Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, March 9, 2011

Dana atau Adriana??, 17(i)

Bab 17(i)

Balik sekarang!

Mama nak kahwinkan abang kamu!.

0830 am

Mama.

Mata yang masih terkebil-kebil kerana baru bangun tidur terus terbuka dengan besarnya kerana terkejut. Apa mama ni.. main kahwin-kahwin pulak.. Gaya macam emergency case je. Bisik hati Marina. Kepalanya digaru perlahan. Bingung. Dia terus mendail nombor telefon ibunya.

“Mama.... apasal ni.. kilat takde, hujan takde terus nak kahwinkan abang ni.. tunggulah Ina balik dulu... Ina bukan kat UK boleh rushing balik dalam hari ni je.. Ina kat London..”

UK tu Ulu Klang la.. Laju je Marina mengemukakan alasannya.

“Err.. marina ke?”

Hisy! Apasal minah ni interframe pulak! Bisik hati Marina tanpa berfikir panjang.

“A’aa Rya.. aku lah ni.. bagi aku cakap dengan mama kejap .”

Eh? Marina merenung telefon bimbitnya lama. Dia ni mengigau ke atau bermimpi. Pipi dicubit dengan kuatnya.

“AUUUCh! Sakit.”

Jerit Marina dihujung talian. Dana terkejut mendengar jeritan bakal adik iparnya itu. Tak sangka nasib Datin Rafeah sungguh malang. Anak lelaki perangai seperti mencabar perangai Nates!. Anak perempuan pulak dirasakan seperti putus fius sedikit.

“Rya! Kau Rya?!”

“Hah? Em tak.. saya Dana.”

“Hilang ingatan?? Kan!”

Senyap dihujung talian.

“Hello..hello.. Rya.. Rya.. dana??? Hello? Hello!!!!!!!”

Marina menepuk dahi. Dia berlari ke bilik Illina dengan pantasnya. Sampai sahaja di depan pintu, tanpa salam dan ketukan bilik Illina terus saja diserbu.

“Illina... bangun!..”

“Apa ni Ina.. kau ni mengacau betullah.. awal lagi ni..”

“Kita mesti berkemas sekarang.. kita mesti balik Malaysia sekarang juga!.”

“Kan flight dah book minggu depan..”

Jawab Illina sambil menarik selimutnya kembali.

“Rya nak kahwin dengan abang aku!”

Jerit Marina dengan paniknya. Illina menyingkap kembali selimutnya sambil merenung Marina dengan tajamnya. Dahi Marina disentuh.

“Kau demam ek? Dah hilang akal?? Kau bermimpilah Ina.. pergilah sambung tidur..”

“Illina... aku tak mimpilah.. Aku kenal sangat dengan suara Rya..”

Illina mengosok matanya.

“Kau boleh tak tarik nafas dalam-dalam dulu then fikir apa yang kau sedang merepek ni.. Kakak aku kahwin dengan abang kau.. Ajaib sungguh!”

Marina menyandarkan badan di kepala katil Illina. Berfikir seketika. Ada benarnya juga kata-kata Illina tu.. Rya dan Mikhail?? Mustahil! Marina cuba menghubungi kembali telefon rumahnya tapi tiada siapa yang mengangkatnya.

“Mustahil.”

Bisik Marina.

“A’aa.. mustahil! Dah.. pergi masuk bilik kau.. menganggu tidur lena aku je..”

Balas Illina pula.

