Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, October 12, 2021

Tiada Drama di Kampus Bab 8

Bab 8

Feralina mengambil buku nota dengan lemah sebelum pandang Erna dengan muka sepuluh sen. Dia menjuih bibir apabila Erna berlagak seperti tidak mengendahkannya.

“Semalam kau kata, kau sayang aku.”

Erna tersengih apabila mendengar kenyataan Feralina.

“Fera, aku sayang kau,” Erna mengetatkan ikatan tali apron yang sedang dipakai, “tapi tak cukup untuk hadap minah-minah tu,” tambah Erna sebelum melarikan diri ke dapur.

“Erna.. urgh!” Feralina memandang tiga orang gadis yang sedang mengambil gambar dari semua sudut kafe. Dia kenal salah seorang dari gadis itu. Ratu Angsana. Macam mana mereka boleh terjumpa jalan ke kafe ini. Feralina mengeluh panjang sebelum berjalan menuju ke meja yang dipilih oleh tiga gadis itu.

“Selamat tengah hari. Boleh saya ambil pesanan? Menu istimewa hari ini ialah Mee Kari set dengan teh lemon ais,” kata Feralina dengan seceria yang mungkin. Dia mengeluarkan buku nota dari dalam poket apron.

“Tak nampak ke kami masih tengok menu ni?” Seorang gadis berambut perang mengerling tajam ke arah Feralina.

“Biasalah kalau Kafe kecil macam ni Dina. Pelayan nak cepat je ambil order. Lepas tu duduk termenung di belakang kaunter. Tak ada standard,” kali ini gadis berambut pendek paras leher tersenyum sinis sambil membelek buku menu.

“Farah, you nak makan apa?” tanya si Ratu Angsana selepas memandang sekilas ke arah Feralina.

“Um.. tak tahu. Eh, Eryn..you dah tengok video ni?” Farah meletak semula buku menu sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya, “budak junior berani bagi coklat dengan Afid. Siap berhenti di depan Afid pula tu. Tak malunya,” kata Farah sambil menunjukkan skrin telefon kepada Eryn si Ratu Angsana.

“Habis tu Afid terima tak?” Dina, si rambut perang pula menyampuk.

Feralina cuba mengekalkan senyuman. Tahan hati bila terpaksa jadi patung cendana di tepi meja sementara menunggu gadis-gadis itu bergosip.

Eryn mendiamkan diri sambil melarikan pandangan ke arah buku menu tanpa memandang ke arah skrin telefon milik Farah.

Ceasar salad dengan Sky juice for me,” Eryn menyerahkan buku menu kepada Feralina, “cepat sikit,” tambah sambil memandang tajam ke arah Feralina.

Feralina mengangguk sambil tersenyum lebar. Berusaha menyabarkan hatinya.

“Oh wow.. Afid terimalah coklat dari budak tu.”

Eryn mengetuk meja di hadapan Dina apabila kawannya itu masih lagi melihat video yang ditunjukkan oleh Farah tadi.

Farah mengambil telefon bimbitnya dari Dina apabila merasakan yang Eryn mula jengkel dengan video tersebut.

Um, avocado toast for me, Dina terus membuat pesanan.

“Sama. Air, I nak lemon ais. Tak payah gula,” kata Farah sebelum kembali memandang telefon bimbit.

“Oh, I pun lemon ais, kurangkan gula. Taknak manis. Tak nak tawar.” Pesan Dina pula.

Feralina senyum sambil menulis pesanan ketiga-tiga gadis itu. Dia kembali ke kaunter sambil menggeleng kepala kepada Erna dengan pandangan tidak puas hati kerana menyerahkan tugas melayan ketiga-tiga gadis kepadanya. 

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37