Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Sunday, July 15, 2018

Open House Sekolah Cinta 2018 part 8

Open House SekolahCinta part 8

'If you love something, let it go. If it comes back to you, its yours forever. if it doesn't, then it was never meant to be'

“Riz, saya balik dulu. Ada hal sikit. Sampaikan salam dengan Kyriell” kata Amira selepas menerima panggilan telefon dari Zahra yang mengatakan Din Fitri, suami kepada Zahra dimasukkan ke dalam hospital.
“Eh, kenapa? Awak nak saya hantarkan?” kata Mukhriz yang terus berdiri.
“Eh.. no, tak apa. Saya naik grab car  je. Nanti apa pula kata Kyriell kalau awak balik awal. Saya balik dulu” kata Amira sambil tersenyum. Cuba menenangkan hatinya yang risau mengenai Din Fitri.
Sure?” kata Mukhriz yang berat hati.
“Ya” kata Amira sebelum berlalu.
~~~~~~~~~
Adam tidak jadi membuka pintu kereta apabila melihat Amira sedang berdiri di tepi jalan bersama telefon di tangan. Kelihatan dahi wanita itu berkerut-kerut sambil memandang skrin telefon.
Amira mengeluh perlahan. Mahu pusing balik dan meminta pertolongan dari Muhriz tapi dia malu. Skrin telefon dipandang semula, bingung kerana ini kali pertama dia menggunakan aplikasi Grab. Dia menggaru tepi kepala. Kenapa terlalu sulit. Bisik hati Amira tanpa sedang Adam sedang mendekatinya.
“Assalammualaikum” tegur Adam dari belakang dan sempat melihat skrin telefon Amira, “nak pergi hospital tu ke? saya pun nak pergi sana. Kebetulan tempat kerja berdepan dengan hospital tu” kata Adam tanpa mengendahkan Amira yang terkejut dengan kehadirannya secara tiba-tiba.
“Eh, tak apa. Saya naik grab ni je” kata Amira cuba berlagak pandai sambil menekan-nekan skrin telefonnya. Kemudian dia mengangkat pandangan dan hanya untuk memandang senyuman perlian dari Adam.
“Dapat tak?” tanya Adam sambil tersenyum.
Amira mengeluh dan menggelengkan kepala.
“Kan sini memang susah nak dapat grab. Tak ramai lagi pemandu di sekitar sini” kata Adam, “dah, jom saya hantarkan” Adam terus melangkah ke arah keretanya yang diletakkan di bahu jalan.
Dengan muka redha, Amira mengekori Adam dari belakang.
~~~~~~~
“Macam mana dengan pakcik awak?” kata Adam sambil cuba mengemaskan pejabatnya.
“Dia dah sihat. Gastric kata doktor” jelas Amira sambil memandang ke sekeliling pejabat Adam. Selepas melawat Din Fitri dan Zahra, Amira teringat yang Adam mengatakan pejabat lelaki itu berdekatan dengan hospital.
“Awak seorang ilmuwan? Atau sejarawan?” tanya Amira selepas melihat pelbagai koleksi buku-buku dan kertas kajian di seluruh pelusuk pejabat milik Adam.
“Saya lebih berat kepada Sejarawan. Tapi kadang-kadang saya akan dipanggil juga ke institusi pengajian untuk perkongsian ilmu” jawab Adam sambil menyediakan kerusi kepada Amira.
Amira terpandang salinan lukisan wajahnya di atas meja. Kemudian dia memandang ke arah Adam.
Adam menggaru belakang leher.
“Itu, lukisan yang diberi oleh salah seorang dari rakan saya” kata Adam.
Amira meletakkan lukisan itu bersebelahan dengan wajahnya.
“Serupa?” tanya Amira sebelum tersenyum dan meletakkan lukisan itu semula di atas meja.
Adam terdiam sambil memandang lukisan itu. Sangat serupa, bisik hatinya.
“Saya percaya yang ini adalah lukisan nenek moyang awak” kata Adam. Amira berdiri dan berjalan di sekeliling bilik. Saja-saja membuka buku-buku sejarah yang ada di dalam bilik itu.
“Sebab itu awak selalu muncul di depan saya?” kata Amira sambil memegang buku sulalatus salatin tulisan Tun Sri Lanang.
“Pada mulanya” kata Adam, “awak tahu pasal ni? Mengenai nenek moyang awak? Keturunan awak?” Adam seakan teruja ingin mencungkil rahsia.
“Sangat tahu” kata Amira sengaja membiarkan Adam tertanya-tanya sementara dia membelek helaian demi helaian catatan sejarah yang ditulis melalui perspektif Tun Sri Lanang.
“Siapa dia? Tun Amina Aisya?” tanya Adam.
Amira tersenyum.
“Seorang wanita yang mempunyai kisah yang sangat panjang” kata Amira sebelum meletakkan buku Sulalatus Salatin di atas rak semula dan Amira mendekati Adam.
“Ianya bermula dari…”
~~~~~~~~
“Lana, Adam dah balik?” tanya Dato Kamal apabila berhenti ke arah meja di mana kebanyakan pekerjanya sedang berkumpul.
“Dah balik dah Dato, dia ada kerja sikit” kata Lana yang duduk bersama rakan sekerjanya. Selepas Dato Kamal berlalu, Nadia Alisya rakan sekerjanya menepuk bahu Lana.
“Lelaki kat meja sana tu dari tadi tengok kau” kata Nadya yang lebih dikenali sebagai Dya oleh rakan pejabat.
Lana memandang ke arah Taqiuddin. Kelihatan lelaki itu sedang berbual dengan seorang wanita.
