Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, May 17, 2018

Bila Kau dan Dia

Bila kau dan dia…

Janji” cuma janji antara dua remaja. Agak melucukan tapi ya, otak seorang aku ketika remaja. Berjanji untuk berkahwin dengan kawan baik aku yang sangat digilai pelajar perempuan kelas kami dan kelas sebelah.
“Aku janji, akan kahwin dengan kau kalau kita berdua tak kahwin lagi dalam umur 32 tahun” aku tahu Rayyan cuma mahu menghiburkan hati aku selepas ditolak oleh seorang pelajar tingkatan enam atas yang perasan diri dia yang terkacak di sekolah ni.
Okay, aku janji. Walaupun mustahil aku tak kahwin lagi waktu umur aku 32 tahun, paling-paling juga, waktu umur 25 tahun aku dah kahwin” Ah! naif seorang remaja.
“Jangan yakin sangat.. nanti kau juga paksa aku suruh pinang kau bila kau masih tak laku masa kau umur 32 tahun” Rayyan menjongket-jongket keningnya.
“Tak mungkin rasanya” kata aku dengan penuh yakin…
Dan…
Aku salah. Selepas 15 tahun, aku masih duduk bersendirian di restaurant menunggu lelaki yang katanya mahu pergi tandas dan sehingga sejam masih tidak kembali dari tandas. Mungkin sembelit? Atau cirit birit? Ergh! Kenapa aku nak tipu diri sendiri. Lelaki itu mungkin dah lari tinggalkan aku selepas makan siap makan steak yang berharga rm50.
Suda lebih sedozen kali perkara ini terjadi setiap kali aku berkenalan dengan lelaki. Durasi hubungan aku dengan lelaki semakin lama semakin singkat. Bermula dari tiga tahun, ketika di kolej. Darul. Entah kenapa lelaki itu semakin menjauh. Kemudian Nazim, 2 tahun setengah ketika sebelum lelaki itu lari lintang pukang sewaktu aktiviti perkhemahan universiti. Selepas itu, hanya setahun.. Fitri. Selepas itu, tiada yang bertahan lebih dari enam bulan.  Dan kali ini, makan malam pun tak habis lagi, tapi lelaki tu dah lari.
“Hello..” Aku mengangkat telefon dengan malas selepas membayar bil restauran. Aku masuk ke dalam kereta merah, hadiah hari jadi dari papa selepas menyelesaikan tesis master. Kereta merah itu telah disediakan di hadapan pintu utama restauran.
I’m home!
Aku berhenti menarik tali pinggang keledar. Berkerut juga dahi ketika cuba mengingat suara si pemanggil. Namun cepat aku urut dahi selepas terpandang muka sendiri di cermin kereta. Takut berkedut kulit muka sebelum aku sempat berjumpa calon suami.
“Rayyan?” tekaku selepas menghidupkan enjin kereta.
Yes, mon cheri” dengan nada yang begitu menggoda sehingga aku sendiri kegelian.
Aku menggeleng kepala. Semakin bertambah gatal dia selepas beberapa tahun duduk di Perancis.
“Jumpa malam ni?” tanya Rayyan ketika aku memandu keluar dari restaurant.
“Er.. not tonight”
“Why? Long day?”
Sangat! Bisik hatiku yang masih kecewa kerana makan malam jadi tidak seperti yang Aku bayangkan. Aku cuma mahu tidur dan lupakan mengenai malam ini. Tapi takkanlah aku mahu bercerita mengenai hari aku kepada Rayyan yang baru sahaja balik Malaysia.
“Ya, rain check?”kataku cuba untuk tidak melukakan hati Rayyan kerana tidak dapat berjumpa dengan dia malam ini dan berjanji untuk keluar pada hari yang lain.
“Ya. Okay. Get rest okay”
~~~~~~~~~
Rayyan memasukkan telefon ke dalam poket setelah Rina menamatkan panggilan. Dia tersenyum melihat kereta merah yang dipandu di hadapan keretanya. Rayyan terus mengekori kereta itu sehingga kereta itu sampai di kawasan perumahan.
~~~~~~~~
“Oh, korang balik pejabat dulu. Aku nampak kawan aku kat sana” kataku selepas melihat seorang lelaki yang baru disimbah segelas air oleh perempuan yang berdiri di hadapan lelaki itu.
Oh no.. wait.. we’re perfect for each other…” 
Aku menjulingkan mata bila mendengar ayat yang bernada mendatar dari Rayyan.
Your butt looks nice”
Aku terus memukul kepala Rayyan bila mendengar komen lelaki itu kepada perempuan yang baru memberikan jelingan membunuh kepada Rayyan selepas mendengar komen terakhir dari Rayyan tadi.
