Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, June 28, 2010

Tag amik dari Okie

magic fingers


1)kalau diberikan pilihan benda yang akan ditarik samada computer

Atau telefon,apakah pilihan anda?





~Handphone,, sebab takde org ada masa nak kol atau msj saya..heheheh





2)siapakah kawan anda dalam internet.Berikan nama.

-Okie
-Thir
-Miss Kira
-TiEcA @ EkA
-eiDnuT
-fzm2

n yang lain2 yg sudi mengomment karya2ku dari SC sampai miss/mrs ni..









3)Blog yang kamu minat?




~Semua blog yang yang saya follow.. hehehe.. dan yang saya baca walaupun tak follow..





4)minat Aril AF7?




-Af7?? laaa.. dah sampai AF7 dah ke?? sorry.. tak minat tgk realiti show..hehhehehe




5)kenapa?




Sebab dah bosan dengar org menyanyi.. baik aku nyanyi sendiri...heheh





6)Nak tag siapa *winkwink




~Siapa2lah yang sudi mengambil tag ini...

Actually..It Mrs now..not Ms, 23

Firstly..soooo sorry.. selalu lambat antar reply.. secondly.. so sorry DAA masih belum di masukkan kembali.. Lastly., enjoy reading.. salah ejaan, salah sebutan salah segalanya.. tolongla comment...heheh

“Nial.. Kita shopping petang ni..”

“Hah?”
Dannial memandang Dahlia dengan muka bingung.

“Laa...kata nak buat barbeque petang ni.. mesti beli bahan-bahan untuk di barbeque kan..”

“Emmm....”

Mencari alasan.. Aidil yang duduk di sofa yang berhadapan dengan pasangan itu mencuri dengar.. menanti alasan yang akan Dannial berikan. Dahlia berkerut dahi menunggu tindak balas dari Dannial.

“Ala Lia.. aku dah booking Nial lah petang ni... nak minta temankan dia check kereta aku yang accident tu kat bengkel.”

Aidil menjawab bagi pihak Dannial.. Dia tahu yang Dannial serba salah mahu menipu Dahlia.

“Ooo...Takpelah.. Lia pergi dengan mama jelah..”
Senyap seketika..

“Tapi Nial mesti balik cepat...”

Dannial tersenyum. Mengangguk. Itu sudah pasti.. Takkan dia habiskan masanya dengan Chill sedangkan cinta hatinya sedang menunggu di rumah..

“Mestilah.. Nial pergi kejap je..”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kakinya sudah seperti tidak dapat menampung berat badannya.. Padahal dia hanya memakai sandal tanpa tumit.. Sedangkan Chill.. Wanita itu memang mengerikan.. Kasut tumit tinggi setinggi 4 inch tidak menghalangnya dari berjalan ke sana ke sini mengelilingi shopping complex tempat mereka berada sekarang.

“Chill... You nak beli apa lagi ni??? Dah lambat ni.. I kena pulang..”
Entah sudah beberapa kali dia bertanya soalan yang sama.

“Ala...kejap lagilah.. I nak tengok butik kat depan tu lagi..”
Dan entah beberapa kali dia mendengar jawapan yang sama.

“Aduh... tangan you tu dah penuh dengan barang tau.. sambung besok-besoklah ya..kaki I pun dah macam reput dah ikut you berjalan ke sana ke sini..”

“Nial.... Please.. pergi butik tu lagi..”
Pujukan Chill yang manja kedengaran seperti menyakitkan telinganya.. Semua perempuan begini ke kalau shopping.. Tapi Dahlia tidak pula seperti Chill.. Hanya membeli barang keperluan kemudian pulang.. Tidak perlu menjelajah seluruh shopping complex itu.

“Huh! Okay.. Tapi lepas ni kalau you nak merayau lagi.. you pergi sendiri..”

“ala Nial..kena rushing sangat ni.. malam pun belum.. baru jam 8 lebih..”
Dannial menarik nafas panjang..

“This is not like you Chill..atleast, Not like I imagine.. Chill I know...”

Macam Dahlia.. dia menyambungnya di dalam hati.. itu yang dia mahu.. Dia berharap yang Chill yang dia kenali di ruang maya itu adalah Dahlia..

“Em..... Apa you cakap ni Nial.. you tahu kan yang I memang Chill..”

“Ya... but you are different..”

Chill mengetap bibir.. Different...different! apa yang lain? Cerewet... marahnya di dalam hati..

“Macam mana yang lain Nial..its me..”

Chill cuba berlembut dengan jejaka di depannya itu..

“I bayangkan you ni seorang gadis yang pandai jaga perlakuan you..”

“Why? What wrong with me??”

“Ah!..nothing.. just nothing...”

Dannial menarik nafas panjang.. barang-barang Chill yang di angkat olehnya di letakkan di atas kerusi yang memang di sediakan di sana.

“I balik dulu.. takde mood..”

“But... Nial... Nial! Siapa nak tolong I angkat barang ni.. Nial!!! Dumb!”
Dannial yang makin menjauh menimbulkan rasa geram di hatinya.. Chill mengetap bibir geram.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Emm... Bau macam sedap je.. jaga2 hangus ya..”

Dannial yang baru sampai berbisik di telinga Dahlia. Dahlia yang sedang membalik-balikkan ayam di atas panggangan terkejut dengan kehadiran Dannial di sebelahnya.