Tuesday, March 8, 2011

Dana atau Adriana??, 16

Bab 16

Huh… Dana mengeluh perlahan.. sedar tak sedar sudah 3 bulan lebih dia berkerja sebagai pembantu di Villa Datin Rafeah.Terima kasih pada Datin Rafeah kerana telah menguruskan urusan kad pengelanan dirinya. Kalau tidak sampai sekarang dia seperti orang asing di negara sendiri. Dan masih belum terbuka ingatannya untuk mengingati siapa dirinya yang sebenar.., Yang hanya dia mampu ingat hanyalah nama Mike dan nama Villa ini.. Bercakap mengenai Mike, jejaka itu selalu mengharu birukan hatinya.. Ada masanya bila Mike pulang ke rumah.., dirinya akan di hujani sumpah seranah, dan ada masanya dirinya seperti di telanjangi dengan mata gatal jejaka itu. Dia selalu takut bila saja jejaka itu kembali ke rumah ini.. Dia merasa tidak selamat berada satu bumbung dengan jejaka itu. Marina pula, anak bongsu Datin Rafeah masih belum menampakkan wajah. Kata Mak Timah, gadis itu mencari temannya yang hilang 3 bulan lalu.. entah di manalah temannya itu menghilangkan diri dan meninggalkan teman-teman yang setia mencarinya. Dana mengeleng kepala. Macam-macam sikap manusia di dunia ini.. Doktor Helmi sering juga melawatnya di Villa Damai untuk memastikan kesihatannya. Dia berasa senang dengan jejaka itu.. Sering menjaga perilaku dengan tutur kata.. Bila dibandingkan Mike dan Doktor Helmi.. Dana merasakan perwatakan mereka seperti langit dan bumi.

“ Apa yang kau termenung tu.. Dah macam bos je kat rumah ni! takde kerja?!” Tanya Mike dengan garang. Dana terkejut dengan kehadiran jejaka itu. Baru saja hatinya mengutuk jejaka di depannya itu.. “ Mama aku dengan Mak Timah mana?” Tanya Mike lagi.. walaupun dia sudah tahu ibunya dan Mak Timah pergi ke pasar hari ini. Sememangnya dia menantikan waktu sebegitu. Tiada siapa mengacaunya dengan gadis yang berpura-pura hilang ingatan itu.

“Auntie dan Mak Timah pergi pasar kejap..” Jawab Dana perlahan. “ Encik nak minum apa-apa? saya tolong buatkan..” Dana sudah berdiri mahu ke dapur.. tidak sanggup berdua-duaan dengan jejaka itu.

“Kalau aku kata tak nak minum dan aku nak kau?” Tanya Mike sambil memegang tangan Dana. Dia menarik Dana rapat ke sisinya. Mahu memeluk gadis itu tapi Dana Cuma menolak tangan sasa lelaki itu. “Hai.. nak peluk sikit pun marah.. Bukan kau suka ke kena buat begini.. Jangan jual mahallah..” Tanganya mula merayap ke arah lain.. Dana hampir menangis diperlakukan seperti itu.

“Jangan Encik.. Saya.. saya.. tak suka apa encik buat ni.. encik.. tolonglah..” Dana tersekat-sekat bercakap apabila tangan Mike mula meliar di tubuhnya.. Dana cuba mengalihkan tangan-tangan gatal itu.

“Kenapa? bukan kau suka? kau jangan berlakonlah.., hilang ingatan konon.. jangan-jangan pekerja kelab malam? kenapa dah bosan melayan lelaki..” Sekali lagi Mikhail melemparkan kata fitnah. Dia menolak Dana sehingga terbaring di atas sofa berangkai tiga.. Dana cuba berdiri semula tapi Mikhail lebih cekap bertindak menindih dirinya.

“Tolong!!! tolong!!!”Dana cuba menjerit sekuat yang mungkin. Mikhail tertawa dengan jeritan Dana itu. Mikhail membenamkan mukanya di leher jinjang gadis itu.. Di dalam hati Dana berdoa akan ada orang yang akan menolongnya. Mikhail makin tidak terkawal. Pipi dan menjadi mangsa dan..