Seriously Rayyan, perempuan bukan objek” kata aku sambil memeluk tubuh,“kalau kau tak mahu, kau just cakap tak mahu. Akhiri perjumpaan dengan cara baik. Kenapa lelaki susah sangat nak buat macam tu?”
Rayyan mengambil napkin di atas meja dan mengelap muka yang masih basah.
“Kau muncul tiba-tiba macam bidadari dari syurga ni semata-mata untuk membebel dengan aku ke?” Kata Rayyan dengan selamba sambil memanggil pelayan cafe yang ragu-ragu untuk mendekati meja Rayyan. Spagetti aglio olio di letakkan di hadapan Rayyan.
“Ini kali ketiga aku ternampak kau dimandikan di tempat umum” Rayyan tersenyum bangga dan terus menjamah makanan di hadapannya tanpa rasa malu dengan renungan beberapa pelanggan cafe, “just cakap kat mak cik Timah yang kau dah ada pilihan lain. Simple. Nanti berhentilah dia aturkan temu janji lagi”
“Dan lepas tu? Aku kena cari perempuan kat mana bila Mak cik Timah tu nak jumpa calon menantu?” kata Rayyan sambil menyuapkan udang ke mulut aku. 
Aku mahu membebel dengan lebih panjang, tapi aku memerlukan tenaga yang cukup. Jadi aku mengambil tempat duduk di depan Rayyan dan mengambil garfu dari tangan Rayyan.
“Bawalah mana-mana girlfriends kau yang keliling pinggang tu” garfu aku serahkan semula kepada Rayyan dan kemudian aku menarik jus avocado yang baru dihantar ke meja Rayyan.
By the way, Mak cik minah tak carikan kau calon suami ke? Dia tak risau ke bila kau tak kahwin-kahwin lagi? Kau tu dah masuk kategori andartu” kata Rayyan dengan selamba. 
 Aku angkat jus avocado.. eh. Tak boleh membazir amalan Syaitan! Aku mencapai segelas air putih milik Rayyan dan terus simbah ke muka Rayyan. Aku ternganga tapi Puas! Jadi macam ini rasanya adegan simbah air yang selalu berlaku di television. Aku tergelak bila Rayyan tidak jadi menyuap makanan.
Rayyan menghembuskan air yang mungkin termasuk ke hidung dan meletakkan kedua-dua sudu dan garfu di atas pinggan. Kemudian Rayyan mengeluarkan dompet untuk membayar makanan.
“Kau ingat tak janji kau buat waktu sekolah?” kata Rayyan setelah kami keluar dari cafe.
 Aku masih kelucuan melihat keadaan Rayyan yang basah kuyup tapi masih cuma mengekalkan kemachoan.
“Janji? Apa?” Otak yang berusia 32 tahun ni cuba memproses janji yang dimaksudkan oleh Rayyan.
Rayyan mengecilkan mata sambil menggelengkan kepala bila memandang ke arah aku.
“Otak udang” jawab Rayyan kemudian meninggalkan aku termangu-mangu. Biadap! Berapa ribu insuran yang Rayyan dah beli untuk mulut dia. Sesuka hati menghina otak aku!
~~~~~~~~~~~
“Awak tak balik lagi?” Soal seorang pensyarah yang menjenguk ke dalam bilik pejabat aku. 
Aku renung jam di tangan yang sudah menunjukkan jam 7 malam. Keluhan panjang terbit di bibir. 
“Saya rasa macam dah berkampung di pejabat ni selama seminggu. Selagi tak selesai festival ni, selagi tu saya tak dapat pulang rumah” Kataku pensyarah yang masuk ke dalam bilik pejabatnya.
“Awak workaholic sangat, cuba bagi-bagi kerja sikit dengan student. Lagipun ini kan latihan untuk diorang juga” 
Huh! Betul juga. Setiap kali festival, mesti aku je terlebih teruja.
“You’re right, bila masa lagi nak dera budak-budak tu” 
Karim, pensyarah muda yang sudah dua tahun menjadi rakan sekerjanya ketawa kecil bila mendengar respon darinya. 
“Em, tadi masa saya bawa students ke station radio, DJ tu bagi tiket wayang free. Nak bagi students takut ada yang cemburu. Dua tiket je. Awak nak tengok wayang?” Karim menyerahkan sekeping tiket wayang kepadanya.
“Wah.. sure? takde orang marah ke kalau saya ikut awak?” Aku mengangkat kening sebelah, treadmark Ziana Zain satu ketika dulu.
“Eh.. saya okay je. Awak tu lah, takut ada orang yang marah nanti” 
Aku buat muka. Siapa pula nak marah, mak cik minahlah kot sebab aku berjalan waktu maghrib.
~~~~~~~~
Karim yang baru kembali dari tandas semasa kami menunggu waktu tayangan kelihatan bingung dan mengerut dahi. Seperti sedang memikirkan masalah matematik tanpa menggunakan kalkulator.