“Mengarutlah, dia renung orang lain kot” kata Lana yang cepat melarikan pandangan apabila Taiquddin mula berdiri dari kerusi.
~~~~~~~
“Jadi? Saya balik dulu?” kata Taqiuddin sambil memandang ke arah Nieylla.
Nieylla mengangguk laju.
“Ya, saya boleh balik ikut abang nanti” kata Nieylla sambil memandang ke arah Dani, abang kembarnya yang masih berborak dengan rakan-rakan.
Sure?” kata Taqiuddin.
Absolutely,” kata Nieylla sambil mereka berjalan seiringan ke arah kereta milik Taqiuddin.
Okay, dah sampai rumah nanti, awak bagitahu saya” kata Taqiuddin sebelum membuka pintu kereta.
Okay bos” kata Nieylla sambil mengangkat tabik hormat.
Taqiuddin hanya mampu tersenyum dan menggeleng melihat kerenah Nieylla.
~~~~~~~~~
“Aku balik dulu” kata Lana kepada rakan sekerjanya. Lana melambai ke arah Dya.
Dya sempat melambai ke arah Lana sebelum mengejar anak kecil yang berlari-lari di sekeliling meja. Kelihatan suami Dya sedang mengawasi seorang lagi anak mereka.
Lana menghidupkan kereta dan memandu keluar dari kawasan itu sehinggalah keretanya tiba-tiba tersemput-semput dan berhenti di hadapan lampu trafik. Lana cuba bertenang. Mujur kereta tidak banyak di kawasan itu. Sekali lagi Lana cuba menghidupkan keretanya. Percubaan pertama, tidak berjaya. Sekali lagi, Lana memutarkan kunci kereta. Tidak juga berjaya sehinggalah ada seseorang yang mengetuk cermin keretanya.
Lana tergamam melihat wajah di tepi cermin.
Taqiuddin memberi isyarat supaya dia menurunkan cermin kereta.
Lana memandang ke arah Taqiuddin tanpa berkelip namun tangannya bergerak dan cuba memutarkan kunci sekali lagi. Bunyi kereta seperti kuda kehausan. Lana mengeluh dan menurunkan cermin.
“Buka bonet depan” kata Taqiuddin sebelum bergerak ke depan kereta.
Lana menekan tuil yang ada di dalam kereta untuk membuka bonet depan. Kemudian tidak bergerak dan keluar dari kereta sehinggalah dia melihat Taqiuddin bergerak ke kereta belakang.
“Dah okay ke?” Lana bermonolong sendiri apabila melihat Taqiuddin masuk ke dalam kereta lelaki itu tanpa berkata apa-apa kepadanya, “Dia nak gerak macam tu je” kata Lana lagi apabila melihat kereta Taqiuddin mula bergerak.
Taqiuddin memberhentikan kereta di tepi kereta Lana. Dia mengeluarkan jumper dari bonet belakang sebelum bergerak ke arah bonet depan kereta miliknya. Taqiuddin kemudian menyambungkan jumper kepada kedua-dua kereta sebelum menghidupkan keretanya. Sesekali dia menekan minyak untuk mengecas bateri kereta milik Lana.
Setelah beberapa minit, Taqiuddin melangkah ke arah pintu kereta Lana dan terus membuka kereta Lana. Tanpa kata dia membuka pintu untuk Lana.
Lana seperti faham yang dia dihalau dari kereta sendiri terus melangkah.
Taqiuddin menghidupkan enjin kereta sebanyak dua kali percubaan sebelum berjaya menghidupkan enjin kereta.
“Kena tukar bateri kereta lepas ni” kata Taqiuddin sebelum bergerak ke bonet depan kereta Lana untuk mencabut jumper.
“Erm.. terima kasih, T” kata Lana berdiri di tepi kereta, “kat sebelah cafe kawan saya ada satu bengkel” Lana menundukkan pandangan bila Taqiuddin memandang ke arahnya, “awak tak nak pergi sekali ke? Boleh singgah cafe..” Lana menelan air liur. Hatinya masih berdebar melihat Taqiuddin di hadapannya, “minum-minum.. “ sambung Lana dengan nada perlahan.
“Awak nak ke minum dengan saya, Lana.. Jumpa saya pun awak lari” kata Taqiuddin sebelum bergerak ke arah keretanya.
“Kalau kereta saya berhenti tengah jalan lagi?” tanya Lana sambil memandang Taqiuddin yang sedang menutup bonet depan kereta milik lelaki itu.
Taqiuddin mengeluh.
“Lagipun, awak dah tolong saya. Apa salahnya saya belanja awak minum” tambah Lana lagi.
Taqiuddin memandang ke arah Lana kemudian mengeluh.
“Cafe Dina tu kan?’ kata Taqiuddin selepas mengemaskan jumper dan masukkan ke dalam bonet belakang, “saya ikut awak dari belakang” kata Taqiuddin sebelum masuk ke dalam kereta. Kemudian Taqiuddin keluar semula dan menutup bonet depan kereta Lana yang masih terbuka apabila melihat Lana masuk ke dalam kereta tanpa menyedari keadaan itu.
“Kecuali kalau awak pandai bawa kereta sambil tutup mata, bolehlah biarkan tu terbuka” kata Taqiuddin kepada Lana sebelum masuk ke dalam kereta miliknya.  
Lana mengigit bibir menahan malu sambil menghantuk kepalanya pada stereng kereta sebelum teringat yang Taqiuddin boleh melihat gelagatnya dari kereta sebelah. Lana pandang ke kanan, Taqiuddin sedang tergelak di kereta sebelah. Lana menutup mata dan menarik nafas panjang sebelum menekan pedal minyak. 


No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37