Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, March 23, 2011

Dana atau Adriana??, 18

Bab 18

“Ma... tunggulah Yna sampai.. apa kelam kabut sangat ni.. Flight Yna petang ni.. Bukan boleh sampai 2, 3 jam...”

Marina mengurut kepala. Pening dengan keletah mamanya. Ingat ada pintu doremon ke apa yang boleh buat aku sampai dalam masa dua,tiga jam.

“Mama tak kisah. Petang ni juga mama nak nikahkan abang kamu tu.. Kalau kamu tak sempat balik takpe! Masa bersanding je kamu tengok abang kamu tu kahwin. Bukan kamu yang jadi tuk kadi nak nikahkan abang kamu.. Buat apa pulak mak tunggu kamu.”

“Tapi ma... ma...”

Marina menepuk dahi. Kenapalah orang dirumahnya sekarang ini. Suka letak telefon tanpa membiarkannya menghabiskan ayat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Auntie.... Dana nak cakap sikit..”

Datin Rafeah yang sedang sibuk menguruskan majlis pernikahan anaknya merenung Dana. Dana mengambil tempat duduk di hadapan bakal mak mertuanya itu. Rasa serba salah mahu meneruskan niatnya untuk membatalkan majlis pernikahan mereka yang hanya tinggal beberapa jam lagi, tapi bila terkenangkan ugutan Mikhail semalam membuatkan dirinya gerun. Tiada orang yang sanggup menempah derita.

“Dana.. Dana tak mahu teruskan pernikahan ni..”

Perlahan saja nada suaranya. Senyap sebentar. Dana menunggu kata-kata amarah dari mulut Datin Rafeah. Dia tidak berani bertentang mata dengan datin Rafeah. Takut!. Kenapalah bukan Mikhail saja yang membatalkan pernikahan ini. Dia kan lelaki. Pengecut! Marah hati Dana yang ketakutan.

“Oo...”

Jawab Datin Rafeah selamba. Dana mengerut dahi bila mendengar balasan dari Datin Rafeah. Hah?? Bingung sebentar.

“Auntie tak marah?”

Tanya Dana perlahan. Mikhail yang bersembunyi disebalik tangga juga kebingungan. Dia sebenarnya mencuri dengar perbualan ibunya dan Dana sedari tadi.

“Kenapa panggil Auntie lagi ni.. kan tak lama lagi Dana nak jadi menantu mama.. panggillah mama..”

Jawab Datin Rafeah sambil tersenyum. Dana makin kehairanan. Mama Mikhail ni dengar ke tidak aku cakap yang aku taknak kahwin.. Perlahan sangat ke aku cakap tadi?. Dana mengaru kepala.

“Auntie.. Dana kata yang Dana tak nak kahwin dengan Mikhail.”

Kuat dan lantang Dana meluahkan keinginannya. Datin Rafeah masih lagi tersenyum. Mikhail makin pening. Apa kena dengan ibunya ni..

“Mike! Kamu boleh keluar sekarang.. tak payah bersembunyi disebalik tangga tu.. Macam mama tak boleh Nampak kamu dari sini!.”

Tersentak Mikhail seketika sebelum berjalan mendekati ibunya.

“Majlis pernikahan kamu tetap berlangsung!. Tak payah kamu susahkan diri nak gunakan ketiadaan Marina sebagai alas an.. Dan jangan susahkan diri mengugut bakal menantu mama ni.. Sebab mama tetap dengan keputusan mama. Titik!”

Mikhail dan Dana kedua-duanya kecewa dengan keputusan Datin Rafeah itu. Bagi Mikhail, tidak mungkinlah dia akan menerima Dana sebagai isterinya. Tidak pernah terbayang di mindanya untuk bernikah dengan gadis kampung seperti Dana itu. Bagi Dana pula.. itulah pengakhiran hidupnya!.

Saturday, March 19, 2011

Dana atau Adriana??, 17(ii)

Jerit Marina dihujung talian. Dana terkejut mendengar jeritan bakal adik iparnya itu. Tak sangka nasib Datin Rafeah sungguh malang. Anak lelaki perangai seperti mencabar perangai Nates!. Anak perempuan pulak dirasakan seperti putus fius sedikit.

“Rya! Kau Rya?!”

“Hah? Em tak.. saya Dana.”

“Hilang ingatan?? Kan!”

Ganggang telefon di tangan yang ditekapkan di telinga sebentar tadi melurut ke pipi. Wajah berang di hadapan pintu membuatkannya menggeletar seluruh badan. Dia seperti ingin saja menghilang dari situ bila pemilik wajah itu semakin mendekatinya.

