Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Dana @ Adriana 5

Bab 5
“Mike.., mari minum sekali..”
Panggil Datin Rafeah kepada anaknya yang baru memunculkan diri di pintu utama rumahnya. Mike berjalan ke arah ibunya dan pandangannya singgah ke muka Dana. tertanya-tanya siapakah gadis itu..
“Mike kenal siapa Dana?”
Tanya Datin Rafeah. Mike membuat muka bingung. Bukankah dia baru saja sampai di Villa Damai itu, kenapa dia yang di soal.
“Hah? mana Mike kenal Ma, Mike baru je balik dari ofis, tiba-tiba Mama tanya soalan cepumas ni pulak.”
Jawab Mike sedikit tidak puas hati.Sudahlah dia tertekan menunggu Adriana yang tak kunjung tiba. Dia merenung kembali muka gadis itu. Terdetik di hatinya mengatakan yang gadis di depannya itu sememangnya cantik dan mempunyai tarikan tersendiri.
“Yang kamu tersenyum tengok muka Dana ni kenapa? Dan gatal sangat?”
Marah Datin Rafeah perlahan bila menangkap senyuman Mike ketika memandang wajah Dana. Perangai anaknya itu memang susah mahu diubah. Gila perempuan!. Dana tidak senang duduk dengan perilaku Mike yang seperti membuka semua auratnya dengan renungan mata tajam jejaka itu.
“Beginilah Dana, Selama Dana sakit ni biarlah saya jaga Dana.. sehinggalah ingatan Dana pulih seperti sediakala.”
Datin Rafeah membuat keputusan. Dana mengangkat muka memandang Datin Rafeah. Mike hanya berdiam diri kerana tidak tahu hujung pangkal cerita.
“Tapi Datin, saya rasa menyusahkan pula.., Emm,, apa kata saya kerja kat sini. Tolong-tolong Mak Timah apa yang patut.” Kata Dana. Mike mengangkat kening. Tidak menyangka ada orang yang sanggup menolak tuah. Tapi dia masih ragu-ragu dengan perwatakan gadis itu.
“Tapi Dana kan masih sakit..” Kata Datin Rafeah prihatin. Mike mula meluat apabila Ibunya melayan gadis yang mereka tidak kenal dari mana asal usulnya. Sekali lagi di renung wajah gadis itu. Dia tahu yang gadis itu Cuma berlakon.
“Badan saya Cuma luka sikit-sikit je.. saya sihat.. tak perlulah risau..”
Kata Dana sambil tersenyum kepada Datin Rafeah. Terima Kasih kepada Datin Rafeah kerana bukan saja wanita itu memperinya perlindungan juga memberinya pakaian. Kalau tidak sampai sekarang dia memakai baju hospital kerana bajunya yang di pakai sebelum kemalangan sudah tidak boleh di pakai lagi.
“Emm.. baiklah kalau begitu.. Tapi Janji dengan Auntie jangan jatuh sakit ya..,”
Dana tersenyum dengan permintaan Datin Rafeah itu. Wanita itu penuh dengan perasaan keibuaan.
“Dan Jangan panggil Datin.. panggil Auntie..”
Dana mengangguk sambil tersenyum lagi.
“Mama ni senang betul percaya dengan orang luar.., Entah apa yang di rancang dalam kepala otak dia tu.. Okaylah mama, Mike nak balik rumah dulu..”
Mike menyalami mamanya. Dana terkejut mendengar Mike menyuarakan pendapatan tentang dirinya dengan sungguh lantang didepan dirinya pulak tu.
“Mike.. tak baik cakap begitu.. kamu ni.. nak balik mana lagi.. tidur jelah kat sini… Rumah kamu tu tak lari juga kalau tak tidur sana semalaman.. Atau ada betina tak cukup kain tu di sana?”
Sempat lagi Datin Rafeah menegur keterlanjuran bicara anaknya sebelum membebel dengan sikap anaknya itu. Mike terus ke pintu utama sambil menyarung kasutnya.
“Ma, please… Mike tak nak gaduh malam ni..”
Kata Mike perlahan. Dia begitu tidak senang bila mamanya memburukkan teman wanitanya di depan gadis yang baru mereka kenal.
“Apa please-please.. kalau dah gatal sangat! cinta sangat dengan perempuan tu.. kahwin! mama tak larang.. ini tidak.. berkubang macam orang takde pengetahuan agama..”
Mike buat-buat tidak dengan kata-kata ibunya dan terus menghidupkan kereta dan keluar dari kawasan Villa Damai selaju yang mungkin. Datin Rafeah menggeleng kepala melihat tingkah laku anaknya. Dana kesian melihat seorang ibu di perlakukan seperti itu.. Dia mengeluh kesal di dalam hati.

