparkan cek tersebut di atas meja.
"Sepuluh ribu dah lebih dari cukup." Kata Nadya sambil merenung cek di atas mejanya, "dan ini yang terakhir." tambah Nadya lagi.
Faril membulatkan mata apabila mendengar kata-kata Nadya.
"Apa maksud kau terakhir? Oh, jadi sekarang kau tak kisahlah kalau aku sebarkan video yang aku ambil dari telefon kau tu?" Faril mengetap rahang bila melihat Nadya masih kelihatan selamba bila mendengar ugutannya.
Nadya mengeluarkan beberapa keping gambar dari laci meja.
"Well, fine. Kau kena ingat ni. Kau yang menyebabkan maruah abang aku hancur." Faril kemudian terdiam apabila Nadya meletakkan beberapa keping gambar di hadapannya. Faril kemudian menarik hingus dan menggosok hidungnya.
Nadya tersenyum tepi bila melihat tingkah Faril.
"Nasihat dari akak, jangan percaya sangat kawan-kawan Faril. Senang sangat kena beli. Untung akak berjaya dapat gambar ni sebelum tersebar." Kata Nadya sambil tersenyum dengan yakin.
Faril mengetap bibir geram. Pandangan matanya menikam memandang Nadya sebelum dia mengumpulkan kesemua gambar tersebut dan mengoyak kesemua gambar sehingga menjadi cebisan kecil.
"Akak dah call beberapa tempat rehab. Lebih baik Faril pergi sebelum keluarga Faril tahu tentang ni. " Nadya menghulurkan beberapa keping risalah kepada Faril. Dia meletakkan risalah tersebut di atas meja bila Faril hanya memerhatikannya dengan pandangan mata yang tajam.
"Eh! Kau tak payah berlakon baiklah. Kau bukan kakak aku!" Faril menampar tangan ke meja. "Aku dah lama jangka yang kau ni cuma berlakon depan semua orang. Pijak semut pun tak mati. Kau tak payah nak tunjuk baik depan akulah sial!"
Nadya menarik nafas panjang sebelum dia berdiri dan memandang Faril yang masih duduk di hadapannya.
"Baik. Aku tak berlakon lagi di depan kau. Kau dengar sini, aku nak kau padam video Ashrul dan jangan terfikir nak gunakan video tu untuk dapatkan duit dari aku lagi. Ashrul tu bapa kepada anak-anak aku dan kalau kau atau adik-beradik kau yang lain cuba sakitkan dia lagi, aku akan pastikan dia berhenti dari syarikat korang tu. Kau fikir tanpa Ashrul, Kak long kau akan dapat jaga syarikat tu? Atau Achik kau yang lari ke Toronto tu?" Nadya tersenyum tepi apabila Faril terdiam memandangnya.
Cek yang dilemparkan oleh Faril tadi disorong ke arah Faril.
"Take this. Go to the rehab. Jangan muncul depan aku atau Ashrul lagi selagi kau masih tak betulkan perangai kau." Nadya terus membuka pintu buat Faril.
Faril memandang kertas cek tadi dari siring mata. Dia mendengus kuat sebelum mengambil kertas cek tersebut dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Sempat dia memberi jelingan tajam kepada Nadya ketika melangkah keluar dari ruangan tersebut.
"Delete the video and don't ever mentioned the video to a single soul." Kata Nadya dengan tegas kepada Faril.
Faril berhenti melangkah.
"Kau memang gilakan sangat harta abang aku kan? Sampai kau tutup mata dengan kecurangan dia. Perempuan macam kau ni memang menyedihkan." Kata Faril dengan senyum sinis.
Nadya tersenyum kecil.
"Kau memang black sheep kan dalam keluarga. Langsung tak tahu apa yang berlaku dalam keluarga kau. Kenapa Achik lari sampai ke Toronto pun kau tak tahu sebabnya. Atleast perempuan yang menyedihkan nilah yang masih menjaga maruah abang kau. Tak macam kau adik-beradik." Nadya terus menghempas pintu pejabatnya di hadapan Faril.
Nadya mencekak pinggang sambil memandang pintu yang telah tertutup rapat. Dadanya berdegup kencang dek menahan amarah.
"Oh..my..god!" Desi muncul di sebalik pintu.
Nadya menarik nafas lega apabila melihat Desi. Fikirnya Faril muncul kembali untuk memanjangkan pergaduhan mereka.
