Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Sunday, December 26, 2021

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 17

 Bintang

Dia ibarat bintang-bintang di langit. Biarpun tersembunyi di sebalik awan, bintang tetap akan bersinar dan berkelip - Nadya.

Nadya membiarkan Ashrul melabuhkan punggung di hadapannya yang sedang duduk di gazebo hadapan rumah. Tidak menegah dan tidak juga menghalang apabila Ashrul memilih untuk duduk bersamanya di gazebo itu selepas menghantar si kembar. Nadya leka memandang langit. Tidak ingat bila kali terakhir dia meluangkan masa untuk menghargai kecantikan alam yang satu itu.

"I teringat kali pertama kita berdua tengok bintang. Masa tu kita masih belajar." Ashrul membuka topik sambil ikut merenung ke langit. "You banyak habiskan masa merenung ke langit setiap kali I terjumpa you bila ada kelas malam." Tambah Ashrul sebelum memandang Nadya.

"Merenung ke langit, tengok bintang-bintang yang berkelip menenangkan I. Waktu tu I sentiasa..."

"Drowning. You pernah ceritakan dengan I. You sentiasa rasa yang you sedang lemas. Tiada daya untuk timbulkan diri. You tak tahu apa nak buat dengan hidup you. Jadi you renung bintang di langit untuk tenangkan diri you. Kerana bintang masih tetap berkelip, biarpun terselindung dengan awan."

Nadya tersenyum kecil apabila berbalas pandang dengan Ashrul. Tidak sangka yang lelaki itu masih ingat kata-katanya dulu.

"Andi yang cakap macam tu dengan I..." kata Nadya perlahan.

Ashrul tersenyum nipis.

"Andi... kalau rumput depan mata pun dia boleh jadikan rumput sebagai bahan motivasi. Dia sentiasa positif dalam semua benda. Pernah satu ketika, I benci dan cemburu dengan dia. Hidup dia sentiasa kelihatan sempurna. Jiwa dia terlalu suci. Uncorrupted. Jauh berbeza dengan I yang sentiasa jangka keadaan yang teruk dari orang dan juga keadaan sekeliling I. Dia, cahaya yang terangkan gelap hidup I."

"Jadi setiap kali you pandang bintang..."

"I nak dia ada untuk nasihatkan I. Jadi pelampung untuk I yang sedang lemas." Nadya memotong kata-kata Ashrul.

Ashrul tersenyum pahit.

"Jadi kenapa you tak pergi cari dia waktu you perlukan dia?" tanya Ashrul dengan rasa ingin tahu. Kalau betul hubungan Nadya dan Andi serapat itu, kenapa Nadya tidak mencari Andi sewaktu Nadya memerlukan sokongan atau Andi tidak datang mencari Nadya selama ini.

"I tak jumpa dia." Jawab Nadya.

Ashrul mengerut dahi.

"Di Pekan Teluk pun?"

Nadya tersenyum mendengar pertanyaan Ashrul.

"I takkan jumpa Andi biarpun Andi berdiri depan I waktu tu," jawab Nadya sebelum menarik nafas panjang, "I rasa diri I ni mungkin ada sumpahan. I tukarkan lelaki yang selalu positif menjadi seorang yang pesimis. I buat semua lelaki yang pernah sayangkan I lemas sekali dengan I. Kan?" Nadya pandang Ashrul.

"I'm sorry, I'm not a good person nor a good wife. Andi berubah disebabkan I. Begitu juga yang terjadi dengan you. I perasan bila you dah mula berubah. I perasan yang you dah mula penat hadam semua negativiti dalam diri I. Sama macam Andi. I perasan semua tu tapi I jadi tamak. I tak nak ditinggalkan seorang lagi. Jadi I abaikan perasan you supaya you tetap dengan I. Lucky kita dapat twin. Kehadiran diorang buat I sedar, I perlu lepaskan you."

"I'm not like Andi. I stay dengan you sebab I yang nak." Tegas Ashrul.

"True. You bukan seperti Andi. Sebab Andi tahu bila waktunya untuk mengalah. Dia tahu akibatnya kalau dia tetap dengan I dengan lebih lama lagi, bermakna dia akan kehilangan diri sendiri. Some people are not worth saving, Ash."

Nadya tersenyum nipis sebelum bingkas berdiri. Jam di telefon bimbit sudah menunjukkan angka 10 malam.

"Besok you kena pergi outstation. Baliklah. Dah lewat." Kata Nadya apabila Ashrul masih belum kelihatan mahu balik.

"It's not your decision to make, Nadya. For me, you are worth saving. Tak pernah terlintas rasa ralat selama berkenalan dengan you. Biarpun masa diulang semula, I tetap akan berlari, langgar lumpur dan kemudian termasuk dalam longkang untuk berjumpa dengan you buat kali pertama." Kata Ashrul sebelum berjalan ke arah keretanya.

Ashrul: I'm sorry.. I terlupa jadi Ashrul yang temankan you tengok bintang. I terlupa jadi Ashrul yang sentiasa cuba dapatkan perhatian you. I nak jadi yang terbaik dan bagi yang terbaik pada you sehingga terlupa yang I juga perlu berada di sisi you untuk jadi yang terbaik. - From your workaholic ex-husband. 1030pm

Nadya tersenyum kecil selepas membaca mesej dari Ashrul. Mesej itulah yang Ashrul karang sejak tadi. Selepas menerima mesej dari Ashrul, barulah Nadya melihat kereta Ashrul beredar dari perkarangan rumah.

Andi: Nady, aku kenal kau. Aku tahu semua cerita tentang kau. Alasan tinggalkan kau kerana sikap kau, itu lucu Nady. - 1045 pm

Andi: Ada sesuatu yang tak kena. Sesuatu yang aku sendiri tak ingat. Tapi aku yakin, aku bukan segila itu. 1046 pm

Jari Nadya bergerak seakan mahu membalas mesej dari Andi namun dia sendiri tidak tahu apa yang patut dia tulis.

Andi: Nady, aku Andi... yang akan selalu- dengan obsesnya- sentiasa ada untuk kau. p/s: Please jangan amik restriction order bila kau baca mesej ni. Aku janji, aku bukan stalker. 1047pm.

Dalam pada tidak mahu hanyut lagi.. Nadya terhibur apabila membaca mesej terakhir dari Andi. Andi sentiasa ada cara untuk buat dia tersenyum.

Bersambung... 

Thank you.. xoxoxo. 

Iklan: Jom dapatkan Tiada Drama di Kampus di aplikasi E-Sentral Google Play (RM 15 Sahaja)

Iklan: Jom dapatkan Tiada Drama di Kampus di aplikasi E-Sentral & Google Play (RM 15 Sahaja)


No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37