My EX-BF List BooK... 6

Bab 6

“Adie?”
Bingung.. Apasal aku pakai baju pengantin pulak ni? Lily kebingungan di tengah orang ramai dengan baju pengantin hitamnya. Adie Sufian sedang duduk di bersila di depan imam ketot yang berkaca mata besar macaam ugly betty. Macam mahu bernikah je.. habis tu? Siapa pengantin dia? Aku ke?
“Hei… Lily.. kamu buat apa tercongok kat sana.. mari duduk sini..”
Mamanya pula tiba-tiba muncul menarik tangannya untuk duduk di sebelah Adie Sufian yang fokus mengisi boring kahwin..
“Nak kahwin dengan Adie ke?”
Tanyanya bingung sambil mukanya berkerut seperti mempunyai seribu satu tanda soal.
Tiada siapa menjawab pertanyaannya.
“Eh? Nuraliali Syafirah?”
Tiba-tiba terdengar suara Adie Sufian pula memecah kesunyian. Tangan yang sedari tadi mengisi borang terhenti. Jantung Lily seperti mahu berhenti berdegup. Laa.. apa pula masalahnya ni..
“Saya bukan nak kahwin dengan Nuraliali.. Saya nak kahwin dengan orang lain..”
Mahu terbeliak matanya mendengar kata-kata Adie Sufian.. Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Eh? Apasal aku atas katil ni? Aku mimpi ke tadi? Lily mencapai jam di tepi katil.. And.. Huh!!!! Jam 9 pagi.. mampus..
Ni Adie Sufian punya pasallah ni… Semua salah dia!
~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Awalnya sampai..”
Wah! Sindiran pertama dari Darius.
“Eh! Awal ke? Lah.. patutlah saya terasa yang saya tersedar dari tidur lebih awal dari biasa..”
“Oh ye ke? Lah.. takpe, pulanglah rumah balik.. sambung tidur.. Biar je saya urus meeting ni..”
Sarkastik. Lily menjeling 360 Darjah. Kemudian menjelir lidah.
“Lepas tu bolehlah awak tunjuk baik kat papakan… jangan harap!”
“e’eh.. macam mana tau rancangan Malaya ke 20 saya ni..”
“Lily.. Darius… mesyuarat dah nak mula.. Boleh sambung kamu punya debat tu lepas ni?”
Lily dan Darius memandang En.Hazri yang sedang mengangkat kening bak Ziana Zain.. ek? Tak sedar pulak orang dah ramai kat bilik mesyuarat ni.. lembaga pengarah pula tu… Darius dan Lily buat muka tak malu.. kembali professional.

Semua salah Darius!
Semua Salah minah ni okay!
Tak mengaku lagi..
Dah you yang salah!
Jelingan tajam buat Darius.

