Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, December 9, 2020

Cinta yang Akan Selalu Aku Rindu 3

 

Nadya & Andi

"Langkah kaki, semakin banyak kita melangkah.. semakin banyak tapak yang kita tinggalkan - Nadya, 2019"

Nadya semakin kalut bila bunyi hon kereta mula kedengaran di perkarangan rumahnya. Cuma dia sahaja yang beria-ia walhal kedua-dua anaknya masih lagi duduk di meja makan dengan lagak selamba malah kelihatan berselera biarpun hanya roti bakar. 

"Ashraf, Afiq.. cepatlah.. Papa dah sampai tu" Kata Nadya sambil memasukkan buku-buku sekolah yang dapat dicapainya ke dalam beg sekolah Ashraf dan Afiq. Entah betul entah tidak, dia sendiri keliru beg kepunyaan Ashraf atau Afiq biarpun berbeza beg. 

Kedengaran lagi hon untuk kesekian kalinya. 

"Okay..Ashraf, Afiq, move. NOW!"  Nadya bercekak pinggang di hadapan anak kembarnya sebelum mengangkat kedua-dua beg milik si kembar. 

Dengan perlahan si kembar turun dari kerusi meja makan dan mengekor Nadya ke pintu rumah. 

"Overnight clothes..beg sekolah,  kasut.." semua diserahkan kepada Ashrul yang sedang membuka pintu kereta untuk si kembar. 

"Kirim salam dengan Ummi dan tolong... tolong tengokkan anak-anak. Jangan susahkan Ummi" kata Nadya sambil menunjukkan ke muka Ashrul sebagai tanda amaran. Bibirnya diketap tanda dia sangat serius dan berharap agak semua pesanan masuk ke dalam kepada Ashrul. 

"You, relax.. diorang anak I. I tahulah jaga diorang." Kata Ashrul dengan nada selamba. 

Nadya menjulingkan mata. Satu pun ayat yang keluar dia takkan percaya. Kalau di suruh pilih kerja dan si kembar, pasti Ashrul pilih kerja. 

"Dan no.."

"Candy.. I know." Pintas Ashrul.

Hati Nadya mula berbelah bagi bila melihat Ashrul dengan lagak selamba. 

"You know what.. I ikut" kata Nadya sebelum berpaling masuk ke dalam rumah namun di halang oleh Ashrul. 

"Eh... okay. I janji, akan jaga anak-anak dengan baik. No candy.. no swimming tanpa pengawasan orang tua and siapkan kerja sekolah sebelum Monday. Ashraf perlukan inhaler setiap masa di dalam beg dan no peanut for Afiq" sebut Ashrul satu-satu dengan serius.

"akan hantar diorang pergi kelas tambahan pagi ni, dan tengah hari nanti akan ambil diorang dan bawa terus ke rumah Ummi" sambung Ashrul lagi. 

Nadya mengeluh perlahan. Takkan dia mahu menghalang si kembar dari meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga Ashrul. 

"Kami gerak dulu" kata Ashrul sambil perlahan-lahan mengundurkan kereta. 

"Bye ma..." jerit si kembar dari kerusi belakang. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Pelik... selalu weekend macam ni kau takde kat rumah" Perlian Desi dari hujung talian.  

Nadya melabuhkan punggung di atas sofa. Tangan kanannya memegang telefon sementara tangan kiri cuba mengapai alat kawalan jauh TV. Tv yang gelap tiba-tiba menjadi terang. Sengaja dikuatkan suara TV agak dapat memecahkan kesunyian rumah. Mak Timah pun balik ke rumah anak-anaknya. Tinggal dia seorang. 

"Baru habis satu pameran.. minggu ni lengang sikit la" jawab Nadya sambil menyandarkan kepala pada Sofa. 

"Macam mana dengan lelaki yang kau cerita haritu? apa sambungan dia?" 

Nadya terdiam mendengarkan soalan Desi. 

"Tah. Aku pun tak tengok dia lagi. Aku dengar dia dah keluar hospital" kata Nadya dengan selamba. Namun ada sesuatu yang mengetuk hatinya. Dia mengeluh lagi sambil memandang kipas yang melekat pada siling rumah. 