­­"Siapa yang telefon kau tu?? Kawan subahat kau?? Dah bagitahu dia yang kau dah Berjaya perangkap aku?! Hah!”

Dana yang masih menggenggam ganggang telefon perlahan-lahan meletakkan ganggang itu ke tempat asal dengan rasa gerun yang melampau-lampu bila dijerkah sebegitu rupa..

“Kenapa letak?? Aku mengganggu kau bertelefon?”

Sindir Mikhail lagi. Dana menarik nafas panjang. Dia betul-betul tidak boleh bernafas bila bersua muka dengan Mikhail. Sangat-sangat menggeletar bila melihat wajah itu walaupun wajah pemuda itu boleh dikatakan tampan.

“Ta..tadi aa.dik encik telefon.”

Mikhail tergelak perlahan bila mendengar jawapan dari mulut Dana itu. Bukan kerana kelucuan melihat Dana tergagap-gagap kerananya, tapi dia kelucun mendengar jawapan yang diberi oleh Dana.

“ Adik aku??! Tengah malam macam ni?? Em.. masuk akal betul jawapan kau ya..”

Mikhail berjalan mengelilingi Dana. Dana semakin gementar. Bimbang Mikhail akan bertindak seperti hari tu.

“Kau jangan ingat yang kau dah menang! Aku akan buat hidup kau macam neraka kalau kau cakap dengan mama yang kau setuju kahwin dengan aku!”

Dana menelan air liur kesat. Dahinya dirasakan seperti dibasahi peluh kerana ketakutan mendengar ancaman Mikhail.

“Kau dengar tak?!”

Dana tersentak mendengar soalan Mikhail itu. Laju kepalanya mengangguk.. Mikhail tersenyum sinis kemudian berlalu ke biliknya. Dana menarik nafas panjang.

Diari isteriku,cerita cintanya 3


Bab 3

“Kau macam mana?”

Dya yang sedang membancuh kopi tersenyum tawar walaupun wajahnya tidak dipaling ke ke arah Farina. Farina yang sedang mencuci pinggan mangkuk di singki mengerling ke arah temannya.

“Macam mana apa pulak?”

Pertanyaan Farina sebentar tadi dibalas kembali dengan pertanyaan dari Dya. Farina mengeluh. Setelah semua pinggan mangkuk habis dicucinya, Farina duduk di kerusi meja makan dapur sambil memerhati Dya yang masih membancuh kopi.

“Benda ni tak perlu diterangkan dengan lebih mendalam lagilah Dya.. Kau pun faham soalan aku. Kau okay ke? Dia layan kau masih dingin atau dah okay? Ada perkembangan atau tidak?”

Bukanlah dia mahu masuk campur atas urusan rumah tangga temannya itu. Tapi dia tidak mahu Dya terluka dengan lebih teruk lagi. Cukuplah luka yang dulu.. Luka yang masih belum sembuh atau tidak pernah sembuh sedikit pun.

“ Okay je...”

Jawab Dya pendek. Farina mengeluh lagi.

“Dalam beberapa bulan lagi, korang dah jadi mummy and daddy tau! Takkan nak terus macam ni.. Susah-susah kau terus terang jelah dengan dia..”

“Nak terus terang apa benda.. useless..”

“Terus terang semuanya! Pasal kemalangan tu... pasal cerita dulu.. semuanya..”

Fahmi yang sedang mengangkat pinggan kotor ke dapur menghentikan langkahnya. Dia cuba mendengar di sebalik ruang masuk dapur apabila terdengar suara isterinya berbual dengan Farina.

“Supaya dapat simpati dari dia? Atau supaya dia layan aku dengan baik? Macam Iz layan aku?...”

Farina menggigit bibir bila terdengar nama itu keluar dari mulut Dya. Sudah lama sangat nama tu tidak disebut Dya.

“Rasanya baru semalam dia ketawa dengan kita.. Baru semalam kita konvoi ramai-ramai dengan kita... Aku dah rindu sangat suasana macam tu.. Tapi... benda dah berlalukan.. Sekarang kehidupan aku dengan Fahmi.. Aku tak kisah macam mana dia layan aku... Yang penting aku menjalankan tugas aku sebagai isteri dia..”

Belum sempat Farina membalas, perbualan mereka terganggu dengan kehadiran Fahmi di depan dapur. Fahmi cuba membuat muka selamba. Seperti tidak mendengar apa-apa.

“Ni ada lagi pinggan kotor.”