Saturday, November 13, 2010

Dana @ Adriana 4

Bab 4

“Cik.. Cik dah sedar?”
Gadis itu membuka matanya perlahan-lahan. Cuba mengenal pasti keadaan sekitarnya. Dia tidak dapat mengingati apa yang terjadi kepadanya.
“ Saya kat mana ni?”
Tanyanya perlahan. Doktor Helmi di depannya tersenyum manis.
“Cik di rawat di hospital. Cik kemalangan tadi.. Seorang Pakcik yang telefon ambulans beritahu yang Cik kemalangan.. Saya Doktor Helmi. Saya yang merawat Cik.. emm..”
Dia sendiri tidak tahu siapa nama gadis cantik di depannya itu. Tapi dia rasa dia pernah melihat wajah itu
“Saya tak ingat apa-apa pun..”
Jawabnya bingung. Dia merenung wajah doctor tampan di depannya itu.
“Cik mengalami amnesia sementara.. Mungkin Cik boleh ingat cuba nama Cik ke? Atau apa-apa perkara. Sebab saya tak tahu nak beritahu siapa tentang kejadian ni. Polis tak jumpa apa-apa pengenalan diri di dalam kereta Cik.. termasuk lesen memandu..”
Terang doktor muda itu. Gadis itu menggosok perlahan kepalanya. cuba mengingati siapa dia..
“Ad,, ana.. Dana.. Dana il.. insyirah.. nama saya Dana Insyirah..”
Tergagap-gagap dia cuba mengingati namanya. Doktor Helmi mengangguk.. Nama sendiri pun gadis itu tidak dapat ingat.. jangan diharaplah gadis itu mahu mengingati dirinya itu,
“allright Dana.. tempat tinggat? mungkin di area JB ni..” Tanya Doktor Helmi lagi..
“Emm.. Villa.. Villa Damai.. Encik Mikhail.. atau Mike..”
Itu saja dia boleh ingat kerana itulah benda terakhir yang dia dengar dan baca..
“oo.. Dana ahli keluarga Encik Mikhail ke?”
Tanya Doktor Helmi terkejut. Siapa tidak kenal Mikhail, Salah seorang CEO MegaHolding dan kebetulan ibunya pula, Datin Rafeah adalah penderma terbesar Hospital mereka.
“Mungkin.. Itu je yang tersangkut di memori saya..”
Jawab Dana Perlahan.. Doktor Helmi mengangguk.
“Jangan paksa diri kalau Dana tak ingat…. Saya call Datin Rafeah sekarang dan mungkin dia kenal siapa Dana..”
Dana mengangguk faham.. sebelum Doktor Helmi keluar dari biliknya, Dana memanggil Doktor itu perlahan.. Doktor Helmi berpaling ke arah pesakitnya.
“Terima kasih..”
Doktor itu tersenyum..Kasih diterima...
“Kenapa Helmi.., kamu suruh Auntie datang sini macam ada hal penting? nak kenalkan Auntie dengan calon isteri kamu ke?”
Tanya Datin Rafeah dalam gurauan. Helmi memang sudah dianggap seperti anak sendiri tambahan lagi Helmi adalah anak kepada teman lamanya. Helmi mengaru kepala yang tidak gatal mendengar gurauan teman ibunya itu.
“Memang hasrat hati nak buat begitu lah.. Tapi anak Auntie dah cop awal-awal..”
Datin Rafeah sedikit terkejut dan bingung dengan kenyataan Doktor Helmi itu.
“Begini…”
Doktor Helmi menceritakan mengenai gadis bernama Dana yang baru terlibat dalam kemalangan dan mengalami kelihangan ingatan sementara. Dan satu-satu perkara yang gadis itu ingat hanyalah nama Mike dan Villa Damai, rumah Datin Rafeah yang juga rumah Mike. Datin Rafeah terkejut mendengar cerita itu tetapi boleh menerimanya dengan hati terbuka.
“Boleh Auntie tengok dia..”
Pinta Datin Rafeah. Doktor Helmi mengangguk dan menunjukkan Datin Rafeah jalan ke bilik Dana Insyirah.
“Assalammualaikum..”
Dana yang sedang termenumg di sisi tingkap bilik terpana melihat seorang wanita yang kelihatan begitu bergaya. Raut wajah wanita itu kelihatan menenangkan.
“Waalaikumsalam..”
Dana merenung wajah Doktor Helmi.. Bertanya dalam bisu siapakah wanita di depannya itu.
“Emm.. ini Datin Rafeah.. ibu kepada Mikhail yang awak cakap tadi..”
Doktor Helmi seperti memahami renungan Dari Dana. Datin Rafeah berjalan mendekati Dana. Dana mencapai tangan Datin Rafeah dan mengucupnya sebagai tandanya menghormati.. Datin Rafeah senang dengan perangai Dana.
“Siapa nama?”
Tanya Datin Rafeah walaupun Doktor Helmi telah memberitahunya maklumat lengkap sebentar tadi.
“Dana Insyirah.. Saya rasalah..”
Kata Dana sambil mempamerkan muka kurang pasti. Datin Rafeah tertawa mendengarnya.
“Mike… pulang ke villa Damai sekarang..JUGAK!”
Tegas Datin Rafeah.. Kalau tidak bertegas dengan Anak lelakinya itu sampai besok pun belum nampak bayang Mike di Villa Damai.
“Hai.. apalah nasib Auntie ni Dana.. ada anak pun susah nak jumpa.. macam nak jumpa perdana menteri.. Perdana menteri pun boleh tengok selalu di dalam TV.. Dorang berdua tu haram nak nampak kalau tak kena panggil balik rumah..”
Bebel Datin Rafeah. Dana tersenyum mendengar rungutan si ibu.. Dia juga bersyukur Datin Rafeah sanggup memberi tempat berteduh untuk seketika buatnya di Villa Damai itu.
“Biasalah Datin.. Minum dulu kopi ni..Dana, jemput”
Sampuk Mak Timah, pembantu rumah Datin Rafeah yang baru selesai menghidangkan minum petang. Dana tersenyum kepada Mak Timah.
“Begitulah budak-budak Timah.. yang si Marina pulak kat mana? tak balik lagi?”
Tanya Datin Rafeah bila menyedari tiada kesan kewujudan anak perempuanya di Villa itu.
“Dia kelam kabut tadi kemas beg dia.. nak pergi rumah kawan.. dia kata emergency sangat.. nanti dia terangkan dengan Datin..” Jelas Mak Timah.
“Hey.. budak ni.. apa yang emergency sangat agaknya..”
Kata Datin seperti berbisik tapi masih boleh di dengari oleh Dana dan Mak Timah..
“Dia bercakap di telefon dan terjerit perkataan hilang.. entah apa yang hilang agaknya..”
Jawab Mak Timah lagi. Datin Rafeah mengangguk.
“Takpe lah kalau begitu..nanti Timah tunjukkan bilik Dana ya.. Biar dia berehat dulu..”
Mak Timah mengangguk.. Dana terfikir seketika..Marina?.. tetapi memorinya masih lemah untuk mengingati semua perkara.. Lalu di biarkan saja, biar masa yang menentukan.

