Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Sunday, July 15, 2018

Open House Sekolah Cinta 2018 Part 6

Open House SekolahCinta part 6

'First love is overrated, second love can be tricky.. last love will be the ultimate'

“Auch! Tengoklah ke mana awak nak jalan” marah Amira selepas terlanggar Adam dari belakang.
Adam mengerut dahi. Dia memandang ke arah Amira.
“Perempuan ting tong dari Melaka” kata Adam agak terkejut bila memandang wanita itu.
Amira mengetap gigi bila mendengar panggilan Adam.
Adam tersenyum nipis. Wajah wanita itu, masih tidak berubah sejak sepuluh tahun lalu. Misteri membuatkan dia sering terkenang wanita itu, kerana wanita itu sering bersendirian. Dua tahun lalu, di Melaka, dia berjumpa lagi dengan wanita itu. Biarpun sudah sepuluh tahun, tiada perubahan di wajah wanita itu. Genetik mungkin? Bisik hati Adam.
“Kau?” Amira itu membulatkan mata memandang ke arah Adam.
“Budi bahasa budaya kita!”
Amira terus teringat sindiran lelaki di hadapannya ketika mereka berjumpa di Melaka dua tahun lalu. Dia mengingati lelaki itu kerana kelantangan lelaki itu berulang kali menyindir dirinya setiap kali mereka terserempak di Kota Melaka.
“Bagus, awak ingat saya juga” kata Adam sambil tersenyum kepada Amira.
Amira menjeling sambil menggelengkan kepala. Malas mahu berbalah dengan wanita itu. Dia terus berjalan meninggalkan lelaki itu tanpa membalas kembali perlian Adam.
“Saya tahu rahsia awak” kata Adam setelah Amira beberapa langkah jauh darinya.
Amira berhenti tanpa berpaling.
“Pelik, saya tak ada simpan apa-apa rahsia” kata Amira sambil memandang sekilas ke arah Adam.
“Bila kita jumpa lagi, saya akan ada bukti untuk bongkarkan rahsia awak, princess” Adam memandang ke arah Amira, salah satu sebab dia dan Lana berpisah kerana keobsesannya untuk mencari bukti untuk menyokong teori gilanya. Puteri Melaka yang disembunyikan.
“Selamat berjaya” kata Amira tanpa memberi sebarang komen. Dia berpandangan dengan Adam dan kemudian tersenyum tepi sebelum meninggalkan Adam di koridor yang lengang itu.
~~~~~~~

“Ibu Aisya,” kemudian Zahra, Mak arwah Darul menutup mulutnya, walaupun sudah bertahun bertemu dengan Amira semula, dia masih memanggil Amira dengan gelaran yang biasa di mulutnya ketika kecil dahulu, “Amira” kata Zahra sambil tersenyum malu apabila sekali lagi tersasul.
Amira tergelak kecil.
“Kamu membuatkan saya teringat mengenai usia sebenar saya” kata Amira sambil tergelak. Amira yang sedang duduk, berdiri mendekati Zahra.
“Dan Amira, buat saya membayangkan yang saya masih seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang berjumpa kembali dengan ibu angkatnya” kata Zahra pula sambil memegang tangan Amira.
“Indahkan waktu itu? Biarpun mengenang kenangan lalu kadang-kadang membuatkan hati terasa walang, namun kadang-kala ianya mengubat kerinduan kepada yang sudah pergi” kata Amira sambil menepuk perlahan tangan Zahra.
“Kita akan menyusul tak lama lagi,” kata Zahra sambil tersenyum.
In shaa Allah” jawab Amira seakan tidak sabar menantikan hari itu.
“Jadi, kita nak ke mana dulu ni?” tanya Zahra sambil memandang ke sekeliling pusat membeli belah, tempat dia berjanji dengan Amira.
“Kita pusing-pusing dulu” kata Amira sambil berjalan seiring dengan Zahra. Orang-orang sekeliling mungkin menganggapnya sebagai ibu dan anak, Amira anak dan Zahra adalah ibu. Tiada yang akan menyangka yang sebaliknya.
~~~~~~~~~~
Adam menggaru kepala dan memandang ke arah koleksi baju melayu di hadapannya. Bingung memilih dari pelbagai pilihan di hadapannya biarpun semua rekaan kelihatan sama. Kecuali baju melayu yang kononnya hipster. Bagi Adam yang begitu menitikberatkan budaya melayu, rekaan baju hipster itu tidak patut digelar sebagai baju melayu.
“Warna ni yang paling dekat dengan warna Aisy dan Awi” kedengaran suara seorang wanita sedang memegang baju melayu berwarna hijau kebiruan.