Farina dan Dya berpandangan. Takut pula Fahmi mendengar perbualan mereka sebentar tadi.

10.00 am

Hari ni berlaku perkara yang tidak pernah diduga...

~~~~~~~~~

“Geng... bolehkan aku ajak roomate aku yang handsome sikit ni ikut kita?”

Sebaik saja Sofian menghabiskan ayatnya, mata Dya terus tertumpu kepada jejaka yang di sebelah Sofian itu. Jejaka itulah yang selalu mengganggu tidur malamnya. Dan sekarang jejaka itu ada di depannya. Mamat Pathway! Bisik hatinya. Jejaka itu tersenyum manis dihadapannya. Memang malam ni tak tidur lenalah... bisik hati Dya.

“Dya... Dya..ooo Dya...”

Sofian melambai-lambaikan tangan dihadapan mata Dya. Okay ke tak budak ni. Dya yang baru tersedar dari lamunannya tersenyum malu. Merah padam mukanya bila diusik. Rupanya sudah lama jejaka yang diminatinya itu menghulurkan salam persahabatan. Dia saja yang mengelamun tak ingat!

“Nama saya Izhar..”

Izhar memperkenalkan diri sambil tersenyum manis. Cair mak oi! Bisik hati Dya.

“Izhar je ke?”

Adush! Kenapalah kau mesti berlagak macam perempuan gediks kuasa 2 ni Dya.... Laju pulak tu mulut ni bertanya. Dya memukul perlahan mulutnya. Izhar tertawa kecil.

“Tak adilkan kalau saya bagitahu nama saya panjang-panjang kalau awak langsung tak bagitau nama awak.”

Jawab Izhar pula. Dya menunduk menahan malu.

“Nama saya kan Dya..”

“Pendeknya... Nama panjang?”

“Nama panjang Mak Cik Dya yang cantik lagi vogue dan beautiful!......”

Dya kelam kabut masuk ke dalam van tanpa mengendahkan Izhar yang sedang menahan gelak mendengar jawapannya.Izhar menggelengkan kepala melihat telatah gadis yang kini menjadi virus dan cuba mendominasi hatinya.

Sepanjang perjalanan itu, hati saya tidak berhenti berdegup kencang.. dan seperti tidak mahu mengakhiri perjalanan itu..Biar kami terus berada di dalam van yang sempit itu.. Biarlah van tu berjalan sejauh mana yang dia mahu.. asal perjalanan ini tidak berakhir.

9.00 pm

Nadia Alisya.

“Oit!... Mana hubby kau...”

Fahmi kelam kabut menyembunyikan diari isterinya itu dibawah bantal apabila mendengar suara Farina dan Dya diluar pintu biliknya.

“Dah tidur kot.. apahal?”

Terdengar suara Dya membalas. Fahmi menarik selimut apabila mendengar pintu dibuka dari luar. Sebelum masuk ke dalam bilik mereka, Fahmi terdengar lagi perbualan Dya dan Farina walaupun kedua-dua wanita itu separuh berbisik. Mungkin Dya membuka pintu bilik mereka tadi untuk memastikan yang dirinya sudah tidur. Bisik hati Fahmi.

“Apa benda yang kau nak cakap hari tu..”

Tanya Farina perlahan.

“Diari aku.. aku nak suruh kau simpan.. Tapi hilang la.. semua pulak tu.. tak tau kat mana aku simpan..”

Kata Dya perlahan.

“Diari? Diari yang kau simpan semua cerita yang lalu-lalu tu??”

Tanya Farina lagi.

“A’aa lah... tak tahulah macam mana kalau Abang Fahmi jumpa benda tu...”

Kata Dya risau.

“Laa... kau ingatlah betul-betul kat mana kau letak benda tu.. manalah tau tertinggal kat rumah sewa kau dulu ke.. ala biarlah.. Fahmi bukan minat nak baca buku-buku Diari ni... “

“Em... nantilah aku cari.”

Fahmi menutup mata apabila pintu bilik mereka dibuka sekali lagi. Dia terasa rambutnya seperti dibelai perlahan.

“ Dya sayang awak...”

Dya mengelap airmata yang semakin membasahi pipi. Rindu itu semakin mencengkam.. Tapi dia sendiri tidak tahu macam mana mahu hilangkan perasaan itu.. Mahu mencari Izharnya dimana lagi?... Adakah lagi peluang untuk dia meleraikan rasa rindu itu.....


Wednesday, March 9, 2011

Dana atau Adriana??, 17(i)

Bab 17(i)

Balik sekarang!

