Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, October 12, 2021

Tiada Drama di Kampus Bab 5

Bab 5 

“Lambat sepuluh minit,” laung Erna apabila Feralina bergegas masuk ke dalam kafe. Mujur tidak ramai pelanggan ketika itu.

Feralina tersengih sambil membuka pelitup muka.

Sorry.. lecturer aku tak berhenti bercakap tadi,” jawab Feralina sebelum berlari ke bilik loker untuk meletak barang-barangnya. Feralina mengambil apron hitam yang mempunyai logo Love Kafe bertinta emas dan dipasangkan ke pinggangnya. Dia menarik nafas panjang sebelum keluar dari bilik loker.

“Ingatkan kau tak datang. Aku dah naik bosan kat sini. Aku kena cover shift si Shen malam ni,” kata Erna yang sedang mengelap mesin kopi.

“Kalau aku tak datang, aku bagitahu kau awal-awal,” Feralina mengetatkan ikatan apron sebelum mencuci tangannya dengan laju dan mengelap tangan menggunakan tisu, “sibuk tak hari ni?” tanya Feralina sambil memasukkan pinggan-pinggan di dalam singki ke dalam mesin pencuci pinggan.

“Bolehlah. Ramai juga waktu tengah hari tadi,” Erna tiba-tiba tersenyum apabila telefon bimbitnya berdering, “aku angkat telefon sekejap,” kata Erna dengan senyuman lebar.

‘Tu mesti boyfriend Erna yang belajar di Angsana’. Teka Feralina di dalam hati sambil mengelap kering tangannya.

~~~~~~

Feralina mengurut lehernya sambil berjalan melintasi Kompleks Renang untuk balik ke Kolej Kediaman. Dia memandang jam di tangan. Pagar Kolej akan tutup dalam beberapa minit lagi. Telinganya seakan terdengar bunyi kocakan air dari Kompleks Renang tersebut. Dia mengeluh panjang sebelum meneruskan perjalanannya.

“Eh, Kafi dah blah awalkan tadi? Dia balik tak malam ni?”

Langkah Feralina hampir terhenti apabila mendengar beberapa derapan kaki di belakangnya. Perlahan-lahan dia melangkah ke tepi untuk memberi laluan kepada beberapa orang lelaki di belakangnya.

“Dia kata dia balik juga nanti. Kalau dah lambat sangat, pandailah dia cari jalan nak masuk kampus nanti.”

“Cakap kat dia supaya bawa balik makanan. Aku laparlah lepas latihan.”

Feralina menundukkan kepala. Dia berjalan dengan perlahan seakan tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi.

Opps!” Feralina menekup mulutnya apabila kakinya hampir tersadung batu. Feralina menundukkan kepala sambil menunggu jejaka-jejaka di belakangnya berjalan melintasi dirinya.

Careful,” kata seorang lelaki selepas memandang sekilas ke arah Feralina.

Feralina mengetap bibir dan menendang batu yang dilanggarnya tadi. Geram dengan kewujudan batu tersebut. Dia terjerit kecil dan terjengket-jengket selepas menendang batu yang tidak terkesan dengan tendangannya. Feralina mengangkat pandangan apabila mendengar seseorang tergelak kecil di hadapannya. Pipinya terasa panas.

Ternyata ada saksi yang menyaksikan dia membuli batu yang tidak bernyawa sebentar tadi. Seorang dari tiga orang jejaka itu menunjuk ke arah jam di tangan sebelum berlari mengejar kawan-kawannya.

Feralina mengerut dahi sebelum memandang jam di tangan. Mulutnya ternganga besar sebelum dia turut berlari terkedek-kedek dan tercungap-cungap sebelum pagar kolej ditutup. Dia cuma mampu tersengih senget apabila menerima renungan tajam dari pengawal keselamatan. Seperti sedang menyalahkan Feralina kerana tidak dapat menutup pagar tepat pada masanya.

“Cepat masuk! Lain kali balik awal sikit. Boleh pula suruh kawan pesan supaya jangan tutup pagar,” bebel pengawal tersebut.

Aik? Feralina mengerut dahi. Bila masa dia pesan macam tu. Dia menjongket bahu dan berjalan menuju ke Kolej Cempaka yang dikhaskan untuk pelajar perempuan. 

Klik sini untuk baca πŸ‘‰Bab 4πŸ‘ˆπŸ‘‰Bab 6πŸ‘ˆ

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37