“Mike!!!! apa dah jadi dengan kamu ni!! sampai pekerja Mama pun kamu nak hancurkan!!” Marah Datin Rafeah berapi-api melihat tingkah laku anaknya itu. Dia menyangkakan ada pencuri masuk di rumahnya apabila mendengar jeritan Dana.Rupanya anaknya yang membuat onar. Mike terkejut dengan jeritan mamanya terus melepaskan Dana yang di dalam dakapannya. Dia Cuma mahu menakutkan gadis itu. Dana berlari ke belakang Datin Rafeah.Masih menggigil.

“Mama tak kisah! sekarang juga kamu kena nikah dengan Dana tak kira kamu suka atau tidak!” Mikhail dan juga Dana terkejut mendengar kenyataan Datin Rafeah itu.

“Apa?! Nikah dengan perempuan tu?! Tak akan! entah perempuan dari mana asalnya..” Bantah Mikhail. Datin Rafeah menarik nafas panjang.. Di mana salahnya ketika membesarkan Mikhail sehingga menjadi begini.

“Nikah dengan Dana atau kamu bukan anak mama lagi.. mama bagi dua pilihan.. terpulanglah dengan kamu kalau kamu anggap mama ni dah tak penting hati..” Datin Rafeah berkata sayu dan berlahan-lahan melabuhkan punggung di sofa. Sedaya upaya di tahan air matanya..

“Baiklah ma..” Jawab Mikhail perlahan.. belum pernah dia melihat ibunya sungguh kecewa sebegitu rupa.Sehingga mahu memutuskan hubungan mereka. akhirnya dia mengalah..

Saturday, March 5, 2011

Dana atau Adriana??, 15

Bab 15

“Huh!.... ”

Dia mengeluh lagi..Rambut yang tadinya kemas sudah kusut masai angkara tertekan dengan keadaannya sekarang.. Beban perasaannya bertambah berat..

“Takkan tak jumpa?! ”

Tidak puas hati dengan jawapan yang diberi oleh jejaka di depannya itu. Dua pemuda itu mengangguk laju. Sudah puas mencari gadis yang hilang itu, namun masih tidak ada jejaknya.

“Langsung tiada jejak?”

Hatinya bertambah celaru.. Rya pergi mana sayang... Hilang tanpa meninggalkan jejak.. Ikhwan terduduk lemah..

“Okay.. takpe,. Teruskan mencari..”

“Baik encik Ikhwan...”

Ikhwan termenung merenung gambar dia dan Adriana yang diambil ketika mereka bercuti di Melaka. Sehari selepas Adriana dan Illina kembali ke Malaysia.

“I miss you... very-very-very miss you...”

Suara Melisa di intercom mengganggunya..

“Ya Mel, apa hal?”

Tiada hati mahu meneruskan kerja-kerja pejabat yang tertangguh.

“Cik Elina nak jumpa encik Ikhwan.”

Dia mengeluh kasar. Tidak tahu berbahasa melayu ke wanita itu.. Sudah berkali-kali dia kata yang dia tidak mahu ada hubungan dengan wanita itu lagi..

“Cakap dengan dia yang saya tak mahu jumpa dia lagi.. suruh dia pulang..”

“Tapi Encik....”

Belum sempat Melisa meneruskan ayatnya. Pintu bilik Ikhwan sudah seperti dirempuh garuda. Elina merenungnya dengan tajam. Ikhwan membetulkan duduknya..

“Kenapa you datang sini? Kan I kata yang I tak nak jumpa you lagi..Kita dah putus..”

Tanpa di jemput Elina melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Ikhwan.

“Senangnya you cakap.. You dah sentuh I.. Bawa I ke sana ke sini.. Then you nak pinggirkan I? Buang I macam kain buruk?!”

Ikhwan tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya.. Wanita di depannya itu memang tidak sedar diri rasanya.. Tak tahu malu..

“Sentuh you? Tapi bukan I yang rasmi you kan? Pleaselah dont pretend to be a virgin girl infront of me.... Entah I orang yang ke berapa yang sentuh you.. 10 maybe.. or 20??”

