Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Thursday, October 7, 2021

Tiada Drama di Kampus : Prolog

 Hai.. Jemput baca ya. Jangan lupa tinggalkan komen ๐Ÿ’—๐Ÿ’—

Prolog

Tahun 2021

“Boleh tak kita berhenti sekejap,” katanya kepada jurusolek yang sedang menyusun alat-alat solek. Dia bingkas bangun dari kerusi solek selepas jurusolek tadi keluar dari bilik persalinan. Dia pandang baju kurung yang tergantung yang mempunyai sulaman bunga putih dan beratus butir manik putih.

“Macam mana Fera boleh sampai ke sini? Fera masih tertanya-tanya sampai sekarang ni. Macam Fera masih bermimpi,” kata Feralina sambil memandang cermin meja solek, dia menarik nafas panjang apabila melihat wanita kedua di dalam hati selepas ibunya. Refa Afira. Wanita yang dia panggil Auntie. 

“Fera benci Auntie waktu tu,” Feralina tersenyum nipis bila mengingati waktu itu, “waktu Auntie paksa Fera untuk belajar di Angsana. Tapi tak sangka, hidup Fera berubah seratus lapan puluh darjah selepas masuk ke kampus tu,” dia tersenyum kepada Refa dari biasan cermin meja solek.

“Terima kasih,” Feralina mengetap bibir untuk menahan dirinya dari menangis dan sekaligus merosakkan solekan di wajahnya, “untuk semua yang Auntie dah buat untuk Fera.”

“Dah sedia?” jurusolek muncul di muka pintu.

Dia terus mengelap mata yang basah dan menganggukkan kepalanya.

“Kenapa? Gemuruh? Nak I tolong you lari dari dewan ni?” tanya jurusolek tersebut membuat dia ketawa.

No,” jawabnya dengan senyuman yang melekat di bibir, “He is the one,” Dia tersenyum lebar.

Mahkota diletakkan di atas kepalanya setelah jurusolek tadi membuat kemasan terakhir pada wajahnya. Feralina memandang biasan dirinya melalui cermin. Dadanya berdegup kencang apabila kasut tumit tinggi dipasangkan ke kakinya.

You akan kahwin dengan seorang kawan dan kekasih yang misi hidup dia adalah untuk membahagikan you. Jangan risau sangat. You dah buat keputusan yang terbaik,” kata jurusolek yang sedang mengemas alat solek.

Feralina menganggukkan kepala dan menarik nafas panjang.

Okay, are we ready?” 

Pengurus perkahwinan muncul di depan muka pintu.

“Sebab pengantin lelaki dah dua belas kali keluar masuk tandas. Kalau lagi lama kita mula, mungkin the groom akan menetap kat dalam tandas tu terus sampai bila-bila,” jelas pengurus perkahwinan itu sambil bergurau.

Feralina tergelak kecil apabila mendengar cerita pengurus perkahwinan itu. Sejak tadi dia menerima pelbagai mesej di telefon bimbitnya. Namun dia tahu yang dia boleh bergantung harap dengan tiga orang pengapit lelaki untuk menjaga dan menenangkan tunangnya.

Okay, jom”

~~~~~~

Disebabkan situasi semasa, dia bersyukur kerana majlis mereka hanya dihadiri oleh rakan-rakan rapat dan beberapa orang ahli keluarga sahaja. Dia yang sedang duduk di atas pelamin cuba mengintai di sebalik kipas pengantin yang menutupi mukanya apabila mendengar suara riuh rendah dari tetamu.

‘Ah, tu mesti grand entrance dari The Four Hot Guys Universiti Angsana,’ bisik hatinya.

Kelihatan empat orang lelaki berjalan hampir seiringan dan kemudian berhenti di hadapan Tok Kadi. Kesemua mereka memakai baju melayu berwarna putih. Sesuai dengan tema yang telah dirancang.

Feralina menahan gelak apabila keempat-empat lelaki itu sempat membuat sketsa di hadapan Tok Kadi apabila masing-masing cuba melabuhkan punggung di atas bantal bulat yang diletakkan di hadapan Tok Kadi.

Feralina dan tunangnya itu sempat berganti senyuman.

Kafi, pemuda berkulit kuning langsat menolak Afid, si tinggi yang ingin duduk bersila di atas bantal tersebut. Lokman, pemuda yang lagaknya seperti supermodel terkenal negara mengambil kesempatan di atas adegan antara Kafi dan Afid dengan duduk di hadapan Tok Kadi sambil bersila namun bahu dipegang oleh Sayd, si hidung mancung yang mempunyai lesung pipit di tepi bibir. Sayd dengan yakin memberi signal kepada Lokman untuk beralih dari situ.

Tok kadi ternga-nga melihat adegan tersebut sebelum memandang ke ke arah salah seorang saksi yang duduk di sebelahnya.

“Yang mana satu pengantinnya?” tanya Tok Kadi dengan dahi yang berkerut.

“Ini!” jawab ketiga-tiga orang pemuda sambil menunjuk ke arah tunang Feralina yang sedang tersenyum gemuruh.

Feralina cepat-cepat menekup mulutnya apabila gelaknya hampir tersembur melihat wajah bingung Tok Kadi. Si dia sempat mencuri pandang ke arah Feralina dan mengenyit mata.

“Hoi! Belum sah! Sempat lagi menggatal,” Si rakan terus menolak bahu tunang Feralina untuk duduk di hadapan Tok Kadi.

Feralina menggeleng kepala sambil tersenyum di sebalik kipas yang menyembunyikan wajahnya. Cinta pandang pertama? Bohong. Cinta sebegitu hanya cinta yang ada dilayar perak dan dalam penulisan. Sebaliknya Feralina dan si dia memerlukan beberapa peristiwa, berpuluh perbualan, berjuta kali pandangan. Kemudian, tanpa semena-mena, perasaan itu hadir dan tidak pernah surut lagi selepas itu.

Klik sini untuk ke ๐Ÿ‘‰ Bab 1

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37