Adam memandang ke arah baju di tangan wanita itu. Menarik juga, bisik hati Adam.
“Baju Hani sama tak macam ni?” tanya si suami yang sedang mendukung seorang budak lelaki berusia setahun lebih.
“Tak sama sangat, tapi nanti Hani pakailah tudung dekat-dekat warna ni. Baru sepasangkan?” jawab si isteri, “atau kena beli baju baru?” tanya si isteri lagi dengan senyuman penuh makna kepada si suami yang mula cuak seperti sedang mengira perbelanjaan.
 Adam menggosok belakang leher. Terfikir adakah dia harus selaraskan warna  dengan Lana pada majlis yang diadakan oleh bos Lana. Tapi dia tidak tahu warna apa yang dipilih oleh Lana.
“Ingat tak dulu yang abang pernah rosakkan langsir rumah?” kata si isteri dengan jelingan tajam, selepas selesai memilih baju untuk si suami, “rasa geram pula bila ingat pasal tu, lepas ni kita cari langsir barulah” isteri terus membuat keputusan.
“Ek?? apasal pula?. Kan abang dah ganti terus langsir tu?” debat si suami pula apabila mereka berjalan ke arah kaunter.
Adam mengerut dahi melihat drama sebabak itu sebelum memandang semula deretan baju di hadapannya. Tanpa berfikir lebih lama, Adam terus mengambil baju berwarna biru muda dan terus membayar.
~~~~~~~~~~~~
“Tak pe, saya tunggu di luar” kata Amira selepas membantu memegang barang belian apabila Zahra mengatakan mahu singgah ke tandas.
Amira memandang ke arah jam dan kemudian ke arah sekeliling pasar raya. Kelihatan ramai yang sedang membeli belah dan membuat bersiapan akhir untuk raya.
Well… kita jumpa lagi” kata Adam yang berhenti di tepi Amira.
“Encik…” Baru Amira sedar yang dia tidak pernah tahu nama lelaki yang sering muncul secara tiba-tiba itu.
“Adam” kata Adam memperkenalkan diri.
Namun Amira tidak memperkenalkan dirinya kepada Adam.
“Tunggu siapa?” tanya Adam selepas beberapa saat menunggu wanita itu memperkenalkan dirinya.
“Kawan” kata Amira.
Zahra keluar dan mengerut dahi melihat Adam di sebelah Amira.
“Ibu…” Panggil Zahra yang baru keluar dari tandas dan kemudian mengetap bibirnya. Tersasul lagi.
Amira dan Adam memandang ke arah Zahra.
 “Siapa? tanya Zahra. Hairan kerana sejak Darul, Amira kelihatan mengelak dari berkawan dengan sesiapa.
Adam mengerut dahi bila ‘kawan’ yang dimaksudkan oleh Amira jauh lebih tua dari yang Adam bayangkan. Ibu kepada Amira atau Mak Cik Amira? Tanya Adam dalam hati.
“Saya Adam. Jiran dengan..” Adam memandang ke arah Amira, dia masih tidak tahu nama Amira, “dia ni waktu di Perlis dulu” kata Adam sambil menunjuk ke arah Amira.
Amira mengerut dahi. Dia pernah tinggal di Perlis pada tahun 1870, 1992, mana mungkin dia dan lelaki itu berjiran ketika itu. Namun dia teringat yang dia pernah kembali ke perlis selama setahun, 2008. Amira mula cuak. Itu rahsia yang Adam katakan? Adakah lelaki itu benar-benar tahu mengenai rahsianya.
“Oh” Zahra berbalas pandangan dengan Amira, “oh.. waktu Amira ni belajar di Perlis kan..Amira ni jenis pendiam. Tahulah Amira, berat mulut. Tak pandai berkawan” kata Zahra cuba berlagak seperti biasa biarpun dia tahu pasti lelaki itu tertanya-tanya mengenai wajah Amira yang tidak berubah biarpun sudah bertahun sejak mereka berjumpa.
“Mari pergi, dah dekat nak berbuka” kata Amira apabila memandang ke arah Zahra.
“Ha’ah.. marilah. Dah lama sangat kita berjalan” Zahra kemudian memandang ke arah Adam, “kami balik dulu. Nanti pak cik Amira ni tertunggu-tunggu pula”  kata Zahra memberi alasan.
Adam menganggukkan kepala sambil tersenyum. Dia menghantar langkah kedua-dua wanita itu dengan pandangan.
Amira berpaling seketika memandang ke arah Adam. Kelihatan lelaki itu sedang mengerut dahi sambil memandang ke arah mereka. Amira mengetap bibir. Tidak apa, tiada lagi rahsia yang patut dia sembunyikan. Dia sudah bebas dari sumpahan. Bisik Amira di dalam hati kerana mahu menenangkan hatinya yang mula gundah.


No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37