“Pelik” Kata Karim bila dia mendekati aku. 
Aku menyerahkan sekotak popcorn milik Karim yang aku tolong pegangkan tadi.
“Apa yang pelik?” kataku sambil menyuap popcorn ke mulut. Rasanya tak sempat masuk panggung dah habis popcorn ni.
“Ada budak sekolah datang dekat saya tadi dan suruh saya jauhi awak” Jelas Karim sambil mengerut dahi.
Aku mengerut dahi sama.
Why?” Siapa dengki sangat dengan aku ni? Atau budak tu dah tangkap cintun dengan Karim?. Pelik.
“Dia kata awak ada penyakit dèbile dan saya kena jauhkan diri dari awak supaya tak berjangkit”
“Hah?” Aku ternganga.
“Oh.. Hall 3 dah buka.. jom” Karim menolak perlahan bahu aku kerana kaki aku terasa seperti terpateri di atas lantai. Biadap! Dèbile? Aku pun tak tau apa tu.. macam mana aku boleh ada penyakit pula?
~~~~~~~~~
“Aku.. um, tengah kerja” kataku dengan suara yang sangat perlahan kepada si pemanggil sementara seorang lelaki di hadapan aku sibuk membelek buku menu. Kalau bukan sebab Mak Cik Minah bising nakkan menantu, takkan aku berada di situ.
“Nasi Goreng Seafood satu, dan jus oren. Awak?” lelaki itu menyerahkan menu kepada pelayan dan memandang ke arah aku yang masih bercakap di telefon.
“Kau tengah dating ke?” tanya suara pemanggil, “kau memang tak pernah mengalahkan. Bagus kau ni” sinisnya suara si pemanggil.
“Kau nak apa?” tanya aku dengan penuh keayuan. Bukan kerana si pemanggil tapi kerana lelaki di hadapanku ini. Nanti mengadu pula dengan Makcik Minah yang anak perempuan dia ganas. Takde kesopanan.
“Betullah kau tengah dating kan? Makcik Minah tahu ke tak kau keluar dating ni?” Okay.. layan Rayyan sampai ke besok takkan habis. Tahulah dia tu laku, tak payah susah-susah cari calon menantu untuk Mak Cik Timah. Petik jari je dah dapat.
“Bagi saya mee hailam dengan sky juice” aku membuat pesanan setelah menamatkan panggilan telefon tanpa menjawab soalan Rayyan yang berjela-jela. 
So, awak kerja apa?” tanya lelaki itu. Soalan yang cliche  yang selalu ditanyakan setiap kali dia berkenalan dengan kenalan baru.
Lecturer di local collegeAku tersenyum. Cuba berlagak normal. Kali ini, makan tengah hari berjalan dengan lancar. Tiada acara larian seratus meter selepas kembali dari tandas atau ghaib secara tiba-tiba.
Nice meeting you..mungkin kita boleh jumpa lagi” kata calon menantu Mak Cik Minah yang terbaru. 
Aku tersenyum tersipu-sipu.
“Ya. Mungkin” 
Kami bertukar kad nama dan kemudian berbual seketika sebelum berjalan ke kereta masing-masing. Aku tiba-tiba teringat yang Mira, kawan serumah aku, kirim pencuci muka sebelum aku keluar tadi. Terpaksa lagi melangkah masuk ke Mall.  
Dèbile ertinya bodoh” Aku berhenti bila melihat Rayyan sedang berbual dengan lelaki yang baru aku jumpa tadi.
“Ya. Kebodohan adalah satu penyakit” kata Rayyan dengan nada selamba. Aku mengerut dahi. Kenapa Rayyan boleh ada di sini.
“Awak suruh saya jauhi Rina sebab dia bodoh?” Ehhhh… aku bodoh?! Biadap Rayyan ni. Kalau aku bodoh, aku takkan dapat kerja tau tak. Eh tapi.. apa yang jadi sebenarnya?
“Tak, aku nak kau jauhi dia sebab dia dah janji dengan aku” Rayyan masih berlagak selamba sementara aku sudah menggelegak. Tanpa kata, aku terus mendekati mereka berdua dan menarik telinga Rayyan. Rayyan aku tarik sehingga kami jauh dari lelaki yang menemani aku makan tengah hari tadi. 
~~~~~
“Aku dèbile? Oh, jadi minggu lalu kau juga yang buat macam ni kan?” Aku membesarkan mata memandang Rayyan yang sedang menggosok telinganya yang merah.
“Minggu lalu? Takde pun” Jawab dia dengan selamba. Aku menarik lagi telinganya.
“Aaaahhuch!” Jerit Rayyan, “ya-ya.. aku buat” Aku masih tidak melepaskan telinga Rayyan.
“Aku dah kata yang aku buat kan, lepaslah!”