“Lambatnya balik..”

“Em.. Sorry.”
Dahlia menarik muncung.. entah kenapa dia terasa sedih bila Dannial tidak menunaikan janjinya untuk balik awal.. Mungkin kerana masalahnya yang sedang bertimbun-timbun membuatkan hatinya agak sensitive..

“Pergilah mandi dulu..”

“Lain macam je bunyi dia.. marah Nial ya?...”

“Takdelah..pergilah mandi..”

“Em..Jomlah temankan...”

“Em.. Orang dah mandilah..”

“Takpe.. Mandilah sekali lagi..”

“Takmau.. sejuk..”

Jual mahal..

“Tak sejukla.. pasanglah heater..”

Tangannya sudah melingkar di pinggang isterinya..

“Heater rosak..”

“Nial ada tolong panas kan..”

Ayam entah ke mana.. barbeque entah kemana.. Yang dia sedar hanyalah muka Dannial yang makin mendekat dengannya..

“Ehem...ehem..”

Konsentrasi terganggu..

“Nial... papa kau tanya.. nak ikut berjemaah solat isyak ke??”
Aidil tersenyum lebar di depan pintu rumah.

“.. kejap lagi aku masuk..”

“Oooo..cepat sikit ya.. dahlah kau belum mandi tu..”

Dannial mengalihkan perhatian kepada Dahlia semula..Nafasnya seperti tersekat sebentar tadi.. sebelum menerima ganggu dari Aidil.

“Lia dah solat?”

Dahlia tersenyum malu..

“Lia cuti.. sebab tu awal duduk kat luar ni panggang ayam..”

“Oooo...”

Kecewa.. Dahlia pasti itu nada kecewa...betul-betul pasti.. sekurang-kurangnya dia masih boleh selamat lagi untuk cuti kali ini...

Sunday, June 13, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 22

Aidil terngendap-ngendap di celah pohon bunga kertas yang kembang mekar di depan pintu masuk rumahnya. Kelihatan kereta viva yang selalu di pandu oleh Chill sudah mula mendekati rumah Daniel. Entah palah yang dimahukan gadis itu sehingga tidak sedar yang kehadirannya akan mengganggu tuan rumah di siang-siang hari minggu ini.Dia pun sebenarnya mahu bercadang mengganggu Dannial yang mungkin masih tidur di tingkat atas.. Tapi dia kan sepupu Dannial.. Wajarlah dia mengganggu pagi-pagi buta itu.. Atas alasan mengeratkan silaturahim.. Tapi Chill buat apa? mahu mengisi Kouta Dannial yang masih mempunyai tiga kekosongan kah?

"Eh! Aidil? buat apa kat celah pokok tu??"

Aidil pusing keliling apabila terdengar suara perempuan menegurnya. YA, Dia yakin suara perempuan..Tapi di mana?? kiri tiada, kanan pun tiada.. Bawah? takkan kot.. kecik sangat ke perempuan tu sampai dia mesti menengok ke bawah.. TAkkan kerdil kot..

"Kat Atas la.."

Aidil memandang ke arah balkoni bilik tidur Dannial.. Ooo.. Dahlia ada balik.. Hah!!! Dia kembali merenung kereta viva silver yang semakin mendekat itu..

"Dannial mana??"

Tanya Aidil.. Buat apa dia yang risau... Danniallah yang sepatutnya risau kerana kekasih gelapnya tinggal beberapa CM untuk sampai ke rumahnya.

"Ada tu.. Baru lepas mandi.. Kenapa tak masuk?"

"Panggilkan Dannial kejap.."

Dahlia kehairanan tapi dipanggil juga Dannial yang baru keluar dari bilik air itu.. KAdang-kadang sepupu Dannial itu ada sedikit peliknya. Dannial keluar ke balkoni dengan hanya memakai jubah mandi merenung Aidil memberi bahasa isyarat yang dia sendiri tidak memahaminya.

"Kau boleh cakap guna mulut ke? atau dah bisu??

Sarkastik Dannial bertanya dari balkoni biliknya. Tangan kanannya selamba saja memeluk pinggang milik isterinya.. Dahlia mula berasa mukanya sudah merah seluruhnya.. Agak2lah kalau nak ambil kesempatan pun.. Dia ingat depan Aidil aku tak berani tolak tangan dia ni ke? Tapi.. Takpelah.. tak luak mana pun..

"Mak minah datang Dari seberang, Kalau nak selamat kau turun sekarang,,"

Ewah.. Sempat lagi dia memikirkan pantun untuk di dengari oleh Dahlia dan Dannial..
Dahlia memandang ke arah Dannial.. Dannial menjungkit bahu. TAnda tidak faham apa sebenarnya yang sedang terjadi.

"Nial turun dululah.. sebelum Aidil bertambah... em.. let say kurang sihat dari segi mental.."

Dahlia tertawa mendengar bicara suaminya.. Tanpa banyak soal dia masuk kembali ke dalam bilik.. Biarlah Dannial menyelesaikan masalahnya sendiri..

"Lia.., "

Dahlia merenung ke arah Dannial.. kemudian menyambut tuala yang dibaling Dannial ke arahnya,,

"Pergilah Mandi.. Busuk,,"

Dahlia mencebik..

"Mentang-mentang dia dah mandi.."

"Tulah.., Nial ajak sekali taknak.."

