Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, October 12, 2021

Tiada Drama di Kampus Bab 6

Bab 6 

Feralina menguap besar sambil menutup mulutnya. Tidak ramai pelanggan yang datang pada petang hari. Dia membuka tablet miliknya dan membuka bahan bacaan untuk mengisi masa lapang. Tangannya mengetuk-ngetuk fountain pen berwarna merah pemberian papanya.

“Dum!”

Feralina terlompat dari kerusi dan terus mencangkung di sebalik kaunter selepas terdengar dentuman kuat dari dapur. Tangannya mula berpeluh. Jantungnya pula berdegup laju. Melalui pintu dapur, dia terlihat seorang pekerja dapur sedang mengangkat karung tepung dan menyusun karung tersebut di tepi sudut dapur. Dia menarik nafas lega.

“Fera?”

Feralina mendongak ke arah Erna yang menjengukkan dari hadapan kaunter. Erna kelihatan bingung. Feralina tersenyum nipis sebelum berdiri semula dari tempat persembunyiannya.

“Kenapa kau sembunyi kat bawah tu?” tanya Erna sebelum melangkah masuk ke kawasan kaunter.

Um, aku cuma terkejut je. Rupanya budak dapur tengah susun stok,” jelas Feralina sambil memandang semula ke arah seorang lelaki yang datang bersama Erna. Lelaki itu tampil ringkas dengan seluar jeans hitam bersama t-shirt putih dan jaket rasmi Angsana. Rambut coklat milik lelaki itu masih kelihatan lembap.

“Aku ada mesej kau pasal grilled cheese tadi. Dah siap tak?” tanya Erna sambil mengambil beg kertas dan kutleri plastik bersama tisu.

Lelaki tadi sedang sibuk memandang peti penyejuk makanan yang memaparkan pilihan kek dan beberapa makanan sejuk beku seperti lasagna, pai daging dan pelbagai lagi.

Feralina mengeluarkan roti bakar keju yang dibalut dengan aluminium foil dari oven sebelum membuka ketuhar gelombang mikro untuk mengeluarkan sup tomato yang telah dipanaskan. Dia meletakkan makanan tersebut di hadapan Erna.

Thank you,” Erna tersenyum sambil membungkus makanan tadi ke dalam beg kertas, “nah, aku belanja hari ni,” kata Erna kepada lelaki tadi.

Oh, lupa pula. Ni Feralina. Kau boleh panggil dia, Fera.” Erna memperkenalkan Feralina kepada lelaki itu sebelum dia memandang Feralina, “dan Fera, ni Sayd. Tapi kau mesti dah kenal dia kan?” Erna bertanya dengan yakin.

Feralina menggaru leher. Kawan sekelas pun dia masih tidak kenal apa lagi lelaki di hadapannya itu. Dia menggeleng kepala dengan perlahan.

Erna terkebil-kebil melihat gelengan kepala Feralina sementara Sayd kelihatan lebih teruja dengan bungkusan makanan di hadapannya.

“Oh hi,” kata Sayd selepas Erna menepuk bahunya. Dia melambai ke arah Feralina, “Oh! Aku dah lambat. Ada janji dengan housemate,” kata Sayd setelah terpandang jam di tangannya.

So esok jadi kan?” Erna memegang tangan lelaki itu sebelum Sayd sempat lari, “The DATE?” Erna menjengkil mata apabila Sayd kelihatan keliru dan tidak dapat menangkap maksud pertanyaannya.

“Oh ya, tu.. aku cuba. By the way, thank you and Fera, nice to see you,” Sayd tersenyum manis kepada Feralina dan memberi tabik sebelum keluar dari kafe tersebut.

Erna menggeleng kepala dengan tingkah Sayd.

“Kau kata budak Angsana tak datang sini?” tanya Feralina selepas Sayd sudah tiada.

“Oh, he’s the exception. Kau akan nampak dia di mana-mana tempat yang ada makanan,” jelas Erna, “aku tak sangka kau tak kenal dia. Muka diorang penuh di Angsana Chat,” kata Erna sambil mengelap kaunter.

Diorang?”

Erna ternganga.

Diorang as in The Four Hot Guys! Jejaka pujaan Kampus. Seriuslah Fera? Kau belajar di Angsana ke atau kat mana ni?” Erna bercekak pinggang.

Feralina menjongket bahu.

“Macam mana kau tahu banyak pasal Angsana?” tanya Feralina pula.

Erna terkebil-kebil, “aku belum cerita ke? Aku ambil diploma kat situ. Pelajar tajaan. Sekarang ni aku tangguhkan sekejap. Tak larat nak hadap drama dalam kampus tu. Toxic,” kata Erna sebelum menghempas kain lap di tangannya.

Feralina tersenyum kecil. Betullah keputusan dia untuk mengelak kehidupan di Angsana. Toksik dengan dengan kasta. Misinya hanya untuk pergi kelas dan menamatkan pengajian. Titik. 

Klik sini untuk baca 👉Bab 5👈👉Bab 7👈

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37