Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Saturday, July 14, 2018

Open House Sekolah Cinta 2018 part 5

Open House Sekolah Cinta part 5

'They said, if you love something, let it go..' 

“Cafe… ? Yang warna hijau tu kan?” tanya Taqiuddin sambil menekapkan telefon di telinga. Taqiuddin menekan kunci kereta sebelum berjalan masuk ke dalam cafe yang masih lengang. Jam di dinding baru menunjukkan angka 5 petang.
“Awak nak makan apa? Kita berbuka kat pejabat awak je kalau awak sibuk” kata Taqiuddin sambil berjalan ke arah kaunter sambil memandang menu.
“Um.. burger je?” Taqiuddin memandang ke arah penjaga kaunter dan kemudian mengerut dahi. Macam kenal, bisik hati Taqiuddin.
Okay, saya belikan awak burger ayam set” Taqiuddin menyimpan telefon ke dalam poket selepas menamatkan panggilan. Kemudian dia memandang kembali ke arah penjaga kaunter yang masih tersenyum ke arahnya.
“T?” tegur Dina sambil tersenyum.
Taqiuddin masih cuba mengorek memorinya.
“Saya, Dina. Satu sekolah dengan awak dulu” jelas Dina.
Taqiuddin menunjukkan ke arah Dina sambil tersenyum.
“Dina.. yes. Saya ingat” kata Taqiuddin yang masih tersenyum dan kemudian menarik nafas panjang. Terus memorinya teringat pada seseorang.
Dina tersenyum nipis bila senyuman perlahan-lahan hilang dari wajah Taqiuddin dan lelaki itu seakan termenung tiba-tiba.
“So.. nak order apa?” tanya Dina tanpa memanjangkan cerita.
“Ah.. um, set burger ayam tu,satu dengan fish and chips satu. Takeaways” jawab Taqiuddin sambil mengeluarkan dompet dari poket belakang.
“Um… kami ada satu campaign, drinks for others. Selalunya pelanggan akan bayar harga minuman, dan minuman akan diberikan kepada next lucky customer. Secara ringkasnya, sedekah. Khas untuk bulan puasa. Awak nak free coffee untuk buka puasa?” tanya Dina selepas menjelaskan kempen yang diambil dari budaya seberang.
Drinks for other (Suspended Coffee) adalah kebiasaan di luar negara, di mana seorang pelanggan kadang-kadang membayar harga untuk dua atau lebih minuman dan hanya mengambil satu untuk di minum. Minuman lain yang telah dibayar akan diberikan kepada orang-orang yang tidak berkemampuan.  
“Oh..Suspended coffee.. no, tapi saya nak tambah dua lagi minuman dan dua-dua suspended” kata Taqiuddin sambil menambah jumlah duit yang telah dikeluarkan dari dompet.
Dina tersenyum.
“Satu minuman tu, buatkan green tea latte dan satu lagi, well up to you” kata Taqiuddin sambil tersenyum kepada Dina.
Green tea latte.. okay” kata Dina sambil menekan skrin di hadapannya, “dan satu lagi Americano, maybe?” tanya Dina kepada Taqiuddin.
Taqiuddin menganggukkan kepala.
“Boleh juga” jawab Taqiuddin.
Taqiuddin selesai membeli makanan dan mengangkat tangan kepada Dina yang sedang berada di dapur. Pintu Cafe ditarik dan Taqiuddin terus berjalan ke arah kereta tanpa memandang ke arah wanita yang sedang menolak pintu Cafe di sebelahnya.
~~~~~~
Lana menolak pintu Cafe milik Dina dan terus menuju ke kaunter.
Dina sedang menunggu dengan senyuman sambil meletakkan kain lap yang sedang dipegangnya ke tepi.
“Aku nak bungkus makanan. Hari ni kena stay kat ofis lagi” kata Lana sambil menarik menu di hadapan kaunter.
“Kau nak order apa?” tanya Dina selepas mengarahkan seorang dari pekerja Cafe untuk membuat minuman.
“Um.. Nasi goreng Cina je kot,” kata Lana sambil mengorek beg tangan dan mencari dompetnya.
Dina meletakkan cawan kertas yang berisi minuman panas di hadapan Lana.
“Ada orang dah bayarkan” kata Dina sambil selepas menerima bayaran makanan dari Lana.
Lana mengerut dahi.
“Apa ni?” tanya Lana.
“Tea,” kata Dina sambil menyerahkan resit kepada Lana, “Green Tea Latte” jelas Dina sambil tersenyum.