"Hisy.. jangan jadi gatallah Nial.. kalau mama,papa dengar buat malu je.."

"Nial tak malu..

Dannial mendekatkan bibirnya ke telinga Dahlia..

"Nial memang.. tak tahu malu.."

Balas Dahlia dalam malu-malu sambil menolak perlahan muka Dannial agar jauh darinya.
Namun Dannial masih keras di sisinya..

"pergilah turun bawah.. Aidil tunggu tu.."

"Rasa macam berat hati pulak nak tinggalkan Lia.."

Kena sampuk ke suaminya itu.. Pagi-pagi hari pun boleh kena sampuk ke? Dahlia menjauhi Dannial yang sudah lain macam itu.. Namun Dannial makin mendekat.. Dahlia masih mencuba menjauhkan diri sehinggalah ke hujung katil.. Dannial tersenyum..

"Dannial!!!!!"

"Siapa tu???"

Cepat Dahlia bertanya.. Suara seorang gadis.. Dan dia rasa seperti mengenali suara itu.. Dannial sudah kalut.. Dia kenal suara itu.. Oh tidak..

"Aidillah.. buat-buat suara perempuan.."

jawabnya pantas.. Dahlia merenungnya tajam..

"Aidil..."

Tegas DAnnial,,

"Dahlah.. Nial turun kejap.. tengok apa Aidil tu mahu.."

Sudah sampai ke pintu dia merenung pintu balkoni yang luas terbentang.. Mesti Dahlia boleh melihat segala-galanya dari sana.. Cepat dia ke arah Balkoni dan menutup pintu itu.. Mujur juga pintu itu sukar dibuka oleh Dahlia kerana kerosakan di pintu itu memerlukan kudrat yang kuat untuk membukanya..

"Sejuk angin pagi ni.. Tak baik untuk Lia.."

Alsannya sungguh tidak munasabah.. Dahlia terus berdiam..

"Taknak kunci pintu bilik ini sekali ke??"

Sindir Dahlia sebelum mengurungkan diri didalam bilik air.. Dannial menggaru kepala..



Chill merenung Aidil dengan geram.. Kenapa dia tidak boleh masuk ke rumah Dannial.. Apa hak Aidil untuk menghalang.. Dia mula tersenyum apabila melihat susuk tubuh Dannial yang berjalan ke arah dia dan Aidil,,

"Chill buat apa pagi-pagi datang rumah I??"

Tanya Dannial dengan lembut.. Kerana jeritan gadis itulah tadi hajatnya terbengkalai lagi tadi,

"I nak jumpa You lah..Nak kenal-kenal dengan mama and papa you kalau dorang ada.."

Aidil membeliakkan mata.. extreme betul gadis di depannya itu..

"Mama dan papa I dah jalan awal pagi tadi..."

Padahal mama dan papanya sedang enak menjamu selera.. Tadi pun sewaktu dia turun mama sudah bertanya siapa yang menjerit di depan halaman rumah mereka itu.. dia terpaksa menjual nama Aidil..

"Ooo.. you buat apa hari ni.. tak ajak I masuk ke???"

Sekali lagi Aidil merenung Chill.. antara jelik dan bangga dengan keberanian gadis itu..

"Ah.. rasanya tak maniskan kalau I ajak you masuk kat dalam rumah.. Takde siapa-siapa kat dalam.. Tak manislah kalau kita berdua je kat dalam.."

"Aidilkan ada??"

"Emmm..."

"emm.. Aku nak balik.. Mak aku dah menjerit dari tadi.."

"Takpelah.. kita duduk-duduk jelah kat luar.."

Dannial menggaru kepala.. Sedikit geram dengan tingkah laku gadis itu.. Di waktu itu, dia bersyukur sangat mendapat isteri seperti Dahlia dan bukan Chill..

"Beginilah Chill.. You balik dulu.. petang karang I pergi rumah you.. Kita jalan-jalan and tengok wayang.."

Gadis itu seperti berfikir.. Dannial memberi isyarat kepada Aidil supaya menolongnya.. Aidil menjungkit bahu..

"Okaylah.. you janji ya.."

"Ya.. I janji.."

Sesudah Chill pergi Aidil dan Dannial masuk ke dalam rumah dengan wajah lega.. Dahlia yang sudah selesai mandi menampakkan diri di meja makan.. Merenung Dannial..

"Aidil bergadu dengan girlfriend dia.. Nial tolong leraikan la.."

Bisiknya di telinga Dahlia.. Sekali lagi dia menjual nama Aidil..

"Emmm.. Jangan lupa malam ni ajak Aidil sekali."

"Hah? ajak Aidil pergi mana?"

"Laaa... kan Lia kata nak buat barbeque...."

"A'auu..."

Macam mana dia terlupa yang dia dah berjanji dengan Dahlia.. Habislah.. Mesti sekali lagi Chill menyerang rumahnya kalau dia mungkiri janji dengan gadis itu.. Tapi Dahlia?? Sudahlah dia jarang berjumpa dengan gadis itu.. takkan dia mahu mungkiri janjinya dengan Dahlia pula..Ah! Chill ni masalahla,,

Saturday, May 29, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 21

"Aku nampak kau dengan budak chill tu bukan main lagi... dah macam anjing dengan kucing dah.." Serius.

Dannial merenung serius wajah Aidil yang serius.. Cuba memahami kata-kata sepupunya.

