Tiada Drama di Kampus

Iklan

Search This Blog

Tuesday, October 12, 2021

Tiada Drama di Kampus Bab 4

Bab 4

Feralina mengeluh panjang apabila telefon bimbit miliknya berdering untuk kesekian kali. Refa telah mendaftarkan telefon bimbitnya ke satu sistem notifikasi bergelar Angsana Chat. Tentunya Angsana Chat bukan dikendalikan oleh lembaga rasmi universiti tersebut kerana sejak hari pertama, berita yang disampaikan lebih tertumpu kepada pasukan renang dan golongan-golongan tertentu di Angsana.

The Four Hot Guys… really?” Feralina mengeluh dan terus memadam notifikasi tersebut tanpa membaca kandungan cerita tersebut.

Feralina turun dari bas dan berjalan menuju ke bangunan pentadbiran. Baru teringat yang dia belum lagi mengambil semula kad pelajar yang diulang cetak disebabkan salah cetakan minggu lalu. Dia mendaki tangga dengan yakin sebelum terpelecok dan bagai penari balet, dia terpusing sebelum punggungnya bertembung dengan lantai.

Feralina mengeluh perlahan. Just my luck. Bebelnya di dalam hati sambil mengemas kertas yang berterbangan dari failnya. Dia terkaku apabila mendengar tapak kaki di belakangnya. Semakin mendekat. Feralina mengeraskan badannya. Seakan beranggapan kalau dia kaku seperti itu, kuasa halimunannya akan teraktif dan tiada siapa akan perasan kehadirannya.

“Yelah, I dah nak sampai ni. I ada latihan di luar tadi. Kereta pula rosak di depan gate.”

Suara serak-serak basah terlalu hampir dengan Feralina. Hatinya berdegup kencang. Please don’t see me.. please don’t see me.. Feralina menutup matanya. Dia membuka mata sedikit apabila mendengar tapak kaki tersebut semakin menjauhinya. Dia menarik nafas lega namun kehairanan apabila beberapa orang pelajar perempuan berhenti berdekatan dengannya. Feralina perlahan-lahan berdiri sambil mengerut dahi melihat pelajar-pelajar perempuan yang menelan air liur ketika melihat belakang seorang lelaki yang semakin menghilang dari pandangan.

“Ya Allah, handsomenya ciptaan Allah SWT.”

“Macam pecah ovary wei..”

It’s official. Afid is my bias.”

Feralina menjulingkan mata apabila mendengar komen dari gadis-gadis tersebut sebelum dia mendaki tangga bangunan pentadbiran. Kena sampuk apa tah..komennya di dalam hati sebelum langkahnya terhenti di hadapan television yang terpasang di hadapan lobi.

“Ratu Angsana,” seorang pelajar turun berhenti memandang gambar yang terpapar di television itu, “dia menang lagi waktu minggu fesyen di Indonesia minggu lalu. Tak ada siapa yang boleh turunkan ego dia lepas ni,” komen dari seorang pelajar perempuan.

Feralina melirik ke arah dua pelajar yang sedang bercerita di hadapan television tersebut. Sememangnya daya saing di dalam Kampus itu agak tinggi. Membuatkan dia terasa kecil kerana dia tahu tahapnya tidak setanding dengan gadis yang terpapar pada skrin tersebut.

Klik sini untuk baca 👉Bab 3 👈👉Bab 5👈

No comments:

Cinta Yang Akan Selalu Aku Rindu 37