Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, December 10, 2020

Cinta yang Akan Selalu Aku Rindu 4

 

Dulu...

'Aku berulang kali mengucapkan selamat tinggal buat masa lalu, tapi berulang kali juga aku kembali ke masa itu. Masa yang menyimpan seribu satu cerita' - Nadya. 

Nadya memberhentikan kereta di hadapan kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam. Dia memandang jam di tangan. Tetap pada waktu yang dijanjikan. Dia mengerut dahi bila sebuah motosikal berhenti di tepi keretanya.

Andi membuka helmet dan mengetuk tingkap kereta Nadya. Sebelum berhenti, dia memandang no.plat kereta Nadya untuk memastikan no.plat yang sama seperti yang tertera di pesanan ringkas dari Nadya. 

"Hi," kata Andi apabila Nadya menurunkan tingkap kereta. Dia tersenyum biarpun hatinya berdegup kencang apabila melihat Nadya. Biarpun telah berusia, Nadya tetap cantik di matanya. 

"Hi," jawab Nadya hampir tidak terkeluar suara. Gugup bila memandang lelaki di hadapannya. Sebahagian dari minda sedarnya menyangka yang sekarang ini adalah mimpi. 

Lama mereka berpandangan sebelum Andi menghulurkan helmet kedua untuk Nadya. 

Nadya yang masih duduk di dalam kereta terkebil-kebil memandang helmet yang dihulurkan oleh Andi. Bagaikan helmet itu agak asing baginya. 

Andi mengerut dahi bila Nadya tidak menyambut helmet yang dihulurkannya. 

"Kita tak naik motorsikal.." ayat penyata yang terkeluar dengan rasa penuh keraguan. Nadya tidak boleh membayangkan dirinya yang sudah berusia 30an membonceng motosikal. 

"Ya. Kita kena naik motorsikal, kat sana takkan ada parking" jawab Andi dengan nada selamba tanpa jemu menghulurkan helmet kepada Nadya. 

"Um.. tak. Kita naik kereta. Awak boleh letak je motorsikal kat sini" 

Andi mengerut dahi. 

"Nad, kalau kita jumpa parking pun kita kena jalan dari kedai Apek Jason sampai ke tempat Funfair. " 

Nadya menggigit bibir. Dia akui kebenaran kata-kata Andi tadi. Tapi, sudah bertahun-tahun dia tidak membonceng motosikal. Dia memandang ke arah Andi yang masih setia menghulurkan helmet kepadanya. Akhirnya Nadya mengeluh dan terus mematikan enjin kereta. Dompet yang diletakkan di kerusi pemandu digapai sebelum dia perlahan-lahan membuka pintu kereta. 

"By the way, kau yakin ke kedai Apek Jason masih wujud?" kata Nadya sebelum menyarungkan helmet. 

Kerutan berlapis-lapis kelihatan di dahi Andi sambil memandang ke arah Nadya. 

Nadya yang perasan perubahan di wajah Andi tiba-tiba teringat sesuatu. Berjumpa dengan Andi semula membuatkan dia terlupa mengenai keadaan lelaki itu sekarang ini. 

"Apek Jason dah 60 lebih tahun waktu kita masih sekolah" 

Mulut Andi membentuk O. Dia terlupa yang zaman persekolahan mereka sudah bertahun-tahun berakhir. 

Nadya mengenggam kuat baju Andi. Sesekali menyembunyikan muka di belakang Andi kerana tidak selesa bila ditiup angin kencang. 

"Andi, slow!" 

"Kereta tu nak berhenti!" 

Andi tersenyum. 

"Orang nak melintas tu!" 

Senyum Andi bertambah lebar bila mendengar teguran Nadya biarpun dia sudah mula  perlahankan motosikal untuk mencari tempat meletak motor. Kelihatan beberapa keluarga berjalan ke arah pintu gerbang Funfair . Andi memutarkan kunci motor. 

Nadya terpinga-pinga di atas motosikal apabila Andi sudah berdiri di sebelah kanannya. Dia memandang kiri dan ke kanan. 