Thursday, November 11, 2010

Dana @ Adriana 3

Bab 3

“Hello Laily.. Kenapa ya? Saya dalam perjalanan balik dah ni..” Adriana membetulkan handfree di telinganya. Sambil tangan kanannya cekap mengendalikan stereng kereta.

“Ah… Cik.. jangan marah ya.. emm..” Adriana berkerut dahi mendengar setiausahanya tergagap-gagap.

“Laily.. saya tengah driving ni.. saya tak boleh menumpukan perhatian bila dengar awak bercakap tergagap-gagap ni..” Adriana membelok ke lorong sebelah kanan untuk menuju ke pejabatnya.

“Appointment tu sebenarnya pukul 2.30 petang ni.. saya baru terperasan bila tengok schedual Cik tadi..” Kata Laily dengan takut-takut. Adriana menarik nafas berat..

“Awak kata pukul 4…. sekarang ni dah pukul berapa? sempat ke nak sampai JB tu.. dengan traffic jam begini..”Adriana mula membebel..Dalam situasi sekarang dia tidak boleh mengawal amarah. “ Okay, awak call setiausaha Encik Mikhail tu.. cakap saya sampai lambat sikit.. And saya terus ke JB dengan kereta awak.” Adriana terus meletakkan telefon dan mengambil U-turn pusing balik ke lebuh raya utama.

“Encik Mikhail.. Encik Mikhail!…” Mimi, setiausaha Mike memanggil Bosnya berkali-kali. Apabila Mike laju saja berjalan ke arah Lif.