Mama nak kahwinkan abang kamu!.

0830 am

Mama.

Mata yang masih terkebil-kebil kerana baru bangun tidur terus terbuka dengan besarnya kerana terkejut. Apa mama ni.. main kahwin-kahwin pulak.. Gaya macam emergency case je. Bisik hati Marina. Kepalanya digaru perlahan. Bingung. Dia terus mendail nombor telefon ibunya.

“Mama.... apasal ni.. kilat takde, hujan takde terus nak kahwinkan abang ni.. tunggulah Ina balik dulu... Ina bukan kat UK boleh rushing balik dalam hari ni je.. Ina kat London..”

UK tu Ulu Klang la.. Laju je Marina mengemukakan alasannya.

“Err.. marina ke?”

Hisy! Apasal minah ni interframe pulak! Bisik hati Marina tanpa berfikir panjang.

“A’aa Rya.. aku lah ni.. bagi aku cakap dengan mama kejap .”

Eh? Marina merenung telefon bimbitnya lama. Dia ni mengigau ke atau bermimpi. Pipi dicubit dengan kuatnya.

“AUUUCh! Sakit.”

Jerit Marina dihujung talian. Dana terkejut mendengar jeritan bakal adik iparnya itu. Tak sangka nasib Datin Rafeah sungguh malang. Anak lelaki perangai seperti mencabar perangai Nates!. Anak perempuan pulak dirasakan seperti putus fius sedikit.

“Rya! Kau Rya?!”

“Hah? Em tak.. saya Dana.”

“Hilang ingatan?? Kan!”

Senyap dihujung talian.

“Hello..hello.. Rya.. Rya.. dana??? Hello? Hello!!!!!!!”

Marina menepuk dahi. Dia berlari ke bilik Illina dengan pantasnya. Sampai sahaja di depan pintu, tanpa salam dan ketukan bilik Illina terus saja diserbu.

“Illina... bangun!..”

“Apa ni Ina.. kau ni mengacau betullah.. awal lagi ni..”

“Kita mesti berkemas sekarang.. kita mesti balik Malaysia sekarang juga!.”

“Kan flight dah book minggu depan..”

Jawab Illina sambil menarik selimutnya kembali.

“Rya nak kahwin dengan abang aku!”

Jerit Marina dengan paniknya. Illina menyingkap kembali selimutnya sambil merenung Marina dengan tajamnya. Dahi Marina disentuh.

“Kau demam ek? Dah hilang akal?? Kau bermimpilah Ina.. pergilah sambung tidur..”

“Illina... aku tak mimpilah.. Aku kenal sangat dengan suara Rya..”

Illina mengosok matanya.

“Kau boleh tak tarik nafas dalam-dalam dulu then fikir apa yang kau sedang merepek ni.. Kakak aku kahwin dengan abang kau.. Ajaib sungguh!”

Marina menyandarkan badan di kepala katil Illina. Berfikir seketika. Ada benarnya juga kata-kata Illina tu.. Rya dan Mikhail?? Mustahil! Marina cuba menghubungi kembali telefon rumahnya tapi tiada siapa yang mengangkatnya.

“Mustahil.”

Bisik Marina.

“A’aa.. mustahil! Dah.. pergi masuk bilik kau.. menganggu tidur lena aku je..”

Balas Illina pula.

Tuesday, March 8, 2011

Dana atau Adriana??, 16

Bab 16

Huh… Dana mengeluh perlahan.. sedar tak sedar sudah 3 bulan lebih dia berkerja sebagai pembantu di Villa Datin Rafeah.Terima kasih pada Datin Rafeah kerana telah menguruskan urusan kad pengelanan dirinya. Kalau tidak sampai sekarang dia seperti orang asing di negara sendiri. Dan masih belum terbuka ingatannya untuk mengingati siapa dirinya yang sebenar.., Yang hanya dia mampu ingat hanyalah nama Mike dan nama Villa ini.. Bercakap mengenai Mike, jejaka itu selalu mengharu birukan hatinya.. Ada masanya bila Mike pulang ke rumah.., dirinya akan di hujani sumpah seranah, dan ada masanya dirinya seperti di telanjangi dengan mata gatal jejaka itu. Dia selalu takut bila saja jejaka itu kembali ke rumah ini.. Dia merasa tidak selamat berada satu bumbung dengan jejaka itu. Marina pula, anak bongsu Datin Rafeah masih belum menampakkan wajah. Kata Mak Timah, gadis itu mencari temannya yang hilang 3 bulan lalu.. entah di manalah temannya itu menghilangkan diri dan meninggalkan teman-teman yang setia mencarinya. Dana mengeleng kepala. Macam-macam sikap manusia di dunia ini.. Doktor Helmi sering juga melawatnya di Villa Damai untuk memastikan kesihatannya. Dia berasa senang dengan jejaka itu.. Sering menjaga perilaku dengan tutur kata.. Bila dibandingkan Mike dan Doktor Helmi.. Dana merasakan perwatakan mereka seperti langit dan bumi.

