Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, October 12, 2021

Tiada Drama di Kampus Bab 3

 Bab 3

Feralina terlompat sedikit selepas membuka earphone yang melekat di telinganya. Matanya membulat melihat kompleks di sebelah kirinya yang riuh dengan pelbagai jenis jeritan. Kompleks renang. Pasti ada pertandingan. Dia memakai semula earphone ke telinga dan berjalan selaju yang mungkin menuju ke kolej kediaman. Sudah sebulan di Angsana, dia masih lagi tidak selesa apabila lalu di kawasan itu.

“Saya kenal awak ke?” tanya seorang pelajar lelaki apabila dia melangkah masuk ke dalam kolej kediaman mereka.

Feralina melirik dengan pandangan yang tajam.

“Tak,” jawabnya ringkas sebelum meninggalkan lelaki itu yang terpinga-pinga.

Itu bukan kali pertama dan bukan juga kali kedua. Kadang-kadang jika berada di kawasan kampus dan diluar waktu kelas, dia lebih gemar memakai pelitup muka. Feralina menekan lif. Kolej Kediaman di Angsana seakan-akan apartment. Kesemua pelajar akan berkongsi dua atau empat orang serumah bergantung kepada keluasan rumah tersebut. Kecuali dirinya. Feralina membuka pintu dan mengunci pintu sebelum dia bergerak ke bilik tidur.

Dia menekan pemanas air sebelum mengambil tuala mandi. Dia memeriksa suhu air dengan tangan yang menggeletar sebelum menarik nafas lega apabila suhu air tersebut menepati citarasanya. Panas.

“Oh, dia pelajar tajaankan? Aku dengar Angsana terpaksa ambil beberapa orang pelajar tajaan untuk CSR (Corporate Social Responsibility). Tapi ofcouse pelajar tajaan akan dipisahkan dari pelajar macam kita. Syarikat ayah aku pun buat CSR. Macam bersihkan pantai, bagi makanan kat rumah anak yatim. Jimat sikit,”

Feralina yang ingin melangkah keluar ke balkoni untuk menjemur tuala yang lembap terus menghentikan langkah apabila terdengar suara yang sedang berbual di balkoni bersebelah dengannya. Feralina mengambil langkah selamat dengan menutup pintu gelongsor dan menjemur tuala di kerusi belajarnya.

Feralina menutup bukunya. Baru jam 8 malam. Begitulah rutinnya setiap hari. Jika tiada kelas malam, dia akan balik ke kolej dan menghabiskan malamnya dengan membuat kerja atau mengulang kaji pelajaran. Dia tidak mahu membiarkan otaknya melayang memikirkan masalah yang tidak-tidak. Justeru itu dia sentiasa menyibukkan diri dengan apa sahaja kerja.

Dia mematikan telefon bimbit yang berdering. Entah ini kali ke berapa dia sudah menolak panggilan Refa. Dia tahu apa yang Refa lakukan adalah untuk kebaikannya. Namun rasa sebal tersisa buat Refa. Kerana Refa menghantarnya ke situ. Angsana. Sebuah Universiti tahap antarabangsa yang sangat terkenal di Malaysia.

Malam ini, dia tiba-tiba kehabisan kerja untuk dibuat. Dia memandang ke seluruh apartment yang agak kosong. Hanya meja belajar, meja makan, pantry dan satu bilik tidur untuknya.

Feralina menarik baju sejuk berserta telefon bimbit dan dompet. Dia mengunci pintu rumah dan turun ke bawah menggunakan lif. Perhentian pertama adalah mini mart yang tersedia di kawasan Kolej Kediaman. Dia mengambil sebotol air mineral dan matanya terpandang flyer mencari pekerja yang diletakkan di tepi rak air mineral.

Love café?” Feralina meletakkan semula botol air tersebut dan mencapai sekeping flyer. Dia memandang peta yang diletakkan di belakang flyer tersebut. Kedai makan itu terletak di luar Angsana. Mungkin sebab itu dia tidak pernah berjumpa lagi dengan kedai makan tersebut di dalam kawasan Kampus. Walhal dia sendiri belum meneroka kawasan di Kampus itu. Dia hanya tahu jalan ke kelas dan juga Kolej.

~~~~~~

“Hai, selamat datang. Ada yang boleh saya bantu?” tanya seorang pelayan yang sedang mengelap meja kaunter.

“Um,” Feralina menghulurkan flyer yang dipegang olehnya, “saya nampak ni di kampus tadi,” kata Feralina sambil memandang sekeliling kafe. Kelihatannya, kafe tersebut agak lengang.

“Awak dari Angsana?” tanya pelayan itu.

“Ya,” kata Feralina sambil tersenyum nipis.

“Jangan risau, tak ada sesiapa dari Angsana akan datang ke sini. Awak selamat dan ya, kami sedang mencari pekerja. Saya panggil pengurus sekejap,” kata pelayan itu dengan ceria. “Oh by the way, saya Erna.”

Feralina mengangguk dan menyambut huluran salam dari Erna.

“Feralina,” jawab Feralina dengan pendek.

Nice to meet you, Feralina.” 

Klik sini untuk baca 👉Bab 2👈👉 Bab 4👈

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37