Sarkastik Ikhwan menyoal Elina.. Bukan dia tidak tahu peragai gadis di depannya itu.. Tapi entah kenapa dia tetap memilih gadis itu sebagai teman untuk melepas kebosanannya.. Wajah Elina yang tersentak di depannya di pandang dengan senyuman sinis.

“You jangan kurang ajar depan I Ikhwan... I boleh hancurkan you dalam sekelip mata je...”

Ikwan tersenyum dengan ugutan itu.. Tidak gentar langsung. Tapi bila melihat bingkai gambar yang direnungnya sebentar tadi sudah hancur berkecai di atas lantai angkara Elina.. Dia seperti tidak mampu mengawal kemarahannya jika Elina terus berada didepannya.. Interkom di tekan..

“Mel.. Suruh security halau perempuan ni keluar!!”

“How Dare You!!!!”

Jerit Elina..

“Perempuan macam kau ni tak boleh di layan sangat.. kacang hantu!!”

Dua orang pengawal keselamatan masuk ke bilik Ikhwan dan memegang tangan Elina untuk membawa wanita itu keluar.. Namun Perempuan itu merentapnya dengan kasar.

“Tak payah! I tahu jalan keluar... And, I harap perempuan dalam gambar tu mati!!”

Pasu bunga di atas meja di humban Ikhwan. Mujur tidak terkena Elina..

“Shit!!!! Bawa perempuan ni keluar!”

“Lain kali sebelum sempat dia melangkah masuk pejabat ni.. Halau dia!! Saya taknak nampak muka perempuan tu lagi..”

Kata Ikhwan lagi kepada pekerjanya selepas Elina keluar dari bangunan itu. Sungguh dia terkejut dengan kata-kata Elina yang berharap agar Adriana meninggal dunia.. Adakah kehilangan Adriana juga ada kaitan dengan Elina? Dia semakin tertekan.. semua salahnya..

Sunday, February 27, 2011

Diari isteriku,cerita cintanya 2

Bab 2
3 Jan 04 (pondok cendawan)
Dia (mamat pathway) lalu lagi ikut jalan ni.. seperti biasa.. dia tersenyum.. Aku sudah biasa dengan keadaan ini. Setiap petang, aku akan singgah sebentar di pondok cendawan ni.. kadang-kadang untuk menyiapkan segala tugasan aku.. dan kadang-kadang pula hanya untuk duduk menenangkan fikiran. Dan ‘dia’ pula, setiap petang akan lalu di pathway depan pondok untuk ke parking kereta. Mulanya semua seperti biasa.....

“Dya!”
Elina memanggil orang macamlah Dya sudah mengalami masalah pekak. Dya menggeleng kepala kemudian berpaling menghadap Elina.

“Kau stay kat pondok ke?”

Dya berfikir seketika. Rasanya semua tugasan sudah dia selesaikan. Mata pula sudah lelah menahan rasa mengantu. Lebih baik dia pulang ke asrama untuk mendodoikan diri daripada duduk di pondok tanpa membuat apa-apa.

“Taklah kot... mengantuklah...”

“Okay... jumpa kat bilik nanti... nak minta tolong kau buat assignment.”

“Okay..”

Dya meneruskan perjalanan menuju ke asramanya.Dahinya berkerut. Kenapa hari ini begitu pelik baginya. Cuba berfikir sejenak. Langkaj dihentikan di depan pondok cendawan.

“Pelikkan hari ni??”

Satu suara yang menegurnya seperti mengiakan isi hatinya. Dya berpaling melihat pemilik suara garau yang bertanya itu. Mamat ni? Dahinya bertambah berkerut bila melihat lelaki yang selalu lalu lalang di depannya sedang duduk merenungnya di salah satu kerusi pondok cendawan itu.

“Apa yang pelik?”

Tanya Dya. Lelaki itu tersenyum manis bila soalannya dijawab dengan persoalan yang lain.