“What! saya tunggu dah hampir setengah jam.. mana pergi Tengku Adriana tu.. betul ke tidak waktu appointment yang awak beritahu dengan saya?!” Tanya Mike dalam kebengangan.

“Ini yang saya nak beritahu ni.. Cik Adriana lambat sedikit.. sekarang ni dia dalam perjalanan..” Kata Mimi dengan takut-takut. Muka bosnya seperti mahu menelan orang hidup-hidup. Mike mengeluh kasar.

“Nasib dia pengerusi AdriaHolding.. “ Bisik Mike sambil mengetap gigi. Dia berjalan kembali ke bilik pejabatnya. Cuba menunggu gadis itu dengan sabar.


“Cik Adriana, Cik dah sampai ke?” Tanya Laily perlahan. Ini semua sebabnya. Telefon di pejabat tak berhenti berbunyi bertanyakan berapa lama lagi bosnya mahu sampai ke untuk mesyuarat.

“Saya dah sampai JB.. 10 minit lagi saya sampailah..” Jawab Adriana kemudian menamatkan panggilan. Laily di hujung talian termenung merenung ganggang telefon. Adriana cuba memandu selaju yang boleh. Ini kali pertama dia lambat untuk menghadiri sesuatu mesyuarat..Dirinya masih mengendalikan kereta walaupun mindanya masih memikirkan Ikhwan. Tanpa sedar seorang lelaki tua yang sedang berbasikal cuba menyeberangi jalan raya. Adriana yang sedang bergerak laju tidak dapat mengawal keretanya dan mengambil keputusan untuk memesongkan keretanya daripada terlanggar lelaki itu.. sehinggalah kereta yang di pandunya terbabas..

“Kenapa Tengku Adriana Illyana tu belum sampai lagi?!! Saya dah tunggu hampir satu jam lebih dan batang hidung dia pun saya tak nampak.. ini kan pulak nak hidu bau perfume dia!” Marah Mike dengan bahangnya. Dia membatalkan pertemuannya dengan Linda semata-mata sebab Mesyuarat dengan Adriana dan sejam lebih dia terpaku di pejabatnya namun gadis itu belum menunjukkan wajah.

“Saya tak tahu Encik, Saya telefon setiausaha di tadi.. Katanya Cik Adriana akan sampai sini dalam masa 10 minit lagi.. tapi bayang pun takde ni.. then saya call balik pejabat dia, setiausaha dia kata telefon bimbit Cik Adriana langsung tak dapat di hubungi..agaknya telefon Cik Adriana habis bateri kot. ” Panjang penjelasan yang Mimi beri kepada bosnya yang sedang hot itu. Mike memegang kepalanya.

“Time ni pulak dia nak habis bateri..Itulah, Saya nak pergi pejabat dia, dia tak bagi.. sekarang lambat pulak sampai.” Mike mengetap bibir menahan geram.

