Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Wednesday, December 29, 2021

Tiada Drama Di Kampus | Extra: Bab 42

 “Afid,” panggil Eryn sementara kasut tinggi berkeletak keletuk di atas lantai Kafe.

Feralina menjulingkan mata apabila melihat Eryn melangkah mendekati Afid.

Lokman terpaksa melekatkan badan ke dinding apabila Eryn memuatkan diri di kerusi panjang yang dikongsinya bersama Afid.

Eryn mengeluh panjang, “Kita nak makan kat sini juga ke?” kata Eryn sambil memandang sekeliling sebelum terpandang Feralina di hadapan kaunter. Dia masih ingat gadis yang menumpahkan makanan dan memeluk Afid ketika kali terakhir mereka berada di situ. Dia menghadiahkan jelingan tajam kepada Feralina.

Feralina yang sedang memegang botol krim putar memandang ke arah Eryn. Keletak- keletuk bunyi krim putar digoncang oleh Feralina.

Don’t do it,” kata Kafi kepada Feralina tanpa mengalihkan pandangannya dari skrin telefon bimbit. Dia dan Feralina bertukar pandangan sebelum Kafi memandang ke arah botol krim putar di tangan Feralina.

Feralina mencekak pinggang sebelah sementara Kafi menjongket kening sebelah sehingga membuatkan Feralina mendengus kecil.

The old me takkan teragak-agak,” komen Feralina sebelum menyembur krim putar tadi ke atas pai dengan perlahan.

Kafi tergelak kecil apabila mendengar komen Feralina, “I know,” kata Kafi sambil mengelengkan kepala.

Feralina meletakkan potongan limau kasturi yang dipotong nipis di atas krim putar sebagai hiasan pai. Feralina mengambil sepotong pai dan dihidangkan kepada Kafi.

“Aku belanja. Happy birthday,” kata Feralina selepas menghidangkan pai tersebut.

Jom dapatkan Tiada Drama di Kampus di aplikasi E-Sentral & Google Play (RM 15 Sahaja)
ROMANCE | THRILLER | MYSTERY

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37