Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, October 12, 2021

Tiada Drama di Kampus Bab 9

 Bab 9

Feralina memandang talam yang penuh dengan makanan. Cuma tiga pinggan. Dia boleh. Bisiknya sebelum mengangkat dulang tersebut dengan penuh keyakinan.

“Ini maka.. Opss!” Feralina terlanggar kaki kerusi sebelum terjatuh ke dalam pelukan seorang lelaki. Mukanya tersembam pada permukaan yang agak keras.

Makanan pula berjatuhan di atas lantai.

“Oh. M. G!”

“Oh God!” Dina menutup mulut apabila melihat situasi yang berlaku di hadapannya. Namun tangannya laju menekan butang kamera pada telefon bimbitnya.

Feralina mendongak memandang seorang lelaki yang sedang memandangnya. Dia terundur selangkah ke belakang dengan cepat. Jantungnya seperti mahu melompat keluar. Dia ingin berkata sesuatu. Tapi dia seakan lupa yang dia boleh bersuara. Feralina mengambil tisu dari meja sebelah dan mengelap baju Afid yang basah terkena percikan air.

Eryn membulatkan mata melihat tingkah Feralina. Lagi menggeramkan apabila Afid terkaku seakan merelakan perbuatan Feralina.

“Afid!” Eryn bingkas berdiri dan sempat melanggar bahu Afid sebelum keluar dari Kafe tersebut.

Dina dan Farah yang sempat mengambil gambar dari beberapa sudut terus mengejar Eryn.

Afid bagaikan tersedar dan perlahan-lahan menolak tangan Feralina selepas mendengar jeritan Eryn. Afid memegang sekejap kedua-dua tangan Feralina sambil memandang wajah gadis.

Berdentum pintu Kafe apabila Eryn keluar.

Afid melepaskan tangan Feralina dan melangkah setapak ke belakang. Mulutnya ingin berkata sesuatu namun otaknya jadi beku apabila gadis itu mendongak memandangnya. Dia berpaling dari Feralina sebelum keluar untuk mengejar Eryn.

Feralina terkebil-kebil. Cuba menghadam apa yang baru berlaku. Dia memandang makanan yang bersepah di atas lantai sebelum mengeluh panjang. Feralina cuba melangkah namun kakinya tergelincir dek tumpahan air. Jantung feralina seakan berhenti berdetak untuk sedetik apabila tubuhnya melayang ke udara. Feralina memejamkan mata dan menunggu nasib bila badan bertemu dengan lantai.

“Hai.”

Feralina membuka mata sebelah. Dia belum jatuh ke lantai. Mata membulat apabila melihat wajah tampan yang terlalu dekat dengan wajahnya. Dia cepat-cepat berdiri sambil dibantu oleh lelaki yang menyambutnya daripada tergolek di atas lantai.

“Hai,” pipi Feralina terasa panas. 

Klik sini untuk baca 👉Bab 8👈👉Bab 10👈

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37