Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, July 12, 2018

Open House Sekolah Cinta 2018 Part 3

Note: Jeng-jeng... hahaha.. macam biskut. Sekejap rajin update blog kejap menghilang ditelan 'kesibukan'. Dah.. dah 90% nak siap ni mini series Open House.. tapi saja tak pos semua hahaha  (serius tak siap lagi sebenarnya..) harap2 sempat siap sebelum habis raya.. kang terpaksa sambung sampai ke Raya Haji la pula.. haruu 😁😁


Open House SekolahCinta part 3

'Sometime, life does not go as we planned.. No matter how hard  we planned, Allah's plan always better' 
“Maaf” kata Lana untuk kesekian kali namun matanya masih memandang ke lantai. Terlalu malu untuk mengangkat kepala dan memandang ke arah lelaki di hadapannya. Lana mengelap mata yang basah dan kemudian menarik keluar cincin yang sekian lama di jari manis miliknya.

Okay” kata Adam dengan perlahan dan hampir tidak terkeluar. Adam menadah tangan apabila Lana menyerahkan cincin kepadanya semula. Cincin di atas tapak tangan direnung dan kemudian Adam mengeluh panjang.

“Cepat atau lambat, benda ni mesti berlaku juga” kata Lana yang masih mengelak dari merenung ke arah Adam.

“Ya” jawab Adam sambil mengenggam cincin di tangannya, “kita terlalu sibuk dan tiada banyak masa bersama. Saya faham” kata Adam sambil memandang ke arah Lana. Kesibukannya menyebabkan dia lupa tentang mereka. Namun itulah jalan terbaik setelah beberapa minggu perkara itu dibincangkan dan mereka masih menjumpai jalan penyelesaian kecuali perpisahan.

Well,” kali ini Lana menarik nafas panjang dan memandang Adam, “I see you, when I see you, mr Adam” kata Lana sambil tersenyum nipis.