My EX-BF List BooK... 5

Bab 5
Lily tersenyum melihat gambar-gambar lamanya ketika masih kecil. Mungkin dia masih berumur 5 tahun ketika itu. Masih teringat kenangannya bermain lumpur, panjat pokok.. Lily menggeleng.. betapa degilnya dia sewaktu kecil. Dia merenung ibunya yang tersenyum-senyum di sebelahnya.
“And.. kenapa mama paksa Lily tengok gambar-gambar ni?”
Senyuman mamanya terlalu lebar.. Ini mesti matchmaker lagi ni..
“Lily ingat tak budak lelaki dalam gambar tu.. Ala.. anak Datin Faezah…”
Lily menarik nafas panjang.. Ya Allah.. aku tahu berdoa mendoakan mala pertaka, tapi kau pengsankanlah di saat ini juga supaya aku tidak mendengar sebarang ayat lagi dari mamaku….
“Lily! Dengar tak mama cakap ni..”
Marah Puan Harlini apabila anaknya itu kelihatan seperti tidak memberi perhatian kepadanya.
“Mama…. Lily baru menginjak angka 30 tahun.. belum 40 tahun.. janganlah macam ni mama.. Kalau ada jodoh.. adalah..”
“Habis? Nak tunggu je jodoh tu datang sampai umur 40 tahun? Kamu masih sayang ke dengan Adie? Kalau kamu masih nak dengan dia.. mama tak kisah..”
Huh! Adie Sufian lagi..
“Ma.. Tolonglah jangan sebut nama orang tu lagi depan Lily… tak sukalah..”
“Kenapa marah pulak? Entah-entah masih sayang..”
“Ma..”
“Lagipun Adie tu pun dah bujang balik.. Dia asyik merisik khabar kamu je..”
“Ma….” Bosan.
“Ma dah beri nombor telefon kamu dengan dia..”
Mata Lily seperti mahu terbeliak mendengar kata-kata mamanya.. Macam ada anak panah yang menikam jantungnya.
“Mama bagi???.....”
Sambil menekan jantungnya yang terkejut sebentar tadi.
“Yelah.. kenapa? Limited edition sangat ke nombor telefon kamu tu sampai tak boleh bagi orang..”
Lily mengeluh.. Kenapalah mamanya lembut hati sangat bila dengan Adie Sufian tu.. dulu begitu.. sekarang pun begitu..Dia yang sering disalahkan bila berkata tentang Adie Sufian.. Walaupun lelaki itu yang sering membuat onar.
“Lily…”
Masih tiada respond.
“Lily...”
Kuat sikit sound tu.. Tapi masih tidak dapat menembusi imaginary headphone yang menutup telinga Lily untuk mendengar.
“Lily!!”
Fail di hempas di atas meja membuatkan Lily tersentak hebat. Bingung sekejap.. Ek? Aku dah sampai pejabat ke? Baru je tadi duduk kat rumah dengan mama.. Sekeliling pejabat ditinjau sehinggalah sampai pandangannya ke arah Darius yang sedang menahan geram.
“Dah habis berkhayal?”
Sinis!.
“Dah..”
Selamba.
“Boleh Cik Lily tolong tengok fail ni dan tengok apa kesalahan dia sebelum pas kat saya..”
Lily membelek-belek fail di atas meja macam membaca buku cerita kanak-kanak. Membelek dengan perasaan endah tak endah.
“Kenapa dengan fail ni.. saya tengok okay je..”
Selamba.
Darius mengetap bibir.
“Boleh tolong tengok pengiraan kos bahan untuk projek ini di muka surat 4..”
“So.. apa masalah dia?”
Tanya Lily masih lagi selamba. Walaupun dia nampak dengn jelas kesalahan laporan itu.
“So??? 5 darab 5 pun awak boleh salah kira???? Kalau tak hafal sifir, gunalah kalkulator! Apa kat pejabat awak tak ada kalkulator ke?”
Lily masih membuat wajah tidak bersalah.
“Kat pejabat En.Darius pada kalkulator ke?”
Balas soalan Darius dengan jawapan juga.
Darius bingung.
“Adalah!”
Jawab juga walaupun soalan tu memang layak dikategorikan dalam soalan paling bodoh.
“Kenapa sebab 5 darab 5 pun En.Darius pecah masuk pejabat saya.. Kenapa tak betulkan sendiri.. Nak saya tolong tekankan kalkulator ke?”
Amik! Kena sebijik!
“Saya Cuma nak Cik Lily alert dengan kerja yang diberi.”
Jawapan tutup malu.
“Itu kerja awak sekarang.. Bukan saya.. Now, will you excuse me.. I want to continue khayal saya yang terganggu sebentar tadi..”
Darius mencebik. Lawak gila anak bos ni.. Kerek!. Darius sempat lagi menghempas pintu dengan kuat yang membuatkan jantung Lily termelatah kerana terkejut.
Hai… sabarlah jantung.. Dalam satu hari ni dua kali kau terkejut.. Balik kerja nanti mesti jumpa doctor ni..

