Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, October 7, 2021

Tiada Drama di Kampus : Bab 1

 Bab 1

Tahun 2016

“Fera tengah buat apa ni?” Refa yang baru masuk ke bilik Feralina hairan apabila Feralina mengemas semula baju-baju yang disusun Refa dan dimasukkan semula ke dalam almari, “Fera..stop it,” Refa mengambil semula baju yang berlipat dan dimasukkan semula ke dalam beg pakaian di atas lantai.

Auntie!”

Refa menunding jari ke arah Feralina apabila gadis itu meninggikan suara. Refa mengetap rahang.

“Fera tak nak pergi sana! Fera selesa di tempat lama. Auntie please..

“Patutnya Fera fikir benda tu sebelum Fera sebarkan maklumat kawan kelas Fera kepada umum. Yes! Dia buat salah dengan Fera juga. But you of all the people should know and understand the consequence of your action. Fera dah pernah rasa apa dia rasa.. dilayan seperti bahan berita semata. Auntie dah tak kenal Fera sekarang ni,” Refa kelihatan sangat hampa.

“Kemas barang Fera. Nanti abang Amir hantar kita ke Angsana,” kata Refa sambil memandang ke sekeliling bilik Feralina.

“Fera takkan pergi,” Feralina memeluk tubuh.

Auntie bagi masa sepuluh minit,” kata Refa dengan tegas, “kemas baju Fera, mandi dan bersiap. Hari ni Fera kena daftar di Angsana.”

Feralina terduduk apabila Refa meninggalkannya berseorangan di dalam bilik. Feralina menolak semua barang-barang di atas mejanya ke lantai. Termasuk pen merah pemberian terakhir dari ayahnya. Dia berlari ke katil dan menjerit pada bantal.

~~~~~

Hey, I beli nasi lemak dari gerai hujung tu,” Amir meletakkan bungkusan makanan di atas meja, “kenapa?” tanya Amir apabila Refa kelihatan bermuram. Dia menarik kerusi di sebelah Refa.

Refa mengelap mata yang basah.

“I tak boleh,” Refa menggelengkan kepala, “I tak boleh biarkan dia duduk di kampus tu seorang diri. Kita cari universiti lain. Fera tak payah tinggal jauh dari kita,” kata Refa apabila Amir duduk di sebelahnya, “atau dia boleh belajar secara online. Whatever it takes,” tambah Refa sambil memandang Amir yang menuangkan air putih ke dalam cawan.

Amir menghulurkan cawan berisi air kepada Refa.

Okay, pertama sekali, you tarik nafas panjang-panjang,” Amir memandang tepat ke mata Refa sebelum menarik kotak tisu dan diberikan kepada Refa, “kedua, kita dah cuba. Tak banyak universiti yang sesuai untuk dia dan Angsana adalah pilihan yang terbaik. Flexible,” tambah Amir. Dia tahu Refa faham maksudnya mengenai Angsana.

You mesti belajar lepaskan dia Refa. Dia dah besar dan you lindungi Fera sampai dia sendiri percaya yang dia takkan selamat di luar sana seorang diri. You bagi dia mesej yang bercampur baur. I faham.. apa yang you dan Fera lalui sangat teruk. I faham kenapa you masih tak dapat lupakan peristiwa tu. Tapi Refa, sekarang ni awak projecting trauma awak kepada Fera,” Amir menarik nafas panjang.

Refa mengelap hidungnya dan masih lagi tersedu.

“I rasa lebih bagus macam ni. You  dan Fera perlukan ruang berasingan. Mungkin dengan begitu, korang berdua boleh sembuh dari peristiwa tu,” panjang lebar Amir menasihati Refa.

Amir berjalan ke arah jaket hitam miliknya yang diletakkan di atas sofa. Dia mengorek poket baju dan mengeluarkan sebotol ubat. Dia memberikan botol ubat tersebut kepada Fera.

“Ubat Fera mesti dah habis. I ambilkan untuk dia.”

Refa mengangguk sambil mengambil botol ubat tersebut.

“I cuma nak yang terbaik untuk Fera. Dia amanah kakak I,” kata Refa perlahan sambil memegang botol ubat tersebut.

“Fera tahu.”

Amir dan Refa sama-sama memandang ke arah Feralina yang menuruni tangga. Gadis itu selesa memakai baju t-shirt bersaiz dua kali lebih besar dari tubuhnya yang kecil bersama baju hoodie berwarna biru lembut dan seluar jeans. Rambut paras bahu diikat sekemas yang mungkin.

“Fera kena selesaikan juga pengajian Fera,” katanya dengan perlahan sebelum berjalan ke arah Amir dan Refa, “abang Amir, tolong ambilkan beg baju Fera kat atas. Fera dah kemas tadi,” katanya kepada Amir sebelum memandang Refa.

“Fera tahu Auntie nak yang terbaik untuk Fera. Fera janji akan buat yang terbaik dan takkan buat masalah lagi. No more drama. Janji!” Fera mengangkat tangan seperti sedang mengangkat sumpah. Dia turut tersenyum apabila melihat senyuman terukir di bibir Refa. 

Klik sini untuk baca  👉Prolog👈 | 👉Bab 2👈

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37