Tiada Drama di Kampus
Iklan
Search This Blog
Thursday, October 28, 2021
TDDK The Trailer 2
Sunday, October 24, 2021
Tiada Drama di Kampus Extra: Bab 20
"Jom kita wefie," Lokman mendekati Feralina dan mengangkat telefon bimbit yang telah ditukar kepada mod kamera, "okay senyum...auch!" Lokman menggosok kepalanya sebelum memandang ke arah Afid.
"Kau rabun ke buta?" tanya Afid apabila melihat paparan skrin telefon hanya memuatkan wajah Lokman dan Feralina.
"Ambillah gambar betul-betul," Sayd pula menampar belakang kepala Lokman.
Kafi memegang bahu Lokman dan memberi jarak antara Lokman dan Feralina.
"Wei sakitlah!" Lokman pandang Kafi, "Okay-okay. Semua senyum," kata Lokman sambil kepala tangan mengosok kepalanya dan sebelah lagi memegang telefon bimbitnya, "one.."
"Nasi lemak Ayam," Shen keluar dari kaunter sambil membawa sedulang makanan.
"Oh! Sini-sini," Sayd berdiri dengan teruja apabila melihat makan yang sedang diangkat oleh Shen.
"Weh! Ambil gambar dulu," Bebel Lokman sambil membetulkan sudut kamera untuk memasukkan kesemua mereka.
Kafi menolak bahu Sayd supaya duduk semula sementara Afid merangkul Sayd apabila Sayd kelihatan lebih fokus kepada Shen yang sedang memegang nasi lemak Ayam.
"Okay, one..two.."
Jangan lupa Vote/ Share/ Comments ya.. Love you guys
Tiada Drama di Kampus Extra : Bab 18
Kafi mengaru kepala dan mengeluh panjang apabila melihat meja yang penuh dengan buku dan kertas-kertas ujian. Dia mengurut leher dan memandang ke sekeliling perpustakaan yang kian penuh. Jam baru menunjukkan pukul 12.30. Kafi membuat regangan badan sebelum menyusun kertas-kertas nota yang bersepah di atas meja.
"Hai Kafi, kalau haus minum air ni ya," seorang pelajar perempuan meletakkan sekotak air kacang soya di atas meja Kafi.
Kafi tersenyum nipis dan mengucapkan terima kasih sambil mengemas barang-barangnya. Dia memandang sekilas ke belakang apabila terdengar bunyi kerusi diseret perlahan. Kelihatan seorang pelajar perempuan yang memakai pelitup muka mengambil tempat di belakang Kafi. Kafi menyandang beg dan mengangkat beberapa buku yang mahu dipinjam. Minuman air kotak tadi diserahkan kepada pelajar perempuan yang baru duduk di belakangnya.
"Ada orang bagi," kata Kafi sebelum meneruskan langkah untuk menuju ke kaunter.
"Kafi?"
Langkah Kafi terhenti. Dia berpusing semula memandang pelajar perempuan tadi. Dia kenal dengan suara itu. Terlalu kenal.
Feralina menelan air liur kesat. Habislah... Feralina menggigit bibir. Buku di atas meja terus dibuka untuk dijadikan penghadang. Dia menyembunyikan mukanya disebalik buku. Tangannya menepuk dahi.
Kafi menarik buku tebal yang dipegang oleh Feralina dan kemudian dia mendengus apabila Feralina menepuk mulut untuk menyelamatkan pelitup muka dari ditarik oleh Kafi. Pandangan mereka bertaut untuk beberapa saat sebelum Kafi mengundurkan langkah dan meninggalkan Feralina.
Feralina menarik nafas panjang. Dia sedar yang dia tak boleh berterusan seperti itu.
"No, Fie... Fie tunggu," laung Feralina sambil memegang begnya dan terus mengejar langkah Kafi.
Kafi meletakkan buku-buku di tangannya di atas troli buku sebelum keluar dari perpustakaan tersebut.
"Eh, Ms Clumsy?" Lokman yang berjalan seiringan dengan Afid kehairanan melihat Feralina yang sedang mengejar Kafi.
"Tu Kafi kan?" Sayd masih menguyah keropok Super Ring.