Wednesday, November 10, 2010

Dana @ Adriana 2

Bab 2

“Adriana!..”
Adriana menghentikan langkahnya yang terburu-buru mengejar masa. Pasti Ikhwan sudah lama menunggunya.. Dia memandang wajah siapakah yang menghalang jalannya.
“Ah! Reego.., Apalagi kau mahu ni.. Aku dah bagi kau bayaran untuk cari maklumat mengenai Mikhail tu.. Kau tak dapat lagi ke cek yang aku bagi kat anak buah kau tu?”
Reego mengetap bibir. Dia kelihatan teragak-agak.. Dia tidak tahu apa yang dia patut lakukan.. Ikhwan temannya.. Adriana juga temannya..
“Bukan sebab cek tu..”
Sampul surat coklat yang bersaiz A4 ditangannya direnung.. Dia menarik nafas panjang.. Tiada niat mahu melaga-lagakan orang.. Tapi dia rasa Adriana patut tahu.
“Masa aku menyiasat tentang Mikhail tu, Aku ternampak seorang yang aku kononnya kenal.. Tapi sebenarnya tidak.. Mungkin kau juga begitu.. Nah..”
Adriana menyambut sambul coklat itu dengan kerutan di dahi.. Isi sampul surat itu dikeluarkan.. beberapa keping gambar Ikhwan bersama seorang perempuan sedang berjalan dengan mesranya memasuki suite hotel.. Hotelnya.. Ikhwan berlaku curang di dalam hotel miliknya..
“Ap...Apa ni??”
Reego menggeleng.. Dia berjalan meninggalkan Adriana yang masih terkejut.. Cukup! Tugasnya hanya mengambil gambar dan memberikan kepada Adriana.. Dan penjelasannya terpulang kepada Adriana mahu berfikir tentang gambar itu.


Ikhwan yang sedang duduk di satu sudut restaurant di dekatinya.. Digagahkan kakinya melangkah ke arah lelaki itu.. Patutlah susah sangat mahu bertemu dengan lelaki itu sejak akhir-akhir ini..
“Ikh....”
IKhwan tersenyum kepadanya.. Adriana terfikir bagaimana caranya Ikhwan boleh tersenyum dan menipu dirinya dengan mudah.. Tanpa rasa bersalah..
“Rya beri Ikh masa 5 minit untuk menjelaskan tentang gambar ni..”
Ikhwan hairan. Tapi tangannya cekap mengeluarkan isi dalam sampul surat itu.. Mulutnya ternga-nga seketika..Dia merenung Adriana yang masih berdiri di tepinya.. Tiada apa-apa yang keluar dari mulut Ikhwan..Dia tergagap-gagap mahu membela diri.. Adriana sudah tersedu.. Dia berharap Ikhwan akan mengamuk melihat gambar itu dan mengatakan gambar itu palsu.. Dia mahu Ikhwan berkata semua yang ada dibenaknya kini tidak benar.. Tapi Ikhwan mempamerkan wajah terkejut dan bersalah kepadanya...
“Rya....Rya harap Ikh gembira kalau itu pilihan Ikh..”
Cincin di jari manisnya dilurutkan perlahan dan kemudiannya member cincin itu di telapak tangan Ikhwan.. Ikhwan masih tergagap-gagap mahu menghalang tapi suara masih bersembunyi di kotak suaranya.. Semasa Adriana melangkah meninggalkannya pun dia tetap terkaku.. Dia merenung langkah Adriana dengan perasaan sedih.. Dia mula sedar dia silap.. khilaf sehingga tersilap langkah.