"It's okay, aku pegang motor ni" Kata Andi bila Nadya masih lagi tidak turun dari motorsikal. Selalunya gadis itu yang melompat dulu dari motorsikal. Ah! Andi terlupa lagi yang wanita di hadapannya bukan lagi gadis yang dia kenal beberapa tahun lalu. 

Nadya memegang lengan Andi yang sedang menahan motorsikal daripada terbalik, kaki kirinya diangkat perlahan dan dialihkan ke kanan sebelum melompat turun dari motorsikal berkuasa tinggi itu. 

Andi tersenyum apabila jarak Nadya dengannya hanya beberapa inci sahaja. 

Nadya tersipu bila tersedar yang dia sekarang terperangkap di antara motosikal dan Andi yang sedang memegang motosikal. Dia dapat melihat wajah Andi dengan lebih dekat lagi. Semua tentang Andi bagaikan sama seperti kali terakhir mereka berjumpa. Cuma sekarang, wajah Andi kelihatan lebih matang, ada sedikit kedutan di tepi mata lelaki itu. Mata Andi masih menyimpan seribu ketenangan seperti dulu. Mata yang selalu membuatkannya hilang dalam lamunan. 

Andi berdehem dan mengangkat kening sebelah bila Nadya  mengelamun di hadapannya. 

"Ambillah gambar.. boleh tengok lama-lama" kata Andi sambil tersenyum nakal. 

Nadya terkebil-kebil dan wajahnya terasa panas. Terus hilang semua lamunan masa lampau dan yang tinggal hanyalah rasa janggal. Perlahan-lahan dia menundukkan badan melintasi di bawah tangan Andi. 

Andi menongkatkan motorsikal sebelum berjalan seiring dengan Nadya ke arah pintu masuk Funfair. 

"Finally..dapat juga bawa kau ke sini" 

Nadya memandang ke arah Andi dan kemudian ke arah lampu-lampu yang berwarna warni menghiasi kawasan itu. 

"Kita dah pernah ke sini" 

Andi memandang ke arah Nadya. Mereka berpandangan seketika sebelum Nadya melarikan pandangan. 

"Malam sebelum gerak gempur SPM, kita ada datang ke sini" Ulang Nadya lagi sebelum memasukkan tangan ke dalam poket baju jaket yang tersarung di badannya. Mana mungkin dia lupa, hatinya masih berdegup kencang bila teringatkan peristiwa di malam itu. Kenangan termanis sewaktu zaman remajanya. 

Andi tersenyum lebar. Masih jelas diingatannya, tujuan sebenar dia membawa gadis itu ke Funfair adalah untuk meluahkan rasa hati. Mereka telah berkenalan sejak dibangku sekolah rendah, namun status mereka hanyalah sebagai kawan rapat. Andi memandang ke arah Nadya yang masih memerhatikan keadaan sekeliling. Adakah dia sudah berterus terang dengan Nadya pada hari mereka berjanji untuk berjumpa di Funfair?  Malangnya terasa di hati bila dia tidak ada memori tentang hari itu. 

"Nad.." 

Nadya memandang Andi. 

"Kau muntah lepas naik tu" Nadya menunjuk ke arah permainan yang dinamakan Top Gun Discovery yang berayun bagaikan pendulum. 

Senyuman Andi mengecut. Hilang macho! bisik hatinya. 

"So kita start dengan Merry Go Round atau Go Fish?" Kata Nadya menunjuk ke arah booth yang dikerumuni  budak-budak dan ibu bapa sambil menyimpan senyum bila perasan Andi memandangnya dengan pandangan tajam. 

"Ha.Ha.Ha.. Funny!"

Nadya tergelak kecil. 

"It's okay Andi.. Aku ada sediakan plastik" kata Nadya sambil mengeluarkan plastik kecil dari poket jaket, "you know.. just incase" sambungnya sambil tersenyum lebar. 

Nadya sendiri tidak sedar yang plastik itu ada di dalam poket bajunya. Mungkin sudah kebiasaannya untuk sediakan plastik untuk kegunaan si kembar. 

"Eii..." Andi tidak terkata apa-apa. Hanya mampu menggosok kepala Nadya sehingga rambut wanita itu berselerak bagaikan baru bangun tidur. 

Klik Sini  CYASAR 3  |  CYASAR 5

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37