"Kafi tunggu dulu... auch!" Feralina terduduk di atas lantai sewaktu mencuba untuk mengejar Kafi.
Tiada Drama di Kampus Extra : Bab 17
Kafi berdiri di atas starting platform. Kompleks Renang hanya diterangi lampu yang suram. Dia menarik nafas dan membuat regangan ringan sebelum melakukan terjunan. Dia muncul dari permulaan air dan serta merta menekan jam randik selepas selesai dua pusingan.
"Kau lama lagi ke?"
Kafi yang sedang duduk di tepi kolam terus mengangkat pandangan. Kelihatan Afid sudah berkemas untuk balik ke Kolej Kediaman.
"Aku balik lambat sikit hari ni," jawab Kafi sebelum berdiri dan mengambil tuala yang diletakkan di atas kerusi panjang.
"Aku tengok kau beberapa hari ni macam banyak masalah je. Dahla Sayd kena marah sebab lari dari training pagi tadi. Kau pula monyok macam jasad kau je yang datang training. Ada apa-apa yang aku boleh tolong ke?" tanya Afid sambil menjongket kening.
Kafi menggeleng laju selepas mengelap mukanya.
"Tak ada apa-apalah. Bulan ni banyak sangat pop kuiz, ujian. Tu yang aku short-circuit sikit," jawab Kafi sambil tersenyum nipis.
Afid menganggukkan kepala biarpun tidak begitu percaya dengan alasan Kafi. Sudah tiga tahun berkawan dengan Kafi, setiap tahun pada tarikh yang sama, Kafi akan mengasingkan diri dari mereka. Dia memandang tarikh hari ini di telefon bimbitnya, masih belum masanya untuk Kafi datang bulan untuk tahun ini.
"Okay, aku balik dulu."
"Okay," Kafi membuka telefon bimbitnya. Tangkapan skrin dari artikel pagi tadi membuatkan dia mengeluh panjang. Dia tersenyum melihat tali telefon yang kian lusuh. Jarinya menggosok perlahan pada tiga huruf yang hampir terpadam.
Afid berhenti melangkah apabila melihat Feralina di hadapan Kompleks Renang. Gadis itu termenung sambil memandang ke atas siling Kompleks Renang. Afid mengerut dahi sebelum ikut mendongak. Dia tersenyum melihat biasan air kolam yang kelihatan pada siling Kompleks Renang.
"Orang akan ingat yang awak ni peminat kipas-susah-mati yang setiap malam mengintip pasukan renang Angsana," kata Afid kepada Feralina.
Pandangan mereka bertembung sebelum Feralina tertunduk malu. Kantoi lagi dia dengan lelaki itu hari ini.
"Sorry," Feralina berpaling dari Afid.
"Eh tunggu."
Feralina terpijak tali kasutnya dan membuatkan badannya melayang ke hadapan. Dia terkebil-kebil bila mendengar Afid mendengus perlahan.
Afid menyelamatkan gadis itu dengan menarik hoodie Feralina. Dia memendamkan rasa ingin membebel kepada gadis itu. Setelah memastikan Feralina kini berdiri dengan stabil, Afid duduk mencangkung di hadapan Feralina dan membantu gadis itu mengetatkan ikatan tali kasut milik gadis itu yang kini terbuka.
Tali kasut dimasukkan ke lubang kasut yang berada di tengah sebelum Afid membuat simpulan riben sebanyak dua kali. Klik. Afid mengerut dahi dan memandang ke arah kirinya apabila terasa ada pancaran lampu untuk beberapa saat.
"Terima kasih," Feralina menundukkan kepalanya. Pipinya mula terasa panas.
"Jalan slow-slow. Jangan lari, nanti jatuh lagi." Afid menggeleng kepala sebelum meninggalkan Feralina. Macam mana agaknya gadis itu boleh selamat kalau berseorangan. Afid mengeluh panjang sebelum mengerling ke arah Feralina yang berjalan perlahan di belakangnya.
"Awak ambil course apa kat sini?"
Feralina mendongak memandang Afid. Dia cakap dengan aku ke? Feralina berpusing ke belakang untuk memastikan tiada orang lain di situ selain mereka.