"Patutlah Dil, masa kau temuduga maktab untuk kos BM dulu dorang tak terima kau...Perumpamaan yang di belajar masa tahun 2 pun kau dah fail..."

Rafiq menyampuk dari belakang.

"Macam belangkaslah.. apa pulak macam anjing dengan kucing.." Jelas Rafiq.

"Ooo.. ye ke.. Tapi betullah Nial.. Ko jangan memain benda ni.. Kau tu belum lagi kerja.. tapi aku nampak dah ada gaya-gaya nak pasang dua ni.."

Dannial menghirup air minuman dengan nikmatnya. Cuaca yang panas menambahkan lagi kepenatannya.

"Aku takde apa-apalah dengan Chill tu.. cuma kawan chatting je.. tak sangka pula jumpa dia kat sini.. tu je.." Nafi Dannial.

"Entah iya, entah tidak.. tulah susah pasangan yang duduk jauh-jauh ni.. Bukan makin rindu-rinduan.. makin curang-curangan pulak.."

RAfiq memandang Aidil serius.

"Dil, ko boleh tak jangan musnahkan bahasa kebangsaan kita..Perit telinga aku mendengar gila-gila bahasa kau ni tau tak..Tapi aku setuju dengan Aidil tu.. Kau agak-agaklah nak pasang dua depan mata aku ni Nial.., Nak Berair mata aku tengok kau berkepit dengan Chill tu.."

"Habis tu.. Aku jelah yang salah.. YAng Dahlia kat Sabah tu.. tak tahu apa yang dia buat dengan si Paied.. Tak salah?" Tak puas hati ni..

"Ek' eleh.. Kau dah berapa bulan tak calling-calling dengan Irah ni? sampai tak tahu berita sensasi yang tengah bergelora satu Angsana 2 tu.."

Dannial memandang Rafiq.. Dengan isyarat agar Rafiq bercerita dengan lebih lanjut..

"Hah! tu lah kau.. dah kelabu mata dengan budak Chill tu.. Aku yang takde kaitan pun dengar tau pasal berita sensasi tu.."

"Apa dia berita sensasi tu?!" Tanyanya bengang.

"KAu tak tahu?? Irah tak beritahu? atau kau tak telefon dia?" Soal Rafiq pula..

"Apa yang sensasi tu?? Cuba korang beritahu aku then baru tanya soalan lain.." Makin bengang.

"Aku betul2lah bengang dengan kau ni... Keadaan Irah sekarang pun kau tak amik tahu.. betul2lah.." Rafiq pula.. Aidil menggeleng kepala.. DAnnial tambah bengang..

"Apa dia???!!!" DAnnial mengetap bibir.

"Kau betul2 dah berpaling arah ke ni Nial?? Takkan baru dua bulan kenal dengan Chill tu kau dah tak ingat Irah? Call dia pun tak?!"

"Arrrggg..." Tak senang duduk di buatnya.. kalau macam ni baik aku tanya Lia je.. Tanya badut dua orang ni macam cakap dengan tembok besi.. "Korang nak bagitahu ke tak ni?!!!!"

"Irah dengan Paied...."

"Nial.......Penat I cari you.. You kat sini pula.." Chill muncul di dalam perbincangan mereka.

"Chill.. Nanti jap.. Fiq.. apasal? sambung balik.."

"Kau pergilah dengan Chill dulu.. Balik hostel nanti kita sambung balik.." Rasa tidak selesa pula bercerita dengan adanya Chill di situ..

"Hum... Okaylah..." Chill tersenyum gembira apabila Dannial mahu pergi bersamanya.

Rafiq dan Aidil berpandangan sesama sendiri melihat langkah Dannial dan Chill yang semakin menjauhi mereka...

"Aku rasa tak senang hatilah dengan gaya perempuan tu.."

"Aku pun mahu cakap benda yang sama..." Kemudian mereka berdua menjungkit bahu dan berjalan mengekori DAnnial dan Chill secara sembunyi-sembunyi.. seperti yang selalu mereka lakukan sepanjang dua bulan Dannial keluar bersama gadis itu..

Monday, May 24, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 20

Diakah itu????

“Chill?!.. Nama awak Chill?” Chill geram dengan lelaki yang menghalang jalannya itu dengan menggengam tangannya.. Sejak dia memperkenalkan diri di dalam kelas Prof.Hassan tadi, dia terasa ada mata yang merenung tajam ke arahnya.. Chill menghadapn ke belakang untuk melihat siapa yang berani menghalang jalannya. Putih, tinggi 180cm, bertubuh yang tidak terlalu kurus dan tidak terlalu sasa, tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit kedua-dua belah pipi dan glasses! ‘handsome juga mamat ni..’ bisik hati Chill

“Ya saya.. ada apa masalah?” Tanya Chill dengan nada suara yang sedaya upaya disopankan. Lelaki itu tersenyum kembali.

“Saya Dannial, Awak dari Angsana 1 kan?” Tanya Dannial kepada gadis di depannya itu. Dia berharap yang tanggapannya betul. Chill di Eternity chatroom dan Chill yang ada di depannya adalah orang yang sama.

