Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, May 5, 2018

Cerpen : Cafe @ a.m Part Last

Cafe @ a.m.
“Duda!” kata Rin selepas pelanggan lelaki itu balik dan sempat menyuruh budak lelaki tadi melambai ke arahnya.
“Aku dengar tadi dia berbual dengan anak dia. Anak dia kata, Mumy jalan dengan Abah. Dan lelaki tu, budak tadi panggil daddy. Ertinya dah cerai kan?” kata Rin dengan teruja.
“Lelaki mana?” Jawab Seri yang baru sampai.
“Lelaki yang selalu belikan Kay minuman.. dan pesanan yang sweet.” Kata Rin sambil berpaut pada Seri dengan tingkah yang terlebih dramatik. Dia menggeleng kepala melihat tingkah Rin sambil menghirup ice caramel macchiato yang dimasukkan ke dalam peti ais.
Rin kelam kabut mengelap dulang apabila Amir masuk ke dalam Cafe. Amir sempat merenung ke arah Kay sementara Kay sibuk mengelap tumpahan susu di atas kaunter.  
~~~~~~
“Kenapa?” Amir berdiri di sebelahnya sambil dia menyiapkan pesanan seorang gadis yang menunggu di hadapan kaunter.
“Amir.. ada pelanggankan” katanya sambil mencelah di tepi Amir untuk ke mesin kopi.
“In glass please” kata pelanggan wanita itu. Waktu mula-mula wanita itu menjadi pelanggannya, dia selalu risau kerana sering menerima komen dari wanita itu. Terlalu banyak buih, tak smooth, buih terlalu nipis, buih terlalu tebal. Latte. A simple latte but made with perfection bebel Kay ketika dia mengadu dengan Aina.
Kay mengambil gelas letakkan di bawah mesin kopi. Susu dikeluarkan dari peti ais dan dituang ke dalam pitcher. Dia mengambil tisu dan melipat tisu tadi dan memasukkan dari bawah gelas sebagai alas untuk memegang gelas kaca itu. Muncung steam berbunyi nyaring sebanyak tiga kali untuk membuat buih dan membiarkan muncung steam di dalam susu sehingga mencapai suhu yang sesuai.
Gelas dicondongkan sedikit sementara dia menuang susu ke dalam gelas. Corak bunga tulip kelihatan di atas gelas. Kay menyerahkan kepada wanita tadi. Wanita itu tersenyum lebar sambil mengucapkan terima kasih.
 Dia memandang Amir.
“Aku kena balik bekerja” jawabnya pendek sebelum menerima beberapa lagi pelanggan sehingga tidak sempat untuk Amir bertanya lebih lanjut lagi.
~~~~~~
Aina bercekak pinggang di hadapannya.
“Suruh dia balik” kata Kay sambil mengemas barang. Bilik Kay bersepah dengan barang-barang dan beg.
“Dia masih dekat luar dan tak mahu balik selagi tak jumpa kau” Kata Aina lagi.
Kay menjongket bahu.
“Jadi, biarkan dia..” kata Kay selamba.
Aina mengeluh.
“Bos kau suruh pindah ke atau kau yang nak pindah?” Surat mengenai perpindahan Kay dibaca lagi oleh Aina.
“Boslah.. kau ingat aku nak berpisah dari kau ke? Mana nak cari rumah sewa lagi” bebel Kay sambil mengeluarkan baju-baju dari dalam almari.
“Ke nak lari dari orang kat luar tu?” Kay tersenyum nipis dan terus mengemas baju tanpa memberi sebarang komen kepada Aina.
~~~~~~
“Hai..” Kay mengerut dahi melihat lelaki yang menegurnya. Cuba menggali memorinya untuk mengingati di mana dia pernah berjumpa dengan lelaki itu.
Caramel Macchiato” kata lelaki itu seakan cuba membantu Kay. Kay membulatkan mata dan kemudian tergelak kecil.
Yess.. caramel Macchiato” pelanggannya ketika bekerja sebagai barista. Sudah setahun lebih, memorinya semakin pudar. Kalau dulu, dia boleh kenal dari jauh semua pelanggan tetap yang datang untuk sarapan pagi.
“Awak tiba-tiba berhenti” katanya lelaki itu yang dikenali sebagai Farish, kalau dulu, Rin memberi gelaran Encik extra sweet kepada Farish dan kemudian berganti kepada Mr.Duda Hot selepas tahu status lelaki itu. Ah.. apa khabar dengan budak Rin yang gila-gila itu.
“Saya kena kembali ke pangkal jalan” kata Kay dengan serius. Farish mengerut dahi.
“Kembali bekerja” jelas Kay sambil tersenyum.  
“Jumpa lagi..” Kata Farish sambil selepas mereka bertukar kad nama. Kay menganggukkan kepala.