"Tak baik kau ni.. sekurang-kurangnya pergilah melawat. Mak dia dah datang jumpa kau. Minta bantuan kau"

"Apa yang aku boleh buat? aku bukan doktor..." kata Nadya masih dengan nada mendatar tanpa perasan. Matanya terpandang kalendar di tepi rak tv. 11 OCT 2019. 11 Oktober.. tanpa sedar hatinya membisikkan tarikh itu berulang kali. Seperti ada sesuatu yang istimewa dengan tarikh itu. 

"Betul juga kan.. eh, aku ada dapat brochure ni. Ada funfair kat selekoh sebelum jalan naik ke dataran. Ada lagi ek funfair ni. Dah lama tak pergi tempat-tempat macam ni" 

Nadya membiarkan Desi merapu seorang sementara kepalanya masih berfikir ada apa dengan 11 oktober. 

"Okaylah.. aku nak mandi. Lepas tu pergi galeri kejap. Siapkan apa-apa kerja yang masih belum siap" kata Nadya sebelum bangun dari sofa. 

"Workaholic!"  komen Desi sebelum talian di tamatkan. 

Nadya tersenyum tepi. Panggilan yang selalu ditujukan buat Ashrul, walhal dia sendiri begitu. Sehingga tiada masa untuk yang lain. 

Nadya mengeluh lagi. Tidak tahu apa yang patut dia buat hari ini. Telefonnya berbunyi. Nadya mengerut dahi melihat nombor telefon yang terpampang pada skrin telefon. 

"Hello.."

"Kau ingat janji kau nak pergi funfair kat hujung pekan malam ni kan.. Aku tunggu kau" 

Suara itu.. walaupun sudah bertahun, Nadya masih ingat suara itu. Tanpa perlu si pemanggil memperkenalkan diri. Tangan Nadya mengeletar hampir terduduk di atas lantai. Hatinya seakan mahu menjerit, seperti diketuk dari dalam. Dia lupa dengan rasa itu. Rindu? ya. mungkin. 

"Andi, kau.." Nadya menutup mulut. Tangannya masih menggeletar. Telefon bimbit masih menekap di telinganya. 

"Tahun 2004, kau masih pelupa tahap petala kesepuluhlah Nad. Mesti kau dah lupakan" kata suara di hujung panggilan. 

Kalendar tahun 2019 berterbangan bila ditiup angin dari tingkap yang terbuka, seakan mahu menarik Nadya kembali ke realiti. 

"Nad.. datang sini" suara si pemanggil seperti merayu, "aku tak faham apa yang dah jadi. Aku bingung bila dengar cerita Ibu dan lain-lain. Datang sini Nad.. Aku tak faham.."

Nadya mengetap bibir. 

"Aku tak tahu apa yang dah jadi.. Bila aku bangun, semua macam tak masuk akal. Walhal hari sebelum tu, aku dan kau di dataran.. Aku tak faham. Aku minta ibu panggil kau datang, tapi dah dua minggu, kau tak datang juga" Suara Andi semakin perlahan.

"Itu yang kau ingat Andi? hari kau dan aku di dataran?" Nadya mula teresak. Dia masih ingat hari itu, biarpun ingatannya kelam. Dia ingat hari itu. Ertinya Andi tidak ingat apa yang berlaku selepas hari, minggu dan bulan selepas itu. . 

"Aku ada buat salah dengan kau ke Nad? Sampai kau tak nak datang jumpa aku?" tanya Andi pula. 

Nadya mula menghamburkan tangisan. 

"Tak.. tak. kau tak buat apa-apa salah." Justeru dia... dia yang bersalah. Semakin dia membesar, semakin jelas segala keputusan yang diambil ketika zaman remaja. Dan satu keputusan yang selalu dia ingin ubah adalah keputusan untuk menghindar dari Andi.

"Aku sakit.." kata Andi seperti cuba menarik simpati Nadya, "kau kata, kalau aku sakit, aku kena bagitahu kau kan.. datang sini Nad.." pujuk Andi lagi. 

"Okay.." kata Nadya perlahan.

 Klik sini CYSAR 2 | CYSAR 4

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37