Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, December 15, 2021

Tiada Drama di Kampus Extra Bab 34

 "Sorry aku lambat. Ada kelas pagi tadi. Kau dah makan ubat ke? Aku singgah farmasi sebelum datang sini tadi," kata Kafi yang sibuk mengeluarkan bungkusan makanan dan menyusun makanan tersebut di atas meja.

Kafi memandang Feralina yang mendiamkan diri dan kemudian tersedar ada orang lain di situ selain dari dirinya dan Feralina. Dia mencekak pinggang dan wajahnya bertukar tegang apabila melihat lelaki yang masih berdiri di hadapan pintu bilik.

"Kau buat apa kat sini?" serentak Kafi dan Afid sama-sama melontarkan pertanyaan.

"Soalan yang bagus, korang buat apa kat sini?"

Kafi dan Afid sama-sama memandang Feralina yang sedang mencekak pinggang.

Afid menggaru pipinya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh seberani itu. Curi-curi masuk ke Kolej Cempaka, Kolej yang dikhaskan untuk pelajar perempuan semata-mata untuk menghantar makanan buat Feralina. Dia dah gila.

Kafi memeluk tubuh. Tidak gentar dengan pandangan tajam yang diberikan oleh Feralina kepadanya ketika ini.

"Kau kena hujan semalam. Aku call kau dari pagi tadi, tapi kau tak angkat. Jadi aku dah agak yang kau mula demam. Sebab tulah aku datang sini. Yang dia tu? kenapa tiba-tiba boleh ada kat sini? Siap masuk Kolej perempuan lagi. Kau tak malu ke?" Kafi mencekak pinggang sekali lagi ketika memandang ke arah Afid.

Afid dan Feralina memerhati Kafi dari atas ke bawah selepas mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut Kafi.

Afid tergelak sinis.

"Mengata dulang paku serpih, mengata orang kau tu yang lebih. Siap panjat balkoni lagi," balas Afid pula, "sekurang-kurangnya aku masuk dari pintu depan," tambah Afid.

"Eh! Apa bezanya pintu depan ke atau pintu balkoni. Pintu juga kan," kata Kafi yang sedaya upaya membela diri biarpun dia sendiri tahu yang dia juga salah, "lagipun, sejak bila korang jadi rapat sampai kau sanggup datang sini untuk hantar makanan?"

"Rapat?" Afid tersenyum sinis, "Budak pelayan kat Love Kafe minta tolong hantarkan makanan dengan Fera. Ingat aku hadap sangat nak pecah masuk Kolej perempuan untuk dia," Tipu. Afid menelan air liur kesat. Walhal dia yang menawarkan diri selepas mencuri dengar perbualan telefon antara Erna dan Feralina.

"Um...saya masih di sini." Feralina mengangkat kening sebelah kepada Afid selepas mendengar kata-kata lelaki itu.

Jom baca penuh kat Ebook Tiada Drama di Kampus! 

Hanya Rm15 Sahaja. 

Boleh dapatkan di E-Sentral & Google Playstore ya..

Jangan lupa comment + Like. XOXO. 


No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37