“Ya.. saya ex.Angsana 1.. kenapa ya?” Cuba mempamerkan senyuman yang paling memikat. Kelihatan lagi kunci kereta yang tersangkut di seluar lelaki itu tertulis BMW.. Mana mungkin dia melepaskan tuah yang datang bergolek kepadanya,

“Saya rasa kita dah kenal, IMVU, emm.. Eternity Chatroom..saya Sly..” Tanpa ada mukhadimah yang sepatutnya. Dannial terus ke isi penting. Chill berfikir seketika. cuba mengingati di mana dia terjumpa perkara yang mengabungkan namanya, nama yang di sebutkan oleh lelaki itu dan Eternity!. Dia terus teringat peristiwa sewaktu dia mengunjungi bilik computer kolej Angsana beberapa hari sebelum dia berpindah. ‘So
dialah yang berchatting tu.. mesti dia salah anggap aku ni kawan dia chatting.Ah! pedulikanlah.. siapa nak lepaskan budak macam ni..’ bisik hati Chill lagi

“Sly.. jadi awak la orangnya..” Kata Chill kononnya teruja. Dannial mengangguk..“Ya saya.. emm.. apa kata kita minum dulu.. cerita2..” ajak Dannial.. seperti yang di ingini oleh Chill..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Aku ada baca email yang kau hantar pasal mamat Sly kau tu., Apa cerita dah sekarang? dah makan umpan ke?” Tanya Claudia di hujung talian. Chill tersenyum sambil meletakkan telefon bimbitnya di meja solek dan menekan punat loudspeaker.

“Belum masuk betul.., tapi aku akan pastikan dia tak terlepas. Kalau guna pancing tak dapat, aku boleh guna pukat tunda... banyak cara nak jerat orang ni..” Katanya dengan bangga. Rambut yang panjang dan lurus itu di sisir semula sehingga kemas. Bibir munggil dibaluti gincu merah bak delima. Bulu mata yang sudah lentik di lentikkannya lagi..

“Kalau dia tahu kau bukan Chill yang dia kenal?” Tanya Claudia lagi. Pergerakan Chill terhenti. Berfikir seketika. kemudian dia tersenyum.

“Takkan mungkin.. aku dah kata dengan dia yang aku tak guna lagi ruang bual maya tu.. And aku akan jadi Chill yang dia bayangkan.. sehingga dia makan umpan aku..” Sekali lagi dia merenung cermin di depannya. Cuba mencari cacat cela sebelum berjumpa dengan Dannial sekejap lagi.

“Interesting, kau jadi apa? ‘ustazah’?” Sindir Claudia. Chill tertawa.

“Tak seteruk itu.. Cuma tutup sikit je.. wear jeans only.. Alimlah konon mamat tu.. suddenly aku rasa aku macam nak jadi seperti…” Chill terfikir sambil berpusing2 di depan cermin. ‘seperti apa?’

“Dahlia,,” Jawab Claudia.

“Right!.. Dahlia.. perempuan tu!.. Tapi takpe.. ini semua untuk sementara waktu je.. sampailah dia jatuh ke dalam genggaman aku..” Minyak wangi berjenama Paris Hilton di ambil dari meja soleknya. Kemudian dia membelek lagi dirinya di cermin.. berfikir apa lagi yang kurang dengan penampilannya..

“Cakap pasal Dahlia ni.. Aku ada berita gembira untuk kau..” Kata Claudia excited! Dan dia pasti temannya juga teruja mahu mendengar berita itu.

“Apa dia?” Tanya Chill yang sudah duduk di sisi katilnya.. Teruja!

“ Dia dengan Paied aku nampak dah tak sehaluan dah.. Paied dah macam mengelakkan diri dari Dahlia. Dan ada khabar anginlah yang Paied marah sebab Dahlia ni pasang dua.” Chill terus tertawa mendengar berita itu.

“Oh my God! kenapalah aku tak terfikir nak buat khabar angin supaya dorang berdua berpisah. Kalau aku masih ada di sana kan bagus.. Aku nak tengok macam mana rupa Dahlia sekarang ni.. dulu berlagak betul depan aku..” Kata Chill lagi.. Sempat lagi dia melirik jam di dinding.. Masih ada masa lagi untuk dia berbual dengan Claudia..

“ Em.. Tak payah. kau bayangkan je rupa isteri yang baru kena cerai dengan suaminya tu.. begitulah rupa Dahlia sekarang.. Makin tak berseri..” Mereka berdua tertawa gembira di atas kedukaan orang lain.

“Padan muka dia.. persahabatan takkan terputuslah konon.. sampah je semua tu.. wei, Claudia.. aku nak keluar dengan mamat Sly tu.. kita sambung cerita nanti ek?” Kata Chill apabila melihat kereta Dannial sudah ada di depan rumahnya,

“Okay.. kalau kau nak aku gambar rupa musuh ketat kau tu pun boleh juga..” Kata Claudia, Chill tersenyum sinis.

“Hahaha.. boleh juga tu.. okay.. bubye,,” Katanya sambil menghampiri Dannial yang sedang berdiri di sebelah keretanya.

Sunday, May 23, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 19

Hah? She transfer to Angsana 1!

Ruang di sekelilingnya di rasakan sangat luas. Dia boleh bernafas dengan lega, dan dia juga boleh menari dan menyanyi seriangnya. Udara di persekitaran juga agak tenang. Tiada lagi bayang-bayang yang sentiasa mengekori dan mencari salah silapnya. Sekali lagi dia bernafas lega. selega-leganya!