“ Apa yang kau termenung tu.. Dah macam bos je kat rumah ni! takde kerja?!” Tanya Mike dengan garang. Dana terkejut dengan kehadiran jejaka itu. Baru saja hatinya mengutuk jejaka di depannya itu.. “ Mama aku dengan Mak Timah mana?” Tanya Mike lagi.. walaupun dia sudah tahu ibunya dan Mak Timah pergi ke pasar hari ini. Sememangnya dia menantikan waktu sebegitu. Tiada siapa mengacaunya dengan gadis yang berpura-pura hilang ingatan itu.

“Auntie dan Mak Timah pergi pasar kejap..” Jawab Dana perlahan. “ Encik nak minum apa-apa? saya tolong buatkan..” Dana sudah berdiri mahu ke dapur.. tidak sanggup berdua-duaan dengan jejaka itu.

“Kalau aku kata tak nak minum dan aku nak kau?” Tanya Mike sambil memegang tangan Dana. Dia menarik Dana rapat ke sisinya. Mahu memeluk gadis itu tapi Dana Cuma menolak tangan sasa lelaki itu. “Hai.. nak peluk sikit pun marah.. Bukan kau suka ke kena buat begini.. Jangan jual mahallah..” Tanganya mula merayap ke arah lain.. Dana hampir menangis diperlakukan seperti itu.

“Jangan Encik.. Saya.. saya.. tak suka apa encik buat ni.. encik.. tolonglah..” Dana tersekat-sekat bercakap apabila tangan Mike mula meliar di tubuhnya.. Dana cuba mengalihkan tangan-tangan gatal itu.

“Kenapa? bukan kau suka? kau jangan berlakonlah.., hilang ingatan konon.. jangan-jangan pekerja kelab malam? kenapa dah bosan melayan lelaki..” Sekali lagi Mikhail melemparkan kata fitnah. Dia menolak Dana sehingga terbaring di atas sofa berangkai tiga.. Dana cuba berdiri semula tapi Mikhail lebih cekap bertindak menindih dirinya.

“Tolong!!! tolong!!!”Dana cuba menjerit sekuat yang mungkin. Mikhail tertawa dengan jeritan Dana itu. Mikhail membenamkan mukanya di leher jinjang gadis itu.. Di dalam hati Dana berdoa akan ada orang yang akan menolongnya. Mikhail makin tidak terkawal. Pipi dan menjadi mangsa dan..

“Mike!!!! apa dah jadi dengan kamu ni!! sampai pekerja Mama pun kamu nak hancurkan!!” Marah Datin Rafeah berapi-api melihat tingkah laku anaknya itu. Dia menyangkakan ada pencuri masuk di rumahnya apabila mendengar jeritan Dana.Rupanya anaknya yang membuat onar. Mike terkejut dengan jeritan mamanya terus melepaskan Dana yang di dalam dakapannya. Dia Cuma mahu menakutkan gadis itu. Dana berlari ke belakang Datin Rafeah.Masih menggigil.

“Mama tak kisah! sekarang juga kamu kena nikah dengan Dana tak kira kamu suka atau tidak!” Mikhail dan juga Dana terkejut mendengar kenyataan Datin Rafeah itu.

“Apa?! Nikah dengan perempuan tu?! Tak akan! entah perempuan dari mana asalnya..” Bantah Mikhail. Datin Rafeah menarik nafas panjang.. Di mana salahnya ketika membesarkan Mikhail sehingga menjadi begini.

“Nikah dengan Dana atau kamu bukan anak mama lagi.. mama bagi dua pilihan.. terpulanglah dengan kamu kalau kamu anggap mama ni dah tak penting hati..” Datin Rafeah berkata sayu dan berlahan-lahan melabuhkan punggung di sofa. Sedaya upaya di tahan air matanya..

“Baiklah ma..” Jawab Mikhail perlahan.. belum pernah dia melihat ibunya sungguh kecewa sebegitu rupa.Sehingga mahu memutuskan hubungan mereka. akhirnya dia mengalah..

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37