"Medik?" tanya Afid.
"Um tak," jawab Feralina.
Feralina menonong menuju ke pagar kolej.
"Tunggu."
Feralina terus terkaku sebelum berpaling ke arah Afid.
"Pagar tu dah tutup," kata Afid sebelum memberi isyarat agar gadis itu mengikut langkahnya.
Feralina terkebil-kebil namun kakinya ringan mengekori langkah lelaki itu. Mereka melalui sebuah taman yang dinamakan taman orkid. Terdapat satu pintu besi kecil yang menyambungkan taman tersebut dengan kawasan kolej. Afid mengeluarkan kunci dan membuka pintu tersebut.
"Kenapa saya rasa macam kita tengah buat benda yang haram bila masuk guna jalan ni?" Feralina padang Afid.
Afid membukakan pintu buat Feralina.
"Awak nak demerit sebab balik kolej lambat atau lalu jalan ni?"
Pilihan yang diberikan oleh Afid membuatkan Feralina berfikir seketika. Kalau markahnya habis dipotong sebelum habis semester, bermakna dia akan menerima tindakan tatatertib. Dia terus mengetap bibir dan berlagak seperti sedang menzipkan bibir sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan kolej kediaman.
Tiada Drama di Kampus Extra : Bab 16
Feralina baru selesai mengelap kaunter dan terus mencapai telefon bimbitnya apabila mendengar bunyi notifikasi. Mungkin dari Refa yang kini rajin bercerita mengenai pelbagai perkara memandangkan mereka berdua sudah berbaik semula. Matanya membulat apabila melihat notifikasi tersebut adalah dari Angsana Chat. Telefon bimbitnya terus terhempas ke lantai.
"Ya Allah Fera. Kalau tak nak telefon tu, bagi aku." Shen tunduk mengambil telefon bimbit Feralina yang terbaring di atas lantai, "Yna Mirzan belajar di Angsana? Siapa Yna Mirzan?" soal Shen selepas membaca artikel pada telefon bimbit tersebut.
"Yna Mirzan, anak pemilik SMZ Corp tu kan?" kata Shen selepas beberapa saat dengan agak teruja.
Pintu kafe ditolak dari luar. Sayd masuk ke dalam Kafe sambil menguap besar dan menggaru kepala. Mukanya kelihatan bingung apabila Feralina dan Shen memandang ke arahnya.
"Kami belum buka lagi," kata Shen sambil meletakkan telefon bimbit Feralina di atas kaunter.
"Sayd nak order apa?" tanya Feralina sambil memberikan botol cecair pengelap meja dan kain lap kepada Shen.
"Um," Sayd terus memandang peti sejuk yang masih lagi kosong.
"Semua dah ada. Cuma tak susun je lagi. Hari ni kami ada bingka ubi cheese," Feralina berjalan menuju ke belakang kaunter setelah memasukkan telefon bimbit ke dalam poket apron. Feralina menyerahkan tisu kepada Sayd yang sedang berpeluh. Lelaki itu berlari ke sini ke?
Sayd mengambil tisu tersebut sambil tersenyum. Dia memilih kerusi nombor empat dari kanan di hadapan kaunter.
"Erna tak ada hari ni?" tanya Sayd sambil membelek buku menu.
"Erna kerja malam hari ni," jawab Feralina sambil menuangkan jus oren ke dalam gelas buat Sayd.
Sayd menganggukkan kepala, "terima kasih. Saya order bingka ubi cheese tu jelah."
Feralina terus mengambil pinggan kecil dan meletakkan beberapa potong bingka ubi keju yang dipesan oleh Sayd.
Shen yang baru selesai mengelap meja, memutarkan tanda di pintu daripada tutup kepada buka. Dia mengerut dahi. Hairan melihat tempat letak kereta di hadapan Kafe yang kosong. Dia ke arah Sayd. Dia datang sini dengan berlari ke apa? Bisik hati Shen.
"Awak ada dryland training ke hari ni?" Feralina meletakkan pinggan di hadapan Sayd. Dia memandang lelaki itu lengkap dengan jaket, seluar tracksuit dan kasut sukan.
