Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, October 12, 2021

Tiada Drama di Kampus Bab 7

Bab 7 

“Ahhhh! Afid, tengok sini please...”

“Abang Afid, tolong bagi coklat ni dengan Abang Sayd,” seorang pelajar menerpa di hadapan Afid sambil menghulurkan coklat kepada Afid yang sedang berjalan menuju ke bilik loker. Afid mengambil coklat tersebut dan mengucapkan terima kasih sebelum menolak pintu bilik loker.

Afid mengeluh lega apabila keriuhan tadi menjadi perlahan selepas melangkah masuk ke dalam bilik loker. Afid meletakkan coklat tadi ke dalam loker milik Sayd yang sememangnya penuh dengan pelbagai jenis makanan ringan.

“Aku rasa telinga aku macam nak meletup,” kafi keluar dari tempat mandi sambil mengelap rambut yang masih basah, “aku masih terdengar jeritan budak-budak tu kat telinga aku ni,” tambah Kafi yang masih bertuala sambil menepuk-nepuk telinganya.

“Wei! siapa pakai syampu aku ni?” Sayd mencekak pinggang sambil merenung rakannya yang serta merta mengelak dari pandangannya. Dia mengeluh dan meletakkan botol syampu yang tinggal separuh ke dalam lokernya.

“Aku tak tahu kenapa coach suka sangat buat latihan terbuka. Aku tak boleh nak fokus,” kata Afid sebelum menarik keluar tuala dari beg gim miliknya.

“Aku tak tahu kenapa korang nak negatif sangat,” Lokman keluar dari tempat mandi dengan bertuala paras pinggang.

Afid, Kafi dan Sayd merenung Lokman.

Lokman mendepakan tangannya dan sekaligus memperagakan otot-otot yang ada padanya.

“Aku ada ni,” kata Lokman dengan muka penuh bangga menunjuk ke arah perut yang tidak kelihatan sebarang lebihan lemak, “takkan aku nak sembunyikan. Jadi aku bersedekah. Biar budak-budak tu cuci mata,” kata Lokman sambil menjongket kening ke arah Sayd.

Sayd tersenyum dan menggeleng kepala sementara Kafi terus melibas tuala kecil ke arah Lokman.

“Riak,” komen Afid. Ingin dia menepuk kepala Lokman namun telefon bimbitnya tiba-tiba berdering.

“Mesti panggilan dari Ms. Cinderalla,” teka Lokman dengan senyuman, “punya ibu tiri,” sambungnya sebelum bertepuk tangan dengan Kafi sambil tergelak kecil.

Kruk.. perut Sayd berbunyi ketika dia sedang menguyah keropok.

“Siapa tahu di mana Love Kafe?”  ini kali pertama Afid mendengar nama tersebut selepas tiga tahun belajar di Angsana. Dia meletakkan telefon bimbit ke dalam beg gim selepas menamatkan panggilan.

“Oh, Love Kafe dekat simpang tiga sebelum sampai ke pagar B,” jawab Sayd sebelum terkebil-kebil apabila Lokman merampas kek lapis Apollo dari tangannya.

Love Kafe? Tak ada nama yang lebih macho ke?” komen Lokman sambil menguyah kek lapis Apollo.

Korang nak makan tak? Kita makan kat situ. Eryn dengan kawan-kawan dia ajak makan kat situ,” pelawaan Afid membuatkan masing-masing terdiam dan berpandangan sesama sendiri.

“Aku nak ambil adik aku, Pak Mail Cuti.”

“Aku kena bawa Puan Director Angsana pergi pasar.”

Serentak dan senafas. Kafi dan Sayd cepat memberi alasan selepas bertukar pandangan.

“Aku kena tanam lipas mati,” alasan dari Lokman. Dia mengeluh apabila tersedar yang dia sudah terlambat memberi alasan. Dia menjongket bahu apabila kawan-kawannya pelik mendengar alasan yang tak masuk akal darinya.

Okay… aku pergi dengan kau. Makan di kafe tak macho dengan mak tiri dan Kakak-kakak tiri Cinderalla,” katanya dengan nada sebal.

“Wah, ikhlasnya,” kata Afid dengan nada sarkastik. 

Klik sini untuk baca 👉Bab 6👈👉Bab 8👈

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37