Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, May 11, 2018

Siapa Diriku 7


Alia menghempaskan diri di atas sofa dan beg tangannya ke atas lantai. Dia menggenggam kuat tangannya sehingga kuku menusuk masuk ke dalam kulitnya. Adam berlari ke arah Alia. Dia melutut perlahan-lahan di hadapan Alia dan cuba membuka genggaman tangan Alia.
“Al...”
Alia masih menggenggam kuat. Adam perlahan-lahan menggosok tangan Alia dan cuba merenggangkan genggaman tangan isterinya.
“Fal...false pregnancy?”
Dia masih terbayang wajah serba salah doktor yang duduk di hadapan mereka. Doktor itu cuma tunduk bila dia bertanyakan soalan.
“Doktor! Jawab soalan saya! Apa maksud doktor?”
Setitik air mata jatuh di tangan Alia. Adam memandang ke arah Alia. Dia tunduk dan mencium tangan Alia yang mula berdarah. Adam cuba lagi merenggangkan genggaman tangan Alia.
“Maaf Puan Alia. Saya dah periksa berkali-kali. Takde bayi. Saya juga periksa kalau-kalau terjadi ektopia. Kandungan di luar rahim. Tapi takde.”
Alia meraung dan memukul perutnya. Adam terus menarik tangan Alia dan memeluk Alia dengan erat. Dia sendiri tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk dia katakan bagi meringankan beban perasaan yang Alia alami sekarang. Buat seketika, dia hanya memeluk Alia dengan erat tanpa berkata apa-apa.
 Alia tersedu-sedu selepas sejam meraung. Dia mengelap hidung dan matanya dan kemudian menolak tubuh Adam dengan perlahan. Adam merenggangkan pelukan dan menatap wajah Alia yang masih merah. Alia memandang Adam dan kemudian menundukkan pandangannya. Dia belum bersedia menatap ke mata Adam. Dia jadi malu. Dia memandang jam tangannya.
“Dah jam 5. Ada tiga jam untuk bersiap. Majlis mula jam 8 lebih.”
Adam mengerut dahi. Otaknya masih lagi tidak berfungsi dengan baik selepas kejadian tadi. Alia menarik tisu dari kotak tisu yang di letakkan di atas meja dan mengelap tapak tangannya yang masih berdarah. Tiada tergambar apa-apa perasaan di wajahnya.
“Hah?”
Alia mengambil beg tangannya. Sementara Adam masih lagi duduk di atas sofa.
“Majlis perasmian kilang baru. Kita mesti pergi.”
Terkebil-kebil mata Adam melihat isteri yang sedang berdiri di hadapannya. Selain dari mata yang merah. Tiada kesan air mata lagi di pipi itu.
“Takpe.. Kita boleh rehat di rumah je Al.”
Alia mengeluh perlahan.
“Tak boleh. Abang kena bagi ucapan malam ni. Semua menanti kehadiran abang. Kita mesti pergi. Apa kata shareholders nanti.”
Adam berdiri di hadapan Alia dan memegang bahu Alia. Alia melarikan pandangannya dengan memandang ke tepi.
“Al..”
Alia memegang tangan Adam.
“Ini masa abang untuk shine. Tunjukkan dengan Ayah long yang abang boleh teraju Quzie Holding. Abang nak lepaskan peluang tu dengan duduk di rumah?”
Alia melepaskan pegangan Adam dari bahunya.
“Bersiap cepat.”
Adam menggigit bibir sambil membiarkan Alia masuk ke dalam bilik mereka. Adam duduk kembali di atas sofa sambil memandang ke arah siling rumah.
Alia masuk ke dalam bilik mereka dan bergegas ke bilik air. Dia mengunci pintu bilik air. Perlahan-lahan tubuhnya melorot ke atas lantai sambil bersandar di pintu. Alia menghamburkan tangisan dan menggigit bibirnya untuk mengelakkan tangisan itu didengari oleh Adam.
Kalaupun tak boleh bagi zuriat, janganlah jadi perempuan yang menjatuhkan suami.”
Alia memeluk tubuh dan menggenggam bahunya. Kukunya sekali lagi mencengkam terus ke kulitnya.
“Cantik buat apa kalau tak boleh mengandung..”
Kulitnya mula berdarah. Alia berdiri dan memandang ke arah cermin. Dia mencuci muka. Alia mengambil pencuci muka dan mencuci mukanya. Dia menarik nafas panjang. Setelah menenangkan hatinya, Alia keluar dari bilik air.
Adam sedang duduk di tepi katil.
“Al yakin ke nak pergi?” Tanya Adam. Alia mengambil tuala kecil dan mengelap mukanya. Dia duduk di hadapan meja solek.
“Ya.” Adam mengeluh dan mendekati Alia. Dia meletakkan tangannya di bahu Alia.
“Al...” Adam kelihatan serba salah. Alia memandang ke arah Adam.
“Al okay.” 

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37