“Ya, I see you, when I see you too. Ms Lana” kata Adam sambil menatap wajah Lana.  
Adam mengeluh bila Lana melangkah pergi, dia melangkah setapak ke belakang sambil memandang kereta Lana yang semakin menghilang dari pandangan.

~~~~~~~~~~
“Hahh.. wei, lambat. Sekejap lagi nak buka puasa tau” Becok mulut Fira menegur Lana yang baru sahaja sampai ke cafe milik Dina. Kelihatan Cafe penuh dengan pelanggan yang menunggu waktu berbuka dengan makanan sudah terhidang di atas meja.

Dina memusingkan tanda tutup pada pintu hadapan cafe memandangkan tiada meja yang kosong lagi.

Lana tersenyum nipis dan menarik nafas panjang selepas duduk bersama kawan-kawannya yang masing-masing dengan ekspresi tersendiri sambil memandang ke arahnya.

“Dah selesai” kata Lana, “Well, secara rasminya belum lagi tapi, taadaa” Lana menunjukkan jarinya yang kosong tanpa sebarang perhiasan.

“Ouh.. sorry, Lana” kata Aida sambil mengosok bahu Lana.

Lana menganggukkan kepala.

“Kau akan jumpa penganti tak lama lagi, percaya cakap aku” kata Fira pula.

Good for you.. tak payah kelam kabut. Perkahwinan bukan perlumbaan. Enjoy waktu single” kata Wati yang duduk bersebelah dengan Fira.

Yup, dengar nasihat dari orang yang dah berpengalaman” kata Fira sambil menepuk bahu Wati.

Wati tergelak.

You’ve dodged the bullet, Lana. Trust me” tambah Wati sambil membesarkan matanya.

Aida mengangguk laju.

Guys.. It’s okay. Lagipun, aku dan Adam..” Lana menggelengkan kepala, “bukan ditakdirkan untuk bersama” kata Lana sambil menjongket bahu. Bila difikirkan semula, Lana dan Adam sangat berbeza bagai kutub utara dan selatan.   

“Tapi kau sangat berani kan?” kata Fira sambil menjongket kening sebelah.

Mereka semua memandang ke arah Fira dengan dahi berkerut.

“Yelah, putus tunang sebelum raya” jelas Fira, “makcik-makcik bawang mesti akan telan kau hidup-hidup waktu raya nanti” tambah Fira lagi.

Lana terkaku. Bagai baru tersedar dengan realiti hidup di Malaysia. Mukanya terus pucat. Terbayang keadaan di pagi raya apabila semua makcik-makcik mengerumuninya dan bertanya tentang kahwin, tentang Adam dan semua soalan yang dia sendiri tidak mempunyai jawapan.

“Fira….” tegur Aida apabila melihat Lana terus membeku selepas mendengar kata-kata Fira.

What? aku cuma bergurau. Hari raya adalah peluang kita untuk mengeratkan ikatan silaturahim tak kira yang tua atau yang muda” kata Fira dengan nada selamba dan mungkin terselit dengan nada sarkastik, “tapi serius Lana, good luck hari raya ni” kata Fira sambil tergelak lucu tanpa mengendahkan Wati yang menepuk bahunya perlahan.

Lana mengeluh dan meletakkan kepala di atas meja.

“Lana, kau nak apa?” tanya Dina yang mendekati meja kawan-kawannya.

“Sekarang ni?” tanya Lana sementara muka masih melekat di meja, “aku cuma nak tea” katanya tanpa semangat. Dia fikir bahagian yang susah ketika memutuskan pertunangan dengan Adam adalah, minta putus dengan Adam. Rupanya Lana belum lagi melalui bahagian yang paling sukar, berdepan dengan Makcik Bawang di pagi HARI RAYA. Lana memejamkan mata.

Kawan-kawan Lana terdiam seketika apabila mendengar kata-kata Lana.

Lana mengerut dahi apabila terasa meja mereka tiba-tiba sunyi sepi seperti ada malaikat lalu. Lana membuka mata dan mengangkat kepalanya.

What?” tanya Lana apabila semua memandang ke arahnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

“Kau dah gila?” tanya Fira dengan nada selamba.

“Fikir baik-baik Lana” kata Aida pula.

You shouldn’t do that” Wati memandang Lana dengan risau.

Lana mengerut dahi dan memandang ke arah Dina.

“Kau nak teh?” kata Dina sambil menjongket kening kepada Lana.

Yes.. aku nak teh. Green tea Latte. Kenapa korang serius sangat pasal teh?” kening Lana bertembung bila memikirkan gelagat kawan-kawannya.

Wati, Aida dan Fira tergelak dengan rasa janggal sambil memandang ke arah Lana yang masih tersenyum.

“Aku fikir dia nak..” kata Fira dengan berbisik dan memandang ke arah Wati.
Wati mengangguk laju.

“Jangan sebut nama tu” kata Wati dengan perlahan sambil memandang ke arah Lana yang mula termenung.

You’re going to survive Raya 2018. Aku yakin kau boleh” kata Aida memberi semangat kepada Lana.

“Ya.. dan cuba tengok situasi ni dari sudut yang positif” kata Wati pula.

Fira memandang ke arah Wati.

“Apa sudut positif?” tanya Fira.

Wati terkebil-kebil seketika.

“Lana akan jadi orang paling popular waktu raya. Trending” kata Wati sambil tersenyum janggal.

Fira tergelak kuat sebelum menekup mulutnya selepas Aida membulatkan mata ke arahnya.

Oh, my god..you guys,” Lana duduk tegak sambil memandang ke arah kawan-kawannya. “not helping.. seriously, korang tak membantu” kata Lana sambil menggeleng kepala, “but thank you sebab sudi pinjam telinga dari dulu sampai sekarang. Aku rasa macam aku tak perlukan boyfriend, tunang atau suami. Aku cuma perlukan korang dan hidup aku dah sempurna” Lana tersenyum lebar sambil meletakkan kepala di bahu Aida.

“Lana, you so sweet” kata Aida, “telefon aku bila kau dah hangus kena grill dengan mama kau selepas kau bagitahu dia yang kau tak perlukan lelaki dalam hidup kau” kata Aida dengan sarkastik.

“Ya,, mak aku akan halau aku keluar dari rumah” kata Lana dengan selamba.

“Tea untuk Lana” kata Dina yang datang membawa Teh hijau dan terus duduk di sebelah Fira. Azan mula kedengaran dan semua perbualan kosong mereka terus lenyap apabila masing-masing sibuk mengisi perut yang kosong selepas seharian berpuasa.
~~~~~~~~~

“Hai”
Adam masih menelaah buku-buku yang bertimbun di atas mejanya. Kebanyakannya adalah catatan mengenai sejarah Melaka. Beberapa kertas kajian berselerak di atas meja yang lain.

“Hai, letak je kat atas meja tengah, dan duit atas meja tu” kata Adam tanpa mengalihkan pandangan dari bacaannya.

Seriously Adam, awak tak ada masa langsung nak keluar untuk berbuka puasa ke?” tanya tetamu yang hadir di pejabat Adam.

Adam terus mendongakkan kepala.

Kelihatan Lana sedang meletakkan bungkusan McDonalds di atas meja yang juga penuh dengan buku. Lana cuba mengalihkan beberapa kertas kajian untuk memberi ruang kepada makanan Adam yang diambilnya dari penghantar makanan sebelum masuk ke bilik Adam tadi.

“Hai.. Lana” Adam terus kelam kabut, dia berdiri dan beberapa buku terjatuh di atas lantai.

Lana kelihatan tidak terkejut dengan situasi itu, malah terus mengambil kerusi dan melabuhkan punggungnya di kerusi.