Suspended Coffee ke?” tanya Lana sambil memegang gelas kertas di hadapannya.
“Ya, tapi aku rasa yang ni memang untuk kau” kata Dina yang tersenyum penuh makna sehingga membuatkan Lana kehairanan.
Okay…” kata Lana dengan kening yang bertembung. Selesai membayar dan menunggu pesanannya, Lana keluar dari Cafe dan menolak pintu sebelah kiri. Sementara pintu sebelah kanan juga ditolak dari luar. Lana sibuk mencari kunci kereta di dalam beg tangan tanpa memandang ke sebelahnya.
~~~~~~~~~~
“Hai..welcome again,” tegur Dina sambil mengerut dahi namun bibir masih mengukir senyuman.
Taqiuddin melepaskan pemegang pintu dan berjalan ke kaunter sambil membalas senyuman Dina.
“Kat sini ada Salted Egg York Pasta?” tanya Taqiuddin sambil mengaru tepi kepala dan memandang ke arah menu yang terpamer di atas kaunter.
“Ya, Ofcouse. Nak order tu ke?” tanya Dina yang sudah bersedia menekan skrin di hadapannya.
“Ya, satu” kata Taqiuddin sambil menarik dompet dari poket seluarnya.
“Berbuka puasa dengan ‘cik adik’ ke?” tanya Dina setelah menerima bayaran dari Taqiuddin.
Taqiuddin tergelak kecil.
“Ya, just to make sure she eat right. Dia terlalu sibuk sampai kadang-kadang tak makan apa-apa waktu berbuka” kata Taqiuddin dan kemudian menggigit bibirnya. Seperti tidak mahu bercerita panjang mengenai kekasih hatinya kepada Dina. Tidak mahu cerita sampai ke pada si dia, mungkin. Bisik hati Taqiuddin yang terdalam.
“Saya dah bagi green tea latte yang awak bayar tadi kepada pelanggan” kata Dina sementara menunggu pesanan Taqiuddin siap.
Great” komen Taqiuddin.
“Ya, orang tu baru je keluar” kata Dina sambil memandang ke arah pintu, “yang tengah bertelefon kat luar tu” tambah Dina sambil menunjuk ke arah pintu depan Cafe.
Taqiuddin berpaling ke belakang melihat seorang wanita yang sedang membelakangkan pintu Cafe sebelum berpaling semula ke arah Dina.
“Dia pun beli takeaways , mesti berbuka puasa kat office juga” komen Taqiuddin selepas melihat belakang wanita yang sedang berbual di telefon.
Dina tersengih sambil menganggukkan kepala.
“Ya” jawab Dina. Di belakang skrin menu, Dina kemudian menggelengkan kepala.
Setelah menunggu beberapa minit, Taqiuddin mengambil pesanannya dan keluar dari Cafe sambil menolak pintu sebelah kanan sambil memandang skrin telefon bimbit. Pintu kiri pula di tarik dari luar ketika Taqiuddin masih memandang skrin telefonnya untuk membalas pesanan ringkas yang baru diterima dari kekasih hati.
~~~~~~~~
“Dina.. aku nak tambah order” kata Lana biarpun belum sambil ke kaunter.
Dina mencekak pinggang dan kemudian mengangkat kedua-dua tangan ke udara sambil membulatkan mata memandang kehadiran Lana.
Lana menghentikan langkah.
What? kau tak nak aku datang ke Cafe kau ke?” tanya Lana sambil menarik muncung.
Dina menggenggem ke dua-dua tangan dan memandang ke arah pintu. Kelihatan lelaki itu masih lagi di hadapan pintu dan sedang memandang ke arah telefon bimbit. Dina mengisyaratkan tangan ke pada Lana agar Lana berpaling.
Lana berpaling sambil memandang sekeliling dan memandang semula ke arah Dina bila dia tidak menjumpai apa-apa yang menarik untuk dipandang.
Dina memberi isyarat sekali lagi.
Lana sekali lagi berpaling dan hanya melihat seorang lelaki yang sedang membelakangi pintu Cafe dan sedang berjalan ke arah ruangan tempat letak kereta.
Dina menepuk dahi.
“T!” kata Dina dengan lantang kepada Lana yang sedang bingung melihat ke arahnya.
“Kau nak teh tadi ke? Ei.. buruk sikunya kau” kata Lana pula.
Dina mengeluh panjang sambil menggelengkan kepala. Tidak dapat berkata apa-apa.
Sementara Lana masih kebingungan dengan kerenah Dina yang tiba-tiba pelik itu. 

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37