Ya..I see you when I see you” jawab Kay sambil menyimpan kad nama Farish. Perjumpaan yang singkat kerana Farish harus mengejar kapal terbang untuk kembali ke Kuala Lumpur.
~~~~~~~~
“Dia tak bertunang pun dengan Eiza tu” kata Siska perlahan. Kay tersenyum nipis. Tidak menyampuk kata-kata Siska di hujung talian.
“Kalau ada ruang untuk dia..” Kay tersenyum lagi, dan kemudian teresak semakin lama semakin kuat. Benteng yang dibina selama bertahun mula retak. Dia tidak kuat lagi untuk memedam rasa kecewa. Marah yang ditelan selama ni seakan terhambur namun yang keluar hanya tangisan. Sampai begitu sekali lakonan yang dipamerkan untuk menjauhkan diri darinya. Kenapa cuba dia yang perlu mengalah. Kenapa selepas bertahun barulah dirinya itu dihargai.
“Kay.. maaf kalau..”
“Maaf.. Aku tak boleh Sis” penat setelah bertahun bagaikan oleh yang tiada harga diri. Terkejar-kejar sehingga digelar obses. Mungkin betul, itu bukan cinta, tetapi keobsesan.
~~~~~~~
“Tapi yang saya baca, psikologi kata crush yang lebih dari empat bulan bererti dia sudah jatuh cinta” kata seorang pelajar semester 1.
Kay tergelak.
“Awak baca di mana? Google?” pelajar tadi tersengih.
“Miss.. kalau crush dengan artis sampai obses tu macam mana pula? Macam budak-budak sekarang dengan artis k-pop” soal seorang lain pelajar.
“Macam dinda” tambah seorang lagi pelajar sehingga seluruh kelas tergelak. Dinda menarik muncung.
“Maksud awak obsessive love? Depends, kalau seseorang itu obses terhadap satu benda sehingga mencederakan diri atau yang sekeliling, selalunya keadaan itu berkait dengan certain disorder seperti schizophrenia, bipolar, delusional, OCD dan beberapa lagi disorder atau brain syndrome..” Kay terdiam seketika. Cuba menganalisis faktor-faktor itu ke atas dirinya.
“Kalau tak ada semua ciri-ciri tu, ertinya cinta kan Miss” dia tersenyum dengan soalan Dinda. Kelas bising seketika tidak puas hati dengan pertanyaan Dinda tadi.
“Atau Dopamine dalam otak kamu sedang menggila dan menghantar signal-signal yang bercampur baur” jawabnya sambil tersenyum.
“Siapa pernah lakukan perkara yang agak gila kerana obses dengan sesuatu?” dia menangkat tangan tinggi.
“Semua tak mengaku” katanya bila semua pelajar berpandangan sesama sendiri.
“Miss mengaku tu” kata pelajarnya. Kay baru tersedar yang dia sedang mengangkat tangan. Dia turut sama-sama tergelak dengan pelajarnya.
~~~~~~~~
Amir datang. Menunggu di hadapan rumah sewa Kay. Respon pertama Kay adalah menampar lelaki itu dan terus masuk ke dalam rumah. Amir termangu sambil memegang pipinya.
~~~~~~~~
“Kay.. Auch!” Terjengket-jengket Amir selepas kakinya dipijak menggunakan kasut tumit tinggi milik Kay.
~~~~~~~~
“Kay.. Arghh!” Ya. Kay tendang tepat di tempat yang sepatutnya sehingga Amir terduduk di atas jalan.
~~~~~~~~~
“Kay..” Amir menarik tangan Kay perlahan.
“APA!” Hampir termelompat Amir bila mendengar jeritan Kay. Seorang budak yang kebetulan mengayuh basikal terjatuh di atas jalan raya kerana terkejut.
Kay terdiam seketika sehingga budak tadi jauh dari mereka.
“Apa lagi Amir? Aku dah tak kacau kau lagi..Aku dah pergi jauh dari kau. Apa lagi yang kau nak? Nak aku pindah ke Timor- Leste ke?” katanya dengan perlahan. Seperti kepenatan melayan kerenah Amir yang tiba-tiba muncul.
“Saya mengaku.. saya salah” Kata Amir perlahan dan mengekalkan jarak selamat dari Kay.
“Aku dah tak kisah dengan semua tu dah” kata Kay sambil memeluk tubuh.
“Saya dah suruh keluarga saya jumpa keluarga awak” kata Amir perlahan.
“Aku tahu dan Aku dah tolak” kata Kay selamba dan meninggalkan Amir.
~~~~~~~
“Kay..”
Kay berhenti melangkah.
“Pulanglah Amir! Buat apa di sini lagi?”
Amir mengeluh.