Parents awak dah datang ke rumah saya. Semuanya dah selesai” kata Lana kepada Adam yang baru selesai menyusun semula buku yang terjatuh di atas lantai sekemas yang boleh di atas meja kerjanya.

Good” kata Adam sambil menarik kerusi berdepan dengan Lana.

Lana menghulurkan bungkusan makanan kepada Adam.

Adam merapikan meja di tengah bilik serapi yang boleh sebelum mengeluarkan makanan dari bungkusan tadi.

“Awak dah makan?” tanya Adam sambil membuka balutan burger.

“Dah, saya berbuka di pejabat tadi” jawab Lana.

Lana menggigit bibir.

“Apa dia?” tanya Adam sambil menggigit burger dan memandang ke arah Lana yang seakan ingin berkata sesuatu.

This might be sound like a jerk move.. but, saya nak tanya awak pasal jemputan bos saya ke majlis perkahwinan anak dia dan rumah terbuka. Dia ada jemput awak kan waktu majlis perasmian majalah baru syarikat…” Lana tersengih, serba salah.

“Bos ada ingatkan saya sekali lagi tengah hari tadi.. He’s looking forward untuk dengar teori awak pasal Melaka tu” jelas Lana lagi. Tak sangka bosnya ingat mengenai Adam dan sekali lagi menyuruhnya membawa Adam ke majlis perkahwinan anak bosnya.

Okay” kata Adam kemudian menghirup air di gelas kertas.

“Saya faham kalau awak tak nak pergi, tapi bos saya…” Lana mengigit bibir,

Adam tersenyum.

“Lana.. saya akan pergi” kata Adam sambil mengemas bekas makanannya.

Really?” tanya Lana dengan mata yang membulat.

“Ya,” jawab Adam sebelum berjalan ke arah tong sampah, “lagipun research saya masih tak jumpa jalan keluar, apa salahnya tinggalkan seketika” kata Adam dengan lemah.

Lana memandang simpati kepada Adam. Lana berdiri dan kemudian terpandang salinan lukisan seorang wanita di atas meja Adam.

“Lawa..” kata Lana sambil mengambil lukisan ni, “bahan kajian awak ke?” tanya Lana sambil memerhatikan lukisan wajah wanita itu. Kelihatan seperti seorang wanita melayu di era kegemilangan Melaka.

“Itu.. sebab lukisan inilah saya mengalihkan topik kajian saya” kata Adam yang mula teruja semula, Adam menunjuk ke arah hujung kertas, “Tun Amina Aisya. Saya dapat lukisan ni dari salah seorang kenalan. Tapi walau beberapa banyak buku atau kertas kajian, tiada yang menyebut nama Tun Amina. But this, lukisan ni.. pakaian perempuan ni menunjukkan dia salah seorang orang penting, pakaian kerabat di raja, bagaikan seorang puteri. Saya ada teori yang Tun Amina Aisya ni masih mempunyai keturunan sampai sekarang.. dan.” Adam memandang ke arah Lana yang tersenyum memandangnya.

Sorry.. saya lupa awak tak berapa suka dengar cerita macam tu” kata Adam sambil menggaru kepala.

No.. cerita ni menarik. Saya suka dengar cerita-cerita sejarah, kerja-kerja awak, kajian awak..beside, those who do not learn history are doomed to repeat it. Sebab itu jugalah Si kitul versi moden terlalu ramai masa sekarang ni” kata Lana.

But?” kata Adam sambil menjongket kening ke arah Lana. Dia tahu ada sambungan pada penjelasan Lana sebentar tadi.

Lana tersenyum lebar.

But.. mendengar topik yang sama berulang-ulang kali kadang-kadang it’s too much. Macam awak ada satu dunia yang saya sendiri tak boleh masuk. Walaupun begitu, saya bangga dengan awak, sebab you’ve always aims high” kata Lana sambil meletakkan salinan lukisan tadi di atas meja.

“Mungkin kita berdua sangat berbeza” kata Adam sambil memandang ke arah Lana.

              Lana menggeleng. Semuanya mula kelihatan jelas bagi Lana. Dia tersenyum nipis. Melihat sekeliling bilik kerja Adam membuatkan dia teringat bilik kerjanya. 

“Saya tak rasa macam tu. Saya rasa kita terlalu sama, awak sibuk mengejar cita-cita awak dan saya sibuk dengan cita-cita saya. Macam magnet bila kutub utara dijumpakan dengan kutub utara, sama, tapi saling bertolakan” Lana memandang ke arah Adam, dan kemudian tersenyum nipis. 

Anyway, saya tak nak buang masa awak. Awak kena cari puteri awak” kata Lana sambil mengambil beg tangan yang diletakkan di atas kerusi.

“Dan awak pula kena cari putera dari kutub selatan” kata Adam sambil tersenyum kepada Lana.

Hope so” jawab Lana sebelum keluar dari bilik Adam. 

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37