"Aku tak sangka kau berani buat macam tu." Kata Desi sambil melangkah masuk ke dalam pejabat.
Nadya memegang dadanya dan menarik nafas panjang.
"Aku tak berani sebenarnya." Jawab Nadya dengan jujur, "Kalau dia menganas tadi, aku tak tahu nak buat apa. Taekwondo aku dah berkarat. Lawan mulut dengan dia tadi pun dah penat semacam." Tambah Nadya sebelum melabuhkan punggung di atas kerusinya.
Desi tergelak kecil mendengar luahan Nadya. Kemudian dia tersedar perubahan wajah Nadya yang mula muram.
"Waktu ayah aku masukkan beg dalam kereta dan memandu pergi, aku salahkan diri aku dan janji yang aku akan cuba jadi lebih baik. Tapi tak sempat sebab ayah aku meninggal dalam kemalangan dua jam selepas dia keluar dari rumah. Lepas tu aku janji aku akan jadi anak yang baik untuk mak aku. Jaga dia sebaik yang boleh..."
Nadya pandang Desi.
"Mama aku pula tinggalkan aku selepas ayah aku dikebumikan." Nadya tergelak kecil sebelum senyuman di wajah kembali hilang.
Desi pandang Nadya dengan simpati. Dulu waktu waktu mula-mula mereka berjumpa, Nadya seorang yang pendiam dan pemendam. Agak susah untuk memecahkan benteng yang dibina oleh Nadya. Desi mengambil masa sepuluh tahun untuk mendapatkan kepercayaan Nadya.
"Perkara tu buat aku faham yang takkan mudah orang luar untuk terima aku bila keluarga aku sendiri tak nak aku. Aku tak kisah pun. Tapi aku usaha untuk masuk dalam keluarga diorang sebab aku tahu yang keluarga penting buat Ashrul. Dan aku dah pernah lalui betapa kosongnya tanpa keluarga." Nadya mengeluh perlahan.
"Tapi jauh di sudut hati, aku rasa yang Ashrul akan hidup lebih baik tanpa keluarga dia." Tambah Nadya sebelum menjongket bahu.
Desi menganggukkan kepala.
"Rasa? Aku bukan rasa lagi. Aku yakin hidup Ashrul tu lebih baik tanpa adik beradik dia. Rimas aku tengok la perangai sorang-sorang. Darah aku ni bergelora je tengok perangai adik beradik dia layan kau macam sampah."
Nadya tergelak mendengar komen Desi. Ini bukan kali pertama dia dan Desi bergosip mengenai keluarga Ashrul.
"Entahlah Des.. kadang-kadang aku rasa diorang betul. Aku terlalu bermuka-muka sampai aku sendiri dah lupa dengan diri aku yang sebenarnya." Nadya tersenyum nipis, "lagipun siapalah aku ni... cuma anak yatim yang nak menumpang kasih. Tak ada apa yang membangga pun Des...Betullah peribahasa tu, enggang sama enggang..." Kata Nadya perlahan.
Desi menggeleng kepala bila mendengar kata-kata Nadya.
"Enggang sama enggang, pipit sama pipit,... po lahh! Yang kaya tu bapa dia. Diorang tu kalau tak ada duit keluarga, hah... entah-entah kerja setaraf dengan kita je." Bebel Desi lagi bersama gerakan tangan yang membuatkan Nadya tergelak kecil.
"Eh tapi..." Desi mendekatkan badan ke meja seperti mahu berbisik walhal hanya mereka berdua sahaja bertugas pada hari ini, "Mamat macho hari tu... single lagi ke?"
Nadya mengangkat kening sebelah apabila mendengar soalan Desi.
"Haah... single. Kenapa? Kau nak ke? Abang kau si Suraj tu nak letak mana? Kata sayang, cinta mati. You die. I die." balas Nadya bertalu-talu.
Desi menarik muncung bila mendengar respon Nadya.
"Eh... baru tanya sikit dah bertalu-talu peluru kau lontar. Defensive sangat. Takut aku kacau line lah tu..." usik Desi sebelum mengkebil-kebilkan matanya.
Nadya terus memeluk tubuh.
"Defensive apa pula. Mana ada..."
~~~~~~
Andi yang baru datang ke galeri tersenyum nipis apabila mendengar perbualan Nadya di sebalik pintu pejabat. Dia memasukkan tangan ke dalam poket seluar sebelum berlalu dari situ.
Bersambung...
Minggu depan lagi ya...
XOXO.
No comments:
Post a Comment