“Sebab selalu awak yang duduk dekat sini.. Dan saya yang berjalan di depan awak.. Tapi kali ni saya yang duduk dekat sini.. dan awak yang lalu depan saya.”

Dya kehairanan. Dia dah dapat geran tanah pathway ni ke sampaikan dia rasa pelik bila orang lain yang jalan ikut walkway ni. Bisik hati Dya.

“Jalan nak ke asrama ikut jalan sini.. awak ada suggestion ke? Jalan lain yang boleh saya guna untuk sampai ke asrama?”

Tanya Dya dengan bingungnya. Dya memang lambat sikit berfikir kalau tengah mengantuk ni. ‘Mamat pathway’ tertawa.

“Takdelah.. saya tertanya-tanya juga.. kenapa awak takde kat pondok ni bila saya lalu tadi.. jadi tiba-tiba terfikir pula nak tunggu kedatangan awak dekat sini.. macam lain pula pondok cendawan ni bila takde awak yang berteduh di sini. Awakkan Miss cendawan.”

Dya makin bingung. Bila masa jabatan pendaftaran tukar nama aku ni? Langsung tak bagi inform aku pun.

“Nama saya bukan miss cendawanlah encik ‘pathway’...”

Besar mata lelaki itu bila diberi nama seperti itu.
“Dan itu bukan nama saya juga..”

“Ha?? Bukan ke?? Ada aku kisah??”

Dya meneruskan perjalanannya. Malas mahu melayan mamat pathway itu.. kang melalut tak berhenti..

“Wei... cik cendawan... bagitahulah nama dulu...”

Jerit mamat pathway..


“Panggil je nama apa-apa.. saya tak kisah...”

“Bubye mamat pathway!”

Sambungnya lagi...............


Fahmi kelam kabut menutup diari di tangannya kemudian menyembunyikannya di bawah bantal. Dya mengerut dahi melihat kekalutan suaminya itu. Buku apalah yang dibaca suaminya tadi sehingga nampak kalut macam itu.

“Awak tak boleh ketuk pintu dulu sebelum masuk ke?! Tu pun nak kena ajar?”

Marah Fahmi. Sebenarnya mahu menutup rasa gemuruhnya bila hampir kantoi mencuri baca diari isterinya.

“Sorry bang... Dya risau kalau abang sakit ke, demam ke, dah jam 8.30 pagi ni bang.. Tak pergi kerja ke?”

Fahmi menepuk dahinya. Macam mana dia boleh ralit sangat sampai terlupa yang dia sedang bersiap untuk ke pejabat. Semuanya pasal Diari Dya lah!

“Pergi, kejap lagi... awak keluar dulu.. saya nak bersiap...”

Kata Fahmi sambil mengambil tali lehernya. Dia sempat menyimpan diari disembunyikan di bawah bantal sebelum pergi kerja.

Note utk mamat pathway: saya sengaja buat tak takde feeling petang tadi.. Sebenarnya saya malu bila awak mula bercakap dengan saya.. Dan saya pun....

“Selalu perhatikan awak.. dan akan selalu perhatikan awak..”

“Hah?”

Fahmi mengerut dahi. Dia seperti terdengar yang isterinya sedang berkata sesuatu. Dya merenung suaminya kemudian berusaha mengawal air mukanya. Dia menghadiahkan senyuman buat suaminya.

“Takde apa-apa..”

7.30 pm,
(ada perlawanan bola malam ni.. pasti awak lalu lagi jalan di depan saya ni..dan saya sedang menantikannya.)
Nadia Alisya.


Thursday, February 17, 2011

Dana atau Adriana?? 14 (ii)

Ikhwan termenung di pejabatnya.. Sofa yang tersedia di dalam pejabat itu tempat dia merehatkan badan yang penat..Sebiji epal yang diberi Syakilla, anak buahnya di tenung.. Ah! Gadis itu tetap di ingatanya.. semua benda di depannya mengingatkan tentang kenangan mereka bersama.. Ikhwan memejam mata mengingat kenangan lalu..........

