Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, October 12, 2021

Tiada Drama di Kampus Bab 10

Bab 10

“Awak duduklah dulu kat meja depan. Kat sini masih bersepah,” Feralina menggaru lehernya, “saya kena bersihkan dulu semua ni,” tambahnya sebelum tunduk mengambil dulang yang terpelanting tadi.

Lokman tersenyum lebar apabila melihat Feralina yang serba tak kena.

“Biar saya tolong.”

“Eh tak apa. Saya boleh kemas sendiri,” Feralina menghalang dengan cepat sebelum duduk untuk memungut pinggan yang pecah.

“Takkan saya nak duduk diam sambil tengok gadis cantik macam awak ni buat kerja,” kata Lokman sambil membantu mengutip pecahan pinggan dan diletakkan di atas dulang.

“Tapi ini memang kerja saya,” jawab Feralina sebelum menyeringai apabila jarinya terluka selepas terkena pecahan gelas.

“Apa dah jadi ni? Fera?” Erna yang baru keluar dari dapur terkejut melihat darah yang mengalir dari tangan Feralina.

“Ada first aid kit tak?” tanya Lokman sebelum membawa Feralina ke singki untuk mencuci luka tersebut. Lokman mengeluh lega apabila melihat luka tersebut tidak begitu dalam.

Lokman memandang Feralina yang masih terdiam sepanjang dia menyapu ubat dan membalut luka di jari gadis itu.

“Fera, kau okay tak?” Erna yang baru selesai membersihkan pecahan pinggan dan gelas hairan apabila Feralina terdiam sejak tadi. Seakan berkhayal.

Lokman melambaikan tangan ke muka Feralina.

Feralina terkebil-kebil sebelum menelan air liur kesat, “ya,” katanya perlahan. Matanya masih memandang jarinyanya, “ya,” jawabnya lagi, “aku okay,” katanya kepada Erna sebelum tersenyum nipis.

Feralina pandang Lokman.

“Terima kasih,” katanya sebelum berdiri dan melangkah masuk ke dalam bilik loker.

Erna dan Lokman bertukar pandangan apabila Feralina terus berlalu seperti itu.


Klik sini untuk baca 👉Bab 9👈👉Bab 11👈

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37