“Sudah-sudahlah tu.. aku tahulah kau sedang merasai kebahagian yang teramat sangat.. “ Tegur Pony yang duduk berhadapan dengan Dahlia di ruang Siswa. Dahlia tersenyum.

“Mestilah.. baru hari ini aku terasa selamat duduk di Angsana 2 ni.. Udara hari ni pun rasa sungguh nyaman.” Jawab Dahlia. Paied yang mendengar hanya menggeleng kepala. Memang sedari tadi Dahlia tersenyum sehingga ke telinga melihat Chill memasukkan barang-barangnya di dalam kereta.

“Did you just say, you feel insecure when Chill around?” Tanya Runner dalam gurauan yang agak sinis. Dahlia termenung seketika kemudian menganggukkan kepalanya.

“Yalah.. aku rasa insecure sangat..”katanya mengiakan kata-kata Runner. “masa primary school dulu aku tak sempat ambil kelas karate..Chill tu nampak je macam Jelly fish.. Tapi sekali dia karate kerusi taman kat hostel tu.. macam retak menanti belah je kerusi tu.. Kalau muka aku dia buat begitu?? habis punah harapan nak demand harga hantaran yang tinggi..” jelasnya lagi..

“No, aku maksudkan pasal hubungan kau dengan Paied.. kau rasa insecure ke kalau Chill goda Paied?” Tanya Runner lagi. Piaed tunduk merenung buku.. malas melayan.

“ Mestilah.. Kalau Paied nak cari penganti aku pun carilah yang boleh mengatasi keperibadian aku.. Agak-agak lah pun nak suruh Jelly fish tu ganti aku..” Jawab Dahlia laju. Paied merenung wajah Dahlia di sebelahnya.

“I will not!” Sampuk Paied.. Dahlia merenung wajah Paied..

“Irah cakap ‘kalau’..” Balas Dahlia.. Paied mengangguk..

“But still.. I will not.find replacement,,” Tekan Paied lagi.. suasana sepi seketika..
Runner menggaru kepala.. salah topic ke aku ni? gumannya di dalam hati.

“Anyway, Chill pindah kat mana ek?” Fie memecah kesunyian. Dahlia dan Paied yang sedang berdiam diri dan kononnya membaca buku merenung Fie.

“Aku dengar dia transfer kat Angsana 1..” Jawab Aniq yang dari tadi menjadi pendengar. Pen di tangan Dahlia tanpa sebab ber’thermal contact’ dengan permukaan meja. Padahal pen itu tidaklah susah sangat untuk di genggam. Paied memandang Dahlia. Dahlia mengawal riak wajahnya dengan senyuman.

“Siapalah jadi mangsa dia seterusnya..” Itu saja ayat yang keluar dari mulutnya sebelum dia mengkaji buku-buku yang ada di depannya dengan sepenuh perhatian..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Nah, kopi panas untuk pemaisuri hati..” Kata Paied selepas meletakkan segelas kopi di depan Dahlia.. Dahlia merasa kopi yang Paied bawa dari cafeteria Kolej Angsana yang bersebelahan dengan tempat mereka mengulangkaji pelajaran.

“Emm.. sedap..” Dahlia membuat muka ceria selepas meminum air kopi itu. Walaupun lidahnya tidak dapat merasa apa2 rasa buat masa sekarang.

“Sedap?.. Cuba rasa lagi..” Kata Paied pula.Dahlia meneguk air kopi di gelasnya. Tapi masih lidahnya tidak dapat merasa.

“Okay je.. kenapa?” tanya Dahlia. Paied menggeleng.

“Irah ada masalah ke?” Tanya Paied serius. Dahlia merenung bukunya. “Ada rahsiakan sesuatu dari Paied?” Dahlia menggeleng perlahan. Rasa seperti mahu menelan 10 biji ubat tidur supaya dia tertidur dan tidak mendengar pertanyaan Paied yang seterusnya. “Kenapa? Irah dah lain sekarang,, suddenly, peranan Paied sebagai rakan Irah dah terhenti selepas je Paied jadi kekasih Irah.. Kenapa? Kalau ada masalah Irah cari DK dan bukan Paied, macam dulu2..” Dahlia hanya merenung meja yang menjadi saksi bisu di antara mereka.. Kalau teman-teman mereka masih ada di sana semestinya soal begini tidak akan di ungkap dalam perbualan mereka. Paied menggeleng melihat Dahlia yang terus mendiam. “Paied terasa hati dengan sikap Irah ni..” Tanpa kata dia terus meninggalkan Dahlia yang masih membisu.

‘Paied tak tahu yang Irah cuba melindungi hati dan perasaan Paied.. seperti selalunya..Irah pun sedih, Irah tertekan.. tapi apa yang Irah boleh buat? Irah tak mampu nak ubah semua yang telah terjadi..’ Dahlia menguman di dalam hati sambil memerhati setiap langkah Paied.

Monday, May 17, 2010

Actually..It Mrs now..not Ms, 18

Keep in Touch!

