Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, October 12, 2021

Tiada Drama di Kampus Bab 2

               Bab 2

                Feralina memandang hujan yang turun dengan lebatnya dari dalam kereta. Dia menarik lengan hoodie dan menyembunyikan kedua-dua tangan ke dalam hoodie tersebut. Matanya memerhati cermin kereta. Semakin kuat bunyi hujan, semakin dia mengundur ke tengah kerusi.

It’s okay Fera. Abang Amir akan turunkan kita di lobi,” kata Refa sambil memperlahankan penghawa dingin di kereta. Beberapa kali dia memandang ke arah Feralina, “kejap lagi kita sampai,” ujar Refa lagi dengan hati yang mula dilanda kerisauan.

“Nak sampai dah,” kata Amir lagi apabila membelok dan masuk ke dalam kawasan kampus Angsana. Mujur pagar utama kampus itu sudah terbuka luas. Beberapa kereta sedang menunggu giliran untuk menurunkan pelajar di kawasan lobi.

Hati Refa lega apabila Amir memberhentikan kereta di hadapan lobi.

“I cari parking dulu. You bawa Fera daftar diri kat dalam,” kata Amir sambil membukakan kunci kereta.

Refa mengangguk laju sebelum membukakan pintu buat Fera.

It’s okay.. kat sini tak kena hujan,” kata Refa sambil membantu Feralina turun dari kereta dan dengan cepat mereka melangkah masuk ke dalam bangunan, “Fera okay kan?” tanya Refa lagi.

Feralina menganggukkan kepala. Tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie. Seakan tidak mahu membiarkan mana-mana anggota badannya terdedah dengan angin sejuk.

Auntie pergi daftar dulu. Fera tunggu sini,” kata Refa sebelum berlalu meninggalkan Feralina di tepi sudut bangunan pentadbiran universiti tersebut. Dua tiga kali juga dia berpaling untuk memastikan yang Feralina baik-baik saja. Tidak sangka hujan lebat yang menyambut mereka di Kampus itu.

Miss,” seorang pelajar yang berselubung dengan hoodie, menepuk bahu Feralina. “Earphone awak. Nanti terjatuh,” tegur pelajar lelaki itu sambil membantu Feralina memasukkan earphone yang terseret di atas jalan ke dalam poket beg sandang milik Feralina semula.

Feralina tersentak apabila pelajar lelaki itu berdiri di belakangnya sehingga setitik air dari rambut lelaki itu mengalih di pipi Feralina. Haruman syampu milik lelaki itu serta merta mengingatkan Feralina dengan lawatannya di kedai gunting rambut yang mengantungkan lampu jalur merah putih di hadapan kedai sewaktu zaman sekolah rendah dulu.

“Selamat datang ke Angsana,” kata lelaki itu sambil melangkah setapak ke belakang.

“Terima kasih,” jawab Feralina tanpa berpaling ke arah lelaki itu. Otaknya masih berkerja keras memikirkan wangian syampu milik lelaki itu. Wangian itu mengingatkan dia kepada seseorang.

“Jumpa lagi,” kata pelajar tersebut sebelum berlalu tanpa sempat mereka berbalas pandangan.

Feralina terkebil-kebil sebelum matanya membulat. Memorinya tiba-tiba menjadi jelas. Dia terus mencari susuk tubuh pelajar lelaki itu. Dia yakin. Itu adalah lelaki yang sama dia jumpa lima tahun lalu. Lelaki yang menjadi rakan penanya ketika zaman sekolah.

Mr Lane. 4?”  

“Ini kunci bilik Fera,” Refa datang semula sambil menghulurkan kunci kepada Feralina. “Fera tengok apa?” tanya Refa sambil memandang sekeliling.

Feralina menggelengkan kepala dengan laju. No drama. Dia mengingatkan diri sendiri. Dia perlu menghabiskan pengajiannya kali ini tanpa perlu berpindah lagi.

“Tak.. tak ada sesiapa,” jawab Feralina sambil tersenyum kecil. Ada sesuatu yang mengetuk hatinya yang dikunci dengan ketat. 

Klik sini untuk baca 👉Bab 1👈👉Bab 3👈

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37