“Ikh!....”

Adriana memanggil Ikhwan dengan perasaan teruja. Dia mahu Ikhwan juga melihat pemandangan yang sedang dia lihat. Ikhwan berjalan kea rah kekasihnya kemudian mengalihkan pandangannya ke arah yang di tunjuk Adriana sedari tadi.

“Firefly.. cantik..”

Puji Adriana. Tidak rugilah dia turut sama mengikuti Ikhwan dan kawan-kawan yang lain berkhemahan. Ikhwan Cuma tersenyum tawar. Ikhwan kelihatan lain hari ini.. Seperti teragak-agak.. entah apa yang difikiran jejaka itu.

“Em... Rya...um.. Rya nak.. um..”

Adriana menjungkit kening. Pertama kali melihat Ikhwan gemuruh seperti ini. Tangan Ikhwan yang disembunyi dibelakang. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan dari pandangan Adriana.

“Ikh okay tak hari ni?? Tergagap-gagap..”

Ikhwan menarik nafas panjang.

“Bagi Ikh masa 5 minit.”

Adriana mengerut dahi kehairanan. Dia cuma memandang melihat setiap langkah Ikhwan. Pelik!

“Woi! Kau belum bagi lagi??”

Adrian menarik tangan Ikhwan kemudian mereka bersembunyi di sebalik pokok agar Adriana tidak dapat melihat mereka.

“Aku gabra bro..”

“Hah?? Kau ulang sekali lagi? Gabra?”

Tanya Adrian dengan muka yang penuh terkejut. Ikhwan gabra? Boleh masuk berita ni.. Berita tergempar.

“Kau jangan begitu bro... aku memang gabra sangat dah ni.. macam mana kalau dia tak terima aku?? Macam mana kalau tiba-tiba dia minta putus sebab hal ni.. Tak jadilah benda ni.”

Adrian menahan gelak melihat muka ayam berak kapur temannya itu. Pandai gabra pulak mamat ni. Bisik hati Adrian.

“Wei...baik kau bagi hari ni.. hari ni je aku bagi permission. Besok lusa mana tau aku ubah fikiran.. menangis tak berlagu kau nanti.”

Ikhwan mengeluh panjang. Adrian menepuk bahu temannya itu. Dengan langkah yang lemah Ikhwan mendekati Adriana yang sedang menunggunya.

“Seriously Ikh, what wrong with you today?? Demam ke?”

Belum sempat Ikhwan bercakap apa-apa, Adriana sudah mengeluarkan ayat pertanyaan dengan wajah seriusnya.Maka, bertambah kecutlah jantung dan segala hempedu milik Ikhwan.

“Ria... Ikh nak... em.. nak..”

Adriana meraup wajah. Kena sampuk jin hutan ke kekasihnya itu. Ikhwan menggaru kepala sementara tangan kirinya masih menyembunyikan sesuatu di belakangnya.

“Nak apple?!”

Tanya Ikhwan dengan nada kelam kabut apabila saja Adriana mahu membuka mulut.

“Hah?”

Bingung!

“Hah?”

Ikhwan turut sama bingung. Pertama kali dalam hidupnya terasa seperti orang bodoh. Panik tak tentu pasal. Semuanya sebab Adriana. Kekasih hatinya.

“Nak apple..”

Adriana menyambut buah apple yang diserahkan Ikhwan secara kelam kabut itu. Adriana mengerut dahi. Buah apple itu kelihatan seperti sudah terbelah ditengahnya. Adriana memisahkan buah apple itu kepada dua bahagian.. dan, ada sesuatu benda di tengah apple itu. Muka gelisah Ikhwan di pandang tajam.

“Are you trying to.... em..”

Adriana kelihatan kebingungan, Ikhwan semakin gabra.

1 minit...

2 minit..

Diam tanpa sebarang kata.

“Bukan ke time ni, you should... pop the question.”

“Hah?”

“The question? The important question..”

Ulang Adriana lagi. Ikhwan berfikir seketika.

“Oh! Em.. Adriana.. will you...”

Menarik nafas panjang.

“Will you.....”

Wajah berkerut Adriana direnung. Gelisahnya semakin memuncak.

“Will you mar....”

“Yes.”

“Hah?”

“I do actually..”

“Ha?”

Bingung.

“Ikh tergagap-gagap nak tanya, jadi Ria skip jelah bab pertanyaan tu.. lambat sangat.”

Ikhwan tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Adriana..Adriana... kau jelah yang boleh menyebabkan aku gelisah seperti ni.

Dana tiba-tiba tersenyum. Entah kenapa, walaupun dia tidak begitu ingat peristiwa berkenaan buah apple di hadapannya itu, tapi jauh di sudut hatinya dia masih mahu tergelak mengenangkan peristiwa yang masih samar-samar diingatannya.

Tuesday, February 15, 2011

Dana atau Adriana?? 14 (i)

“Split personality?”

Doktor Dewi menegakkan duduknya.Berfikir seketika kemudian dia menggeleng..

“Hampir kepada Split personality.. Mungkin personality Dana sekarang bukan personality dia yang sebenar.. Contohnya macam yang doktor Helmi cakap tulah.. Marah bila kehendaknya dihalang.. Salah satu dari personality sebenarnya.”

Helmi termenung seketika.

“Tapi Doktor Dewi..Dana yang saya kenal tak macam tu.. lemah lembut je
orangnya..Saya rasa hilang ingatan bukan mengakibatkan personality change kan..”

“Tapi dia berada di situasi yang berbezakan.. Mungkin keadaan yang membuatkan dia berubah laku..”

Helmi menarik nafas panjang.

“Tapi dia boleh sembuhkan.. maksud saya, ingat semula..”

“Ofcouse, Seperti yang kita tahu.. keadaan Dana tidaklah begitu serius..”

“Baiklah Doktor Dewi.. Saya pulang dulu..”

Helmi memandu kereta dengan penuh berhemat walaupun fikirannya sudah penuh dengan kecelaruan. Sesekali terdengar keluhan dari jejaka itu. Kemudian dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Terdapat gerai buah-buahan berdekatan dengan tempatnya memberhentikan kenderaan. Dia teringat yang ‘Ana’ gadis yang dikenalinya beberapa tahun lalu begitu meminati buah epal. Kemudian dia membuat keputusan untuk membelikan Dana buah epal itu. Mungkin boleh mengingatkan Dana tentang sesuatu. Selepas menghulurkan duit kepada peniaga itu, Helmi terus memandu ke Villa Damai.

“Eh.. Helmi?”
Dana yang sedang menyiram bunga hairan dengan kehadiran Helmi. Setahunya hari ini dia tidak ada temujanji dengan Doktor Dewi.

”Saya datang nak bagi buah Epal ni.. Kebetulan masa nak balik tadi ada gerai buah-buahan..”

Dana mengambil bakul plastik yang Helmi hulurkan.

“Maaflah.. Saya tak berani nak ajak awak masuk.. Sebab Datin Rafeah dan Mak Timah takde kat sini.. Rasa lain pulak kan.. Sebab bukan rumah saya..”

Helmi tersenyum. Dia faham apa yang dimaksudkan gadis di depannya itu.

“Saya faham.. Saya pun tak boleh lama-lama kat sini.. Kejap lagi nak masuk kerja..”

“Em.. terima kasih untuk epal ni..”

“Welcome..”

Setelah Helmi berlalu, barulah Dana membawa masuk bakul plastik berisi epal itu. Epal disusun dalam mangkuk buah-buahan yang sudah tersedia di atas meja makan. Dia merenung epal merah itu..seperti ada yang begitu menarik perhatiannya........

Diari isteriku,cerita cintanya

Bab 1
Dya berjalan mendekati suaminya yang sibuk meliar ke sana ke sini seperti mencari sesuatu di dalam bilik mereka. Semua benda dibongkarnya.

“Abang cari apa tu? Nak Dya tolong?”

Fahmi mengeluh hampa dan geram. Seingatnya, dia tidak pernah mengalihkan dokumen-dokumennya dari dalam bilik itu. Ke mana pula perginya? Sudah sehari suntuk dia mencari masih tidak jumpa. Mesti Dya pandai-pandai mengubah kedudukannya.

“Saya cari dokumen-dokumen lama dan nota-nota masa saya belajar dulu, nak buat rujukan.. awak ada nampak?”

Dingin. Begitulah keadaannya walaupun mereka akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Fahmi masih enggan menerima Dya sebagai isterinya. Dya cuba tersenyum.

“Dya simpan dekat stor hari tu.. ingatkan abang tak mahu guna lagi..”

Dya menjawab perlahan. Fahmi mendengus.

“Lain kali jangan terlampau rajin!”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Hisy! Mana satu kotak ni.. dah terlampau banyak kotak dalam stor ni.. Menyusahkan betul.. nak tunjuk rajin tak bertempat.. ni aku yang susah mencari..”

Rungut Fahmi sambil menyelongkar kotak-kotak di dalam stor itu. Pandangannya terhenti apabila ternampak kotak tertulis Dya dan Idh. Fahmi mengerut dahi. Dia menurunkan kotak itu ke lantai kemudian menyelongkar isi di dalamnya.

“Diari Dya? 2004,2005,2006 and 2007? Empat je ke? Pandai pulak si Dya ni menulis diari.”

Fahmi membelek-belek 4 buah buku di dalam kotak itu. Timbul rasa ingin tahu apa isi di dalam setiap buku itu. Pasti semuanya adalah luahan hati isterinya. Fahmi menyelak halaman pertama diari Dya sewaktu tahun 2004.

Assalammualaikum..
Saya mulakan coretan saya dengan lafaz ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيمبِسْــــــــــــــــــمِ ا (Bismillahirrahmanirrahim)..


Fahmi tersenyum. Dia mencapai kotak yang sudah dilipat di tepi-tepi dinding dan menjadikan alas untuknya duduk di atas lantai. Dia mula menyelak halaman sebelah diari isterinya.

Hari ini saya mula menulis semua kisah hidup saya di dalam buku ini..andai sesuatu terjadi, atau saya terlupa, saya boleh merujuk semula di dalam buku ini dan mengenang kembali kisah sedih dan gembira yang pernah menyerikan hidup saya.

Pembacaannya terhenti apabila terdengar bunyi tapak kaki yang semakin menghampiri. Pasti isterinya. Cepat-cepat Fahmi menutup diari itu dan memasukkan di dalam kotak semula.

“abang dah jumpa dokumen tu?”

Dengan lembut Dya bertanya. Fahmi cuba berlagak selamba.

“Em... belum.. awak letak kat mana?”

“Kat atas tu..”

Dya menunjuk ke arah kotak coklat di atas almari di dalam stor itu.

“Oo... dah la.. awak keluarlah dulu.. nanti saya ambil sendiri.. kat stor ni banyak habuk.. tak baik sangat untuk awak tu..”

“Em... Dya dah siapkan makan tengah hari.. nanti bila dah siap kerja abang, abang turun lah makan..”

“Yelah.”
Fahmi menurunkan kotak yang ditunjukkan Dya sebentar tadi kemudian menyapu habuk dan sawang-sawang yang menyelubungi kotak itu sebelum melihat isi di dalam kotak itu. Sebelum Fahmi membawa kotak itu keluar, sempat dia memasukkan 4 buah buku diari isterinya.

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37