Dahlia meraup wajahnya. berpinar-pinar kepalanya melihat pancaran skrin komputernya di tambah lagi dengan buku-buku di depannya dan tidak ketinggalan puluhan nota-nota kecil di depannya. Sempat dilirik Paied yang tekun menyalin nota di sebelahnya. Sudah dua bulan Paied keluar dari hospital dan dia gembira melihat Paied sekarang, bertambah sihat. Suasana di kolej Angsana 2 agak suram kerana semua pelajar sedang sibuk menyelesaikan beberapa tugasan yang belum selesai dan ada juga yang mengambil kesempat untuk mengulangkaji. Peperiksaan akan tiba tidak lama lagi jadi Paied dan Dahlia bercadang untuk menghabiskan masa dengan mengulangkaji bersama.. Paied merenung Dahlia yang sudah mula termenung sambil mengurut-ngurut perlahan kepalanya..Dahlia yang menyedari pandangan Paied merenung Paied kembali dan memberi senyuman kepada Paied.

“I never saw you look so down before..” Kata Paied sambil menutup buku notanya. Dia mengalihkan tumpuannya kepada Dahlia.

“Just a little stress,” Kata Dahlia sambil merenung kembali laptopnya. Menekan-nekan papan kekunci tanpa memikir apa yang harus dan mahu di taip oleh jari-jemarinya. Paied tetap merenung Dahlia. Tidak puas hati dengan jawapan kekasihnya itu.

“Little stress?.. You look so pale.. whats wrong?” tanya Paied lagi.. Dahlia menggeleng. “Chill kacau Irah lagi ke?” Tanya Paied lagi. Dahlia menggigit bibir sambil merenung skrin laptopnya. “Irah., apahal?” Pujuk Paied lagi..

“Chill curi assignment yang Irah dah siapkan hari tu.. Dan lepas tu dia tuduh pulak Irah curi idea dia.. Copy assignment dia, yang lebih tragis tu Puan Madhihah percaya 100% kat dia.. Irah yang kena denda buat extra two assignment..” Dahlia menolak tepi laptopnya..

“Kenapa boleh jadi begitu? Chill ni dah teruk betul..”Marah Paied.. Patutlah dari minggu lalu Dahlia masih lagi tidak menyiapkan tugasannya, rupanya Chill lagi membuat onar.

“Biarkanlah, lagipun assignment Irah dah hampir siap dah, besok siap dah kot..” Kata Dahlia sambil tersenyum kea rah Paied.

“Irah bertahanlah ya,, Paied dengar2.. bulan depan atau dua bulan depan minah tu nak pindah dah..”Kata Paied. Dahlia menjungkit kening sebelah.

“amboi,, tau-tau je Paied ni.. ada apa-apa ke yang Irah tak tau ni?” Usik Dahlia., Paied tersenyum.

“Paied terdengarlah..Geng-geng Chill tu berbual kat depan bengkel Auto,. Jadi Paied pun tadah telinga jelah..” Kata Paied membela diri.

“Bestnya.. Tak sabar betul nak tunggu dia angkat kaki dari sini… Dah penat bergaduh dengan dia.. Irah baling tepung, dia humban batu, Irah bagi penampar, dia bagi penumbuk..Lama2 Irah ni kena masuk belajar ilmu mempertahankan diri..” Dahlia mengemas bukunya.

“Hahaha.. baguslah tu.. tak payah lagi Paied risau kalau Irah jalan sorang-sorang..” Paied tertawa.. Bunyi telefon dari telefon bimbit Dahlia mengganggu perbualan mereka. Dannial! nama yang tertera di skrin telefon itu. Dahlia merenung kea rah Paied.

“Paied, Irah sambut telefon dulu ya.., ibu call..” Bohongnya sambil berlalu ke tempat yang jauh dari Paied agar jejaka itu tidak mendengar perbualannya.

“Assalammualaikum… lambatnya angkat phone?” Kata Dannial memberi mukhadimah.

“Waalaikumsalam,, sorry, tak perasaan pulak telefon bernyanyi riang tadi..” Bohongnya.. Bohong sunat!

“Takkan tak perasaan.. Busy sangat ke?” Dannial kononnya tak puas hati.

“A’aa.. tengah main mata dengan abang-abang senior kat sini tadi..” Sejak balik dari bercuti hari tu, mereka lagi terbuka untuk bergurau dan berbual. Dannial tertawa mendengar jawapan isterinya.

“Oo.,. yeke? jangan lupa pulak sampaikan salam Nial buat semua gadis-gadis cantik kat Angsana 2 tu..”

“Dah Lia sampaikan.. dengan Mak cik café ni pun Lia ada beritahu..” Dahlia tidak mahu kalah.

“Hahaa.. Mak cik Café? sampai hati Lia.. Lia apa khabar? baik?” Akhirnya Dannial sampai ke point penting..

“Baik.., Nial? sihat?” Dahlia pula bertanya sambil matanya menjeling-jeling Paied yang sedang merenung tajam ke arahnya.

“Kalau Nial sakit pun kenapa? bukan ada pun orang sudi menangis untuk Nial,, Jaga Nial kat sini ke,,” Dannial memaksudkan peristiwa malam terakhir mereka bercuti. Dahlia menarik nafas panjang.

“Kenapa? Nial marah ke? kata sporting..”Dahlia menutup rasa bersalah dengan gurauan.

“ takdelah.. Nial gurau je.. Okaylah Lia.. Nial nak siapkan assignment ni..” Dannial cuba menceriakan suaranya.

“Okay.. Nial.. Sorry..” Dannial tersenyum di hujung talian.

“Never mind., Lia.. Please jangan lupa Nial.. Keep in touch ek?” Kata Dannial..

