Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Friday, July 13, 2018

Open House Sekolah Cinta 2018 part 4

Open House SekolahCinta part 4

'Sometime, love will find it's way .. in weird and unexpected ways but still realistic and magical' -SC, 2018

“Dan ini kad jemputan aku” Kyriell meletakkan kad jemputan di atas meja Mukhriz sebelum menarik kerusi di hadapan Mukhriz.
“Kahwin kau ni jadi penutup rayalah kan?” kata Mukhriz selepas memandang ke arah kalendar di tepinya. Mukhriz mengambil pen dan menandakan tarikh majlis Kyriell di kalendar tadi. Mukhriz memandang semula ke arah kad jemputan dan mengerut dahi.
“Nathalie?” Mukhriz memandang ke arah Kyriell. Selama ni dia tidak pernah berjumpa bakal tunang Kyriell. Perkenalan dengan Kyriell pun baru setahun jagung, sudah tentu dia tidak begitu mengambil tahu urusan peribadi Kyriell.
“Hah.. Nathalie Anayli.. nama yang cukup pelik” kata Kyriell sambil tersenyum.
Mukhriz masih lagi kehairanan. Kali terakhir dia mendengar cerita Nathalie, perempuan itu sudah bertunang dengan seorang lelaki bernama Iskandar. Huh, tapi tiada yang pelik. Cinta dia sendiri terputus di tengah jalan.
“Oh ya, kau mesti datang sebab aku dengar Nathalie ada ramai bridemaids, mana tahu terlekat seorang dengan kau” kata Kyriell sambil menjongket kening sebelah berkali-kali.
Mukhriz terdiam, satu nama muncul di memorinya. Mukhriz cepat-cepat menggelengkan kepala.
No, thanks. Aku dah bosan dengan match-maker semua ni. Kalau ada jodoh, adalah” kata Mukhriz sambil menyandarkan badan di kerusi.
Kyriell ketawa sambil menggelengkan kepala.
“Macam mana dengan Amira?” kata Kyriell sambil mengangkat kening sebelah.
Mukhriz tergelak.
“Amira? Hurm.. dia, pelik” kata Mukhriz sambil mengerut kening, “lagipun, aku anggap dia macam kawan sekerja je” jelas Mukhriz.
Kyriell pandang Mukhriz dan kemudian menggeleng kepala.
“Apa kata, kau bawa Amira pergi kahwin aku. Mana tau, tiba-tiba rasa spark of feeling atau sesuatu. Sampai bila nak membujang macam ni. Setiap malam buat research di library, macam dah terurus dah kau ni” kata Kyriell memberi cadangan. Walaupun dia tahu Mukhriz bukanlah selalu terpacak di pejabat atau di perpustakaan. Kadang-kadang, dia perasan juga apabila Mukhriz ponteng kerja.
Mukhriz tergelak.
“Bawa Amira ek? Hurm.. tengoklah dulu” kata Mukhriz, kemudian dia terfikir. Kalau itu majlis perkahwinan Nathalie, semestinya kemungkinan untuk dia terserempak dengan seseorang amat tinggi. Takkan dia pergi sendiri, dia perlu kelihatan seperti pemenang selepas perpisahan mereka.
~~~~~~~~~~
Nieylla mahu menjerit, menangis dan tergelak dalam masa yang sama. Perasaannya menjadi kucar-kacir seperti juga majlis pertunangan ringkas yang sedang dirancang oleh dia dan Taqiuddin.
“Macam mana kau boleh tak ingat yang kau kena outstation pada hari kau rancang nak bertunang?” tanya Lulu yang duduk di birai katil milik Nieylla.
“Siapa yang jangka dia akan bekerja pada hari ketiga raya” jawab Nieylla dengan lantang.
“Orang yang kerja di PLUS, TNB, KFC..” Lulu mula menyenaraikan syarikat-syarikat yang masih memerlukan pekerja bekerja ketika hari raya tanpa mengendahkan jelingan tajam dari Nieylla.
“Pihak Media” tambah Amy pula yang duduk di kerusi meja solek.
Nieylla menyebamkan muka pada bantal.
“McDonalds, Menate, Marry Brown, Auntie Anne’s Pretzel..” sambung Lulu lagi.
Berbulu mata Nieylla melihat gelagat Lulu sebelum menerkam Lulu dengan bantal.
Lulu tergelak kuat.
“Aku laparlah” kata Lulu membela diri selepas menyenaraikan pelbagai nama restaurant yang membuatkan air liurnya hampir mengalir di tepi bibir. Tapi apakan daya, jam baru menunjukkan jam 12 tengah hari.
“Apa kata kau tangguhkan majlis tu, buat waktu minggu kedua raya?” Amy memberi cadangan tanpa mengendahkan Lulu dan Nieylla yang sedang memukul sesama sendiri dengan bantal.
“Tak boleh, T pula outstation waktu tu dan dia mahu ada di sini waktu majlis tu berlangsung” jawab Nieylla.
“Dia tak payah ada waktu majlis pun” kata Lulu sambil bergerak ke arah meja solek untuk memastikan solekan di wajah tidak terusik selepas diserang oleh Nieylla menggunakan bantal.
T nak ada di sini” jawab Nieylla lagi seperti memberi kata putus yang majlis tak akan berlangsung pada minggu kedua raya.
“Minggu ketiga?” tanya Lulu pula.
“Aku ada kerja yang tak boleh ditangguh dan akan sangat sibuk waktu tu” kata Nieylla sambil duduk di birai katil sambil memandang Amy dan Lulu yang sedang berpandangan.
“Minggu last raya?” tanya Amy lagi.
“Nathalie kahwin. Kau nak dia bunuh aku ke?” jawab Nieylla dengan cepat.
“Kau ni nak bertunang ke tak? Banyak sangat alasan.. bertunang satu hari je kan. Kau tak ada pun tak apa kot. Bukan ada anak dara lain kat rumah kau ni. Mak si Taqiuddin tu pun bukan tak kenal kau. Tapi masalahnya sekarang, kau nak ke tak bertunang ni?” tanya Lulu lagi dan lagi. Semakin pelik dengan tingkah Nieylla yang seperti mengelak dari majlisnya sendiri.
Amy dan Lulu memandang Nieylla sambil menunggu jawapan.
Nieylla menjongket bahu perlahan sambil tersenyum sumbing.
“Penyelesaiannya sekarang, kami nak tangguh majlis tunang tu ke…” Nieylla seakan tidak pasti, “bulan berikutnya.. atau someday?” kata Nieylla dengan dua kening hampir bertembung satu sama lain.
Amy hanya mampu mengeluh. Makin pening kepala ibu mertuanya, merangkap ibu Nieylla lepas ni.
Lulu pula hanya mampu menggelengkan kepala. 


No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37