“Kay, saya tahu saya salah. Saya terlalu yakin yang awak akan tunggu saya.. Saya terlalu yakin dengan cinta awak untuk saya.. sehingga saya lupa untuk menghargai awak kehadiran awak dalam hidup saya”  
“Lupa? Lupa?” Kay menggeleng kepala. “kau lukakan hati aku! Eiza? Setiap kali aku tengok kau dengan Eiza, kau sengaja hiris hati aku! Kenapa tak masukkan je dalam blender! Biar puas” dia menolak Amir apabila lelaki itu mendekat.
“Saya dan Eiza tak ada apa-apa.. itu cuma..”
“cuma?” Kay membulatkan mata, “lakonan kan? Kau sengaja buat macam tu supaya aku pergi dari hidup kau kan? Nah sekarang, apa lagi kau nak?”
You! I want you!” tegas Amir.
Kay menggelengkan kepala.
“Bodoh” katanya sebelum meninggalkan Amir.
~~~~~~~
Kay menyelak langsir. Tiada. Sudah dua hari dia tidak nampak kelibat Amir. Mungkin lelaki itu sudah kembali ke Kuala Lumpur. Kay mengeluh. Sedikit hampa.
~~~~~~~
“Kay..” Kay terus berpusing seratus lapan puluh darjah dan kemudian hampa bila hanya Zali, rakan sekerjanya yang memanggil selepas terserempak di bandar.
Okay.. jumpa di kolej” kata Zali, dia hanya mengangguk. Hampa.
~~~~~~~~
“Miss!” seorang pelajar Kay menegurnya apabila dia masuk ke sebuah cafe. Ternyata Ayah Dinda membuka cafe di bandar dan Dinda menjadi barista di cafe itu bila tiada kelas. Kedengaran lagu korea bermain di segenap ruang kafe. Kay tersenyum. Memang diakui, Dinda obses dengan K-pop seperti didakwa oleh rakan sekelas.
Serious?” Dinda seakan tidak percaya bila dia menceritakan pengalamannya menjadi barista selama dua tahun.
“Sumpah” kata Kay. Dinda masih tidak percaya.
“Apa kata Miss tunjuk skill..” kebetulan pada ketika itu sudah tidak ramai pelanggan. Kay menggeleng laju.
“Kekok” tidak yakin selepas setahun lebih tidak berdiri di belakang kaunter dan menyiapkan kopi. Tapi hatinya terasa teruja.
“Ala.. cubalah. Latte”
Dia menyiapkan latte dengan agak kekok kerana kafe itu menggunakan mesin yang berbeza. Namun Kay masih tidak lupa teknik bunga tulip yang selalu dilukis di atas latte. Teringat pelanggan-pelanggan tetap ketika bekerja di kafe milik Amir.
Uncle dan Auntie. Espresso + extra shot.
Kadang-kadang uncle akan datang seorang, dan kadang-kadang bersama auntie. Kadang-kadang juga, dia akan melihat uncle datang ke kafe sebanyak dua kali pada waktu pagi. Tadi, auntie tinggal. Jawab uncle itu. Extra shot. Seperti hubungan uncle dan auntie yang masih bersama sehingga hari ini. Lebih perhatian, lebih penjagaan, lebih banyak sabar. Lebih segalanya untuk memastikan hubungan kekal. Hubungan ini yang Kay impikan bersama..
Dua pasangan selalu selalu memesan cappucino kadang-kadang bersama kek coklat lava untuk menambahkan kemanisan pagi mereka. Hubungan yang constant tetapi tidak bermakna membosankan kerana sesuatu boleh ditambah untuk memaniskan lagi hubungan. Seperti pasangan yang menjadi pelanggan tetap kay suatu ketika dulu. Kay juga berharap mempunyai seseorang untuk berkongsi kek coklat lava diwaktu pagi.
A simple latte but made with perfection. Wanita yang sering membuatkannya gemuruh setiap kali wanita itu datang ke kaunter.  Kadang-kadang, sesuatu yang ringkas juga perlukan lebih perhatian. Sesuatu yang diperlukan dalam satu perhubungan juga. Mengajar Kay untuk tidak mengambil remeh terhadap sesuatu perkara.
“Um..Ice blended mocha satu.. kurang cream” Kay beku.
Dan dia.. bisik hati Kay. Pelanggan kegemarannya, pelanggan yang tidak berbayar. Kadang-kadang Kay terasa jengkel apabila terpaksa mengangkut tong ais pagi-pagi hanya kerana permintaan special dari pelanggan itu. Ice Blended Mocha, tidak terlalu manis seperti coklat dan tidak terlalu pahit seperti espresso. Sedang-sedang. Sesuai dengan seleranya.
Coming..” kata Kay sambil menyiapkan pesanan pelanggan tetapnya itu. 
More foam, cappucino..
More Milk, Latte..
More time with you..
More happy I could be..”  Kay 2018 xoxo

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37