“Okay Nial.. Assalammualaikum..” Dahlia berjalan ke arah Paied selepas menamatkan talian telefon tadi. Paied seperti mahu bertanya sesuatu.. Tapi tidak terluah olehnya.. Dahlia pula sedang memikirkan ayat yang sesuai agar Paied tidak bertanya mengenai panggilan itu.. Akhirnya sampai ke bangunan asrama mereka tidak berani mentuturkan sebarang ayat..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Saya nak berpindah..” Dahlia menutur dan menaipkan ayat itu dalam masa yang sama di laman bual maya yang selalu di lawatinya. Dia menggunakan komputer di bilik komputer kolej kerana broadband untuk laptopnya tidak begitu berfungsi untuk hari ini.. Selepas lima minit menunggu, kelihatan Sly muncul sambil membuat riak muka ingin tahu..

“Pindah ke mana?” Sly bertanya setelah mendekati avatar Dahlia iaitu Chill. Saya nak berpindah dari buruk ke baik.. jawab Dahlia di dalam hati..sedangkan avatarnya membuat riak wajah yang berahsia..

“Rahsia..” Jawab Dahlia.. Sly tersenyum.

“Apa khabar?” Tanya Sly sambil duduk di kerusi taman yang ada di Eternity room . Chill turut duduk di sebelah Sly..

“Baik.. Sangat baik.. awak?” tanya Chill pula.

“Lebih baik dari biasa selepas melihat awak kat sini..” Kata Sly. Chill membuat muka runsing.. “Kenapa?” Tanya Sly lagi..

“Saya seperti burung dalam sangkar, diberi makan, diberi minum, juga dimanjakan..Saya juga di biarkan terbang ke udara. Tapi tidak pula saya bebas..Kaki saya tetap terikat di daratan” Kata Chill dengan sayu.

“Kenapa begitu? benci terkurung? atau awak mahu bebas sebebas burung?” Sly menongkat dagu memandang Chill..

“Tak juga.. saya Cuma tidak suka terikat..” Jawabnya lagi.

“Kalau saya tuan, dan awak burungnya, saya tidak akan biarkan awak lepas..” Jawab Sly yakin. Chill memandang Sly.. ingin tahu apa alasan lelaki itu.

“Kenapa?” Tanyanya setelah lama menunggu penjelasan Sly.

“Sebab saya khuatir dengan hidup awak selepas saya lepaskan awak.. Awak bebas terbang ke mana saja.. Tapi macam mana awak mahu mencari makanan kerana sudah lama saya manjakan? masih ingatkan awak macam mana mencari makan sendiri.. Dan Siapa akan berteman dengan awak? Di mana awak akan berteduh kalau hujan membasahi bumi ini?” Chill tersenyum mendengar jawapan Sly.. ya, macam mana kalau Nial ceraikan aku? masih ada ke tempat berteduh? ibu ayah masih mahu menjaga aku ke? Dan Paied?.. Dahlia menggeleng, tidak mahu perkara itu terjadi..

“Saya tiba-tiba takut dengan kebebasan.. Saya harap saya sentiasa terikat..” Kata Chill.. Sly tersenyum lagi..

“Saya harap ‘dia’ juga berfikiran sama dengan awak.. sebab saya masih belum sedia untuk melepaskan ikatan..” Kata Sly sambil merenung awan..

“Siapa dia?” Tanya Chill..

“Rahsia.. “Sly tertawa.. Chill buat muka bengang.. Dia pula yang terkena.. Dahlia melirik jam di tangan.. Sudah sampai masa untuk ke kelas Prof. Chong..

“Sly.. gotta go.. ada kelas.. bye.. -0ut-“ Tak sempat2 menunggu balasan Sly, Dahlia terus meninggalkan computer tanpa sempat log out dari laman bual maya itu. Dan computer di bilik itu pula memang dibiarkan berpasang untuk kegunaan pelajar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Wei., korang kita pergi bilik computer dulu.. Nak check FB akulah.. guna broadband macam berjanggut aku tunggu dia loading..” Kata Chill kepada teman-teman yang seangkatan dengannya..

“Oo ya.. aku pun nak check juga..” Kata Teman Chill pula. Chill dan teman-temannya berjalan kea rah makmal computer kemudian terserempak dengan Dahlia.. Jelingan tajam dihadiahkan buat Dahlia.. Dahlia hanya menggeleng melihat geng Jelly fish itu.. Ponteng kelas Prof.Chong lagi lah tu..Bisik hati Dahlia.

“Hisy.. Pagi-pagi dah terjumpa muka dia..spoil mood aku je..” Kata Chill.

“Tu lah.. Aku pun geram tengok dia..” Balas temannya. Mereka memasuki bilik computer itu dan memilih computer masing-masing.. Dan kebetulan pula Chill mendapat computer yang di tinggalkan oleh Dahlia sebentar tadi..

“Eh, apa pulak kartun-kartun ni..Chat ke? Siap guna nama aku lagi tu.. tolonglah.. perasaan nak jadi akulah tu..” Kata Chill bangga diri.. Tiba-tiba Sly menghantar mesej.

“Okay.. take care.. miss you..” Chill membaca semula mesej Sly itu.. Siapalah yang bodoh masih main chatting2 ni semua.. Komen Chill dalam hati sambil menutup window lama bual maya itu..

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37