My EX-BF List BooK... 4

Bab 4

Gogo power ranger…. Nyanyian lagu power ranger zaman tiada wifi berkumandang di segenap bilik mesyuarat.. Orang yang paling menahan malu ialah Lili.. Adush! Macam mana boleh lupa bagi silent ni.. Kalau lagu Siti Nurhalizah ke, Yuna ke.. aku boleh tebalkan muka lagi.. Ni lagu Power Ranger klasik,, ala., power Ranger turbo tu, yang ada Kimberly, Tommy,Jason, Cybertwotiger(gitu ke ejaan dia.. tapi spelling dah betul dah tu,,)Kalau orang di bilik mesyuarat tu buat muka no comment selepas dengar lagu dari handphone blackberry ni tak malu lagi.. Tapi mamat tu boleh pulak dia nak ketawakan aku.. nak tersembur-sembur dia menahan ketawa.
Adush! Gaya muka macam dah matang sangat.. Muka pun serius je masa masuk bilik mesyuarat tadi.. Tapi bila dengar lagu di blackberry dia tu, Power Ranger??? Hahaah.. sakit perut nak menahan gelak ni.. Darius berdehem berkali-kali untuk mengawal geli hatinya.
Tau pun malu.. tu belum lagi bila mama call., mesti keluar lagu Kluangman.. Dia….bagai seorang pewira.. menewas kan musuh… eh! Bernyanyi riang pulak aku ni., Takpe.. aku tengah control malu ni.. buat muka serius dan hadiahkan mamat tu pandangan tajam!...Hah! terdiam terus mamat ni bila aku memberi renungan makrifat aku ni..
Huii.. bagi renungan makrifat tu.. ala, aku diam bukan takut.. aku takut ada anak gadis orang menangis tengah-tengah bilik mesyuarat ni.. bapa dia lagi kat depan tu serius je.. Kang kena denda kahwin macam nujum pak belalang kang..
Hish… gaya macam lelaki idaman je.. Tapi huh! Tak nak aku nak berimpian kahwin dengan mamat baby face ni.. muka pun dah macam budak-budak.. Nak sindir-sindir aku pulak sebab aku guna ringtone Power Ranger.. Entah-entah setiap hari ahad duduk depan tv tengok Pocoyo..
Minah ni tengok muka aku macam tak puas hati je.. Kalau dah jatuh hati cakap sekarang.. Biar aku masuk meminang.. Tu mulut terkumat-kamit tu tak lain tak bukan mengumpat aku lah tu,, Sorry ek, aku ni lelaki macho., kartun macam pocoyo atau Barbie tu aku tak layan lah.. Aku tengok Roary racing car…Thomas and friend ke, barulah macho cket..
“Apa pandangan Cik Lili? Encik Darius? Senyap je..”
Dua-dua tersentak dengan teguran Encik Hazri, ayah Lili.. Tidak tahu hujung pangkal soalan., kedua-duanya hanya tersenyum sambil menjungkit bahu.. Tulah, mengutuk lagi..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku betul..betul..betul… bengang dengan mamat berkepala bak durian baru jatuh dari pokok ni.. Boleh-bolehnya dia menguruskan tender yang sepatutnya milik aku.. Dibawah tanggungjawab aku! Apa ni?! Papa tak adil………
“Lily.. Tak lunch ke?”
Encik Hazri menegur anaknya yang sedang berteleku di atas meja kerjanya dengan muka yang masam dari cuka.Dia tahu.. mesti tak puas hati ni..
“Dah…”
“Aik?Dah? Lunch hour baru 7 minit yang lalu.. Bila masanya Lily pergi Lunch?”
“Lily makan hati..Berulaam jantung.. Bersambalkan hempedu!..”
Nada dah macam orang kecewa sebab putus cinta kali pertama ni.. Encik Hazri tersenyum.. Lily menarik muncung lebih panjang dari kebiasaannya bila terlihat senyuman papanya itu. Bukan nak pujuk! Senyum pulak!
“Papa sengaja nak ringankan beban Lily.. Kesian nampak Lily sibuk memanjang.. Sebab itu Papa paskan projek tu kat Darius..”
“Papa.. Kalau nak ringankan beban Lily.. papa boleh pas-pas projek-projek kecil macam kat Damansara tu… Ini projek besar papa… And that boy baru masuk kerja sini beberapa hari.. Papa boleh serahkan projek besar kat dia dengan senang hati??!”
Lily mengetap bibir. Nampak sangat riak wajah tidak puas hatinya.
“ That boy adalah seorang yang boleh diharap.. Papa yakin dia boleh selesaikan kerja dalam masa yang singkat..”
Tambah masam muka asam kecut Lily..
“Percaya sangatlah dengan budak Darius tu..”
Masih tak puas hati. Geram! Penat aku berusaha merebut projek mega tu dari AdriaHolding.. Dia pulak yang bersenang lenang nak amik alih tugas aku…

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37