Aku membesarkan mata bila Rayyan membesarkan suara.
“Dah berapa lama buat kerja macam ni? Hah?” Ingat dia je yang boleh menjerit. Aku pun bolehlah. Hasil didikan Mak Cik Minah yang selalu menjerit bila membiarkan pinggan bertimbun di dalam sinki.
“Cuba lepas dulu, benda boleh bincangkan” kata Rayyan sebagai cubaan untuk menenangkan aku.
Aku mengecilkan mata. Antara percaya dengan tidak dengan kemahuan Rayyan untuk berbincang. Silap-silap dia lari pecut 100 meter bila aku lepaskan telinga dia. Aku dah berkawan dengan Rayyan hampir separuh dari hayat aku. Mestilah aku dah peka dengan tingkah laku dia.
“Cakap sekarang!” Kataku dengan tegas sambil menarik sedikit telinganya.
“Auuchh! Sakitlah!” Beza ketinggian kami yang amat nyata membuatkan Rayyan tertunduk bila aku menarik telinganya.
Okay..okay.. Kau ingat waktu aku angkat kau dan berlari ke hospital sebab apendiks kau pecah?” Ya, mestilah aku ingat. Ketika itu berlaku mogok di hujung bandar. Di sebabkan itu, tidak banyak kereta atau bas yang dapat mengambil budak-budak sekolah. Aku mengalami sakit perut sangat teruk sehingga Rayyan sanggup mengangkat aku dan berjalan ke hospital.
“Sejak itu kau sabotaj semua date aku?!” nada suara aku tidak dapat dikawal lagi. Kelantangan suara terus naik dengan mendadak.
“Tak” kata Rayyan sambil menutup sebelah telinganya, “aku cuma nak kau ingat jasa aku tu sebelum aku bagitahu kau” kata Rayyan dengan selamba.
Anak Mak Cik Timah memang pengungkit.
“Jadi sejak bila?” aku mengetap gigi.
“Kalau kau lepaskan telinga aku, aku bagitahu” Dia cuba membuat tawaran.
Aku menarik lagi telinganya.
“Aahh.. okay-okay” Rayyan mengangkat kedua-dua tangan ke udara tanda menyerah.
“Sejak kau janji yang kau akan kahwin dengan aku kalau kau tak kahwin lagi waktu umur kau 32 tahun”
Aku membesarkan mata dan tanpa sengaja melepaskan telinga Rayyan yang sejak tadi menjadi tawanan aku.
“Apa?” Bukan tidak dengar, tapi aku inginkan kepastian.
“Aku sabotaj setiap hubungan kau supaya kau boleh tunaikan janji yang kau buat 15 tahun dulu” jelas Rayyan sambil memandang ke arah aku.
“Tapi.. kau tak selalu ada di sini” mustahil.
“Ain, dia selalu jadi mata-mata aku dan Syed, tolong aku jauhkan lelaki-lelaki yang tak guna jauh dari kau” Ah! Kedua-dua kawan rapat aku yang menjadi mata-mata gelap Rayyan rupanya. Tapi selama 15 tahun, aku sendiri sudah lupa dengan janji yang aku buat.
“Kenapa?” Okay..soalan agak bodoh tapi aku perlukan kepastian dan tidak membuat sebarang andaian tanpa asas yang kukuh.
Rayyan menggeleng kepala dan dengan ketinggiannya, dia seperti memandang rendah kepada aku.
“Otak udang” katanya selamba dan melarikan pandangan.
Aku menutup mata dan menarik nafas panjang. Tanpa kata, aku menendang kakinya. Aku yang bodoh atau dia yang bodoh.
“Rayyan.. just jumpa Mak Cik Minah dan lamar anak dia” kataku dengan selamba sambil meninggalkan lelaki itu. Sabotaj semua hubungan aku dengan setiap lelaki yang aku kenal hanya sebab janji 15 tahun lalu. Siapa ajar dia memikat perempuan macam tu? Aku pusing kembali ke arah Rayyan dan menendang kembali kakinya.
“Auchh! Kenapa kau tendang dua kali?” Kata Rayyan terjengket-jengket.
“Sebab kau bodoh! Eiiii! Geramnya aku!” Aku mengetap gigi dan berpaling meninggalkan Rayyan.
“Lusa aku bawa Mak Cik Timah jumpa Mak Cik Minah” Laung Rayyan.
“Lusa aku sibuk, datang besok!” laungku semula sebelum masuk ke dalam kereta.
Okay! Besok aku datang dengan cinta, diiringi dengan rindu” Okay.. itu menggelikan tapi mampu membuatkan aku tersenyum lebar.
 “Cincin dan Mak cik Timah juga” tambah Rayyan.

Tamat?

Cinta itu tiada titik noktah, yang dinoktahkan hanya cerita. 

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37