Sayd yang sedang menyuap bingka ubi terkebil-kebil sebelum menepuk dahinya. Dia sememangnya ada latihan jam lapan pagi.
"Alamak! Saya baru teringat yang saya ada latihan hari ni. Boleh tak awak bungkus kuih ni," Sayd bingkas berdiri dan mengeluarkan dompetnya.
Feralina tersenyum kecil. Ternyata Sayd dengan makanan memang tidak boleh dipisahkan. Sampaikan lupa mengenai latihan yang sepatutnya dihadiri oleh lelaki itu.
"Goodluck," kata Feralina setelah membungkuskan makanan buat Sayd dan memulangkan duit baki milik Sayd. Dia hanya mampu menggeleng kepala melihat Sayd kelam kabut keluar dari Kafe selepas menerima baki duit.
"Dryland training tu apa?" tanya Shen yang kini berdiri di hadapan kaunter.
Pertanyaan Shen membuatkan Feralina terkebil-kebil. Dia sebut dryland ke tadi? Feralina mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menekan semula pautan mengenai cerita Yna Mirzan dengan jari yang menggeletar. Dahinya berkerut apabila pautan tersebut tidak berfungsi lagi. Sudah dipadam? Secepat itu? Feralina mengerut dahi.
Wednesday, October 20, 2021
Tiada Drama di Kampus: Promo! Promo!
Kini di Google Playstore
Thursday, October 14, 2021
How it started..
Nama asal ebook Tiada Drama di Kampus ni ialah No Drama in College.
Bermula dari tahun 2015 😂
Lama sangat terbengkalai sebab sibuk dengan segala macam benda.
Tahun ni baru selesai. Alhamdulillah.. kurang sikit rasa bersalah 😂.
Next project:
1. Cinta yang Akan Selalu Aku Rindu.
2. ...yang Hilang.
3. If.
Tuesday, October 12, 2021
Tiada Drama di Kampus bab 15
“Fera masih marah Auntie?”
Feralina tersenyum nipis apabila mendengar suara Refa di hujung talian. Dia
mengeluh panjang.
“Fera rindu Auntie,” jawab Feralina dengan pendek.
Dia memegang telefon bimbit sambil mendongak memandang skrin bas RapidKL yang
memaparkan jadual bas. Lagi lima minit bas seterusnya akan tiba. Feralina
menyandarkan badan pada tiang perhentian bas. Tempat duduk yang tersedia di
perhentian bas itu masih basah disebabkan hujan sepanjang malam.
“Auntie lagi rindu Fera.”
Feralina mengelap air mata yang basah. Sejak dari semalam, beban di hatinya
terasa berat. Semalaman dia termenung sambil mendengar bunyi hujan yang begitu
lebat.
“Fera tahu kan, Fera boleh balik kalau Fera rindu Auntie.
Kalau Fera tak ada kelas, Fera baliklah.”
Feralina memandang kesan vandalisma di salah satu tiang perhentian bas itu.
FFK Forever. Feralina tersenyum nipis. Ternyata masih
kekal kesan torehan pisau tersebut. Fera, Farish, dan…
“Kalau Fera tak ada kawan nak berbual, Fera boleh call
Auntie. Auntie janji akan jawab panggilan Fera bila-bila masa je. Malam,
siang, pagi, petang.”
Feralina mengalihkan pandangan ke arah jalan apabila sebuah kereta sport berwarna biru dipandu dengan laju di atas jalan.
“Fera mimpikan Farish semalam,” kata Feralina perlahan, “Fera mimpi yang
dia picit hidung Fera sebab Fera liat nak bangun pagi,” Feralina tergelak kecil
sebelum mengelap air mata yang jatuh di pipinya.
~~~~~~
“Aku dalam perjalanan balik ke rumah aku,” Kafi yang sedang memandu laju
terpandang seseorang gadis berdiri di perhentian bas yang terletak di hujung
perumahan rumahnya.
“Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya Ms. Clumsy yang
korang selalu cerita tu tahu perangai buaya kau,” kata
Kafi sebelum memberhentikan kereta kira-kira seratus meter dari perhentian bas
tersebut.
“Lokman, aku call kau balik.”
Sebuah bas berhenti di hadapan perhentian bas dan sekaligus menghalang
pandangan Kafi. Dia terus menolak pintu dan keluar dari kereta. Bas tersebut
kembali bergerak dan yang tinggal hanya perhentian bas yang kosong. Kafi meraup
muka dan mengeluh panjang. Cuma imaginasi dia. Itu cuma imaginasinya. Kafi cuba
meyakinkan hatinya namun dalam masa yang sama dia berharap itu bukan imaginasinya.
Gadis itu sudah kembali.
Tiada Drama di Kampus Bab 14
Bab 14
Feralina berdiri di hadapan pintu Kafe. Kepalanya mendongak melihat hujan yang semakin lebat. Sesekali dia mengelak percikan air dari terkena kakinya. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket baju. Feralina mengeluh perlahan.
Sebuah kereta berhenti di hadapan pintu masuk Kafe.
“Kami tutup awal hari ni,” kata Feralina apabila melihat Lokman keluar dari
kereta dengan memegang payung.
“Baru nak singgah beli supper tadi. Awak balik
naik apa? Nak saya hantar balik?” tanya Lokman sambil menutup payung sebelum
berdiri di sebelah Feralina. Lokman pandang Feralina yang kelihatan
teragak-agak untuk menerima pelawaannya, “Saya hantar awak balik rumah,”
katanya pula dengan yakin.
Feralina mengetap bibir. Dia memandang hujan yang semakin lebat. Mustahil
untuk dia berjalan kaki menuju ke perhentian bas dan balik ke Kampus. Tapi dia
juga tidak mahu Lokman atau Sayd tahu dia adalah salah seorang dari pelajar
Angsana. Cukuplah dia terserempak dengan Afid dua malam yang lalu.
“Rumah saya empat puluh kilometer dari sini,” kata Feralina sambil memandang
reaksi Lokman.
“Okay, boleh.” Lokman menjawab dengan terus tanpa
berfikir panjang. Dia tersenyum apabila Feralina seakan terkejut dengan jawapan
yang diberikan olehnya.
“Jom,” Lokman membuka payungnya semula.
Feralina tersenyum. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar Lokman.
Dia tersenyum apabila melihat lelaki itu terpinga-pinga.
“Saya hantar dengan Erna,” katanya sambil menghantar gambar tersebut
melalui khidmat pesanan ringkas, “untuk keselamatan,” tambahnya.
Lokman tersenyum sambil menggeleng kepala. Dia memayungkan gadis itu
sehingga masuk ke dalam kereta. Kemudian dia berlari ke tempat pemandu dan
menyimpan payung di kerusi belakang. Lokman menghidupkan enjin kereta.
Feralina mengerut dahi. Terasa seperti dia terduduk sesuatu. Dia mengangkat
punggungnya sedikit dan mengambil objek berbentuk silinder sebesar jari yang
terbaring di kerusi tempat duduk.
Hampir tersembul mata Lokman apabila melihat objek yang dipegang oleh
Feralina.
“Oh, kat situ rupanya,” Lokman menelan liur namun cuba mengekalkan
senyuman, “adik saya bising cari gincu dia dari semalam,” Lokman tersengih ke
arah Feralina. Minah mana pula yang tinggalkan gincu di dalam
kereta aku ni, Lokman membebel di dalam hati.
“Awak boleh tolong simpankan kat gincu tu kat dalam glove
compartment.” Berpeluh. Lokman tetap kelihatan tenang sambil memandu
kereta biarpun jantung berdegup kencang.
Feralina menganggukkan kepala. Tangannya membuka ruang penyimpan yang
dimaksudkan oleh Lokman, “oh..” Feralina tercengang
melihat bendasing sewaktu memasukkan gincu tersebut. Dia memegang tali yang
tergantung di tepi laci kereta dengan dahi yang berkerut.
Lokman yang sedang memandu kereta terus memandang sekilas ke arah Feralina
yang sedang menarik sesuatu dari laci keretanya. Matanya terbeliak melihat
objek tersebut. Kereta yang dipandu tersasar dari laluan untu beberapa saat.
Peluh jantan membasahi dahinya.
~