Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, December 23, 2021

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 16

 Gagal

Kegagalan datang dalam pelbagai bentuk. Kegagalan yang paling terbesar adalah bila kita gagal untuk belajar dari kesilapan - Andi

"Andi?"

Nadya kelihatan terkejut melihat Andi muncul di tempat kerjanya setelah dua hari lelaki itu menghilangkan diri.

Kelihatan Andi berketrampilan lebih berbeza dari selalunya. Dia kemas berbaju kemeja. Jaket kulit hitam tidak kelihatan di mana-mana ketika ini. Mungkin Andi sudah bekerja hari ini selepas beberapa bulan bercuti. Dan mengenali Andi, Nadya syak yang lelaki itu tidak betah di pejabat lama-lama.

"Cantik," puji Andi yang sedang melihat beberapa lukisan yang tergantung di dinding galeri sebelum memandang ke arah Nadya. Andi tersenyum lebar. Baru dua hari tidak berjumpa, hatinya bagai menjerit memanggil nama Nadya. Parah.

Nadya menggelengkan kepala sambil memeluk tubuh. Mukanya kelihatan serius namun perlahan-lahan mengukir senyuman apabila pandangannya dan Andi bersatu.

"Ada apa yang saya boleh bantu, Encik Andi?" Nadya menjongket kening sebelah dengan nada bergurau.

Andi melirik ke arah jam di tangan.

"Lunch." Jawab Andi pendek, "Sekarang ni waktu rehatkan?" tambah Andi apabila Nadya mengerut dahi.

"Pelik." Jawab Nadya ringkas namun malas untuk cuba memahami apa yang Andi cuba lakukan. Kerana Andi.. sememangnya pelik. Penuh kejutan.

Andi tersenyum lebar seperti baru menerima pujian dari Nadya. Hanya menjongket bahu apabila Nadya masih memandangnya dengan penuh kerutan di dahi.

"Hurm..." Andi mengeluh panjang selepas mereka membuat pesanan makanan. Namun matanya masih memandang Nadya. Seakan cuba membaca apa yang ada difikiran wanita itu ketika ini.

"What?" Nadya menjongket kening. Bingung dengan perangai Andi hari ini. Menghilang dua, tiga hari dan kemudian muncul dengan tiba-tiba.

"Aku baru tahu," Andi pandang ke bangunan di seberang jalan, "itu bangunan pejabat aku, beberapa langkah dari restaurant ni." Kata Andi sebelum pandang Nadya yang cepat-cepat melarikan pandangan. Wanita itu seperti sudah tahu apa yang ingin Andi mahu sampaikan.

"Dan beberapa langkah dari restaurant ni, arah utara..." Andi pandang Nadya, "is your office." Andi menjongket kening sebelah seakan meminta penjelasan dari Nadya.

"Huh?" Nadya bermain dengan jarinya, "tak sangka pejabat kita dekat selama ni," kata Nadya sebelum menjongket bahu.

"Nadya...." panggil Andi dengan nada meleret.

"Kita tak pernah bertegur sapa," jawab Nadya tanpa perlu Andi bersuara. Renungan redup Andi cukup untuk membuat Nadya membuka mulut. "I mean, ya.. aku pernah ternampak kau dari jauh. Hampir terserempak beberapa kali waktu lunch time. Tapi aku tak pernah tegur kau. Aku pun tak tahu kalau kau sedar yang kita sebenarnya dekat sebab kita tak pernah bertegur sapa lagi selepas aku keluar dari Pekan Teluk."

"Aku mungkin tak sedar yang kau ada dekat dengan aku. Sebab kalau aku tahu, aku mesti tegur kau. Setiap hari." Kata Andi dengan yakin.

Nadya tersenyum pahit.

"Aku tak rasa macam tu," jawab Nadya perlahan.

Andi pandang Nadya yang masih tersenyum seperti menyembunyikan sesuatu besar namun wanita itu seakan tidak mahu berkongsi dengannya.

"Apa yang dah jadi dengan kita Nady? Kita kawan kan? Kenapa aku rasa hubungan kita macam dah retak seribu? Nady, kita dekat. Tak mungkin kita terus jadi orang asing dalam sekelip mata."

Andi mendiamkan diri sewaktu makanan yang dipesan oleh mereka dihantar ke meja. Namun matanya tidak lepas memandang Nadya yang kelihatan serba salah.

"Atau hubungan kita lebih dari kawan?" tanya Andi selepas pelayan restaurant menghantar makanan mereka.

Nadya memutarkan mee pada garpu sebelum menyuap ke dalam mulut. Dia menguyah dengan perlahan biarpun hati berdebar menerima pandangan dari Andi.

"Did I hurt you? Sakitkan hati kau?" tanya Andi dengan perlahan. Namun di dalam hati, dadanya bagai mahu meletup memikirkan kemungkinan yang dia telah melukakan Nadya.

"Bukan cuma kau," Nadya bermain dengan garpu di tangannya sebelum membalas pandangan Andi, "we hurt each other. Hubungan kita sampai ke satu tahap di mana kita sering berselisih faham biarpun kita bercakap mengenai hal yang sama. Kita lebih tenang bila berjauhan. We tried. It doesn't work." Nadya tersenyum pahit apabila melihat ekpresi yang terukir di wajah Andi. Kerana itulah dia selalu mengelak dari bercakap mengenai masa lalu. Kerana Andi yang berada di depannya sekarang ini bukanlah Andi yang dia tinggalkan satu ketika dulu.

Perasaan Andi bercampur baur. Terkejut. Sedih. Geram dan marah. Memang Nadya mengatakan yang hubungan mereka gagal disebabkan kedua-dua pihak. Namun dia tetap menyalahkan dirinya kerana masih tidak berjaya membuatkan Nadya kekal dengannya. Sungguh, dia terasa yang Andi selepas dirinya adalah seorang yang gagal. 

KLIK Sini untuk baca 👉Bab 15👈👉Bab 17👈

Jangan lupa dapatkan EBOOK Tiada Drama di Kampus melalui aplikasi E-Sentral / Google Playstore ya!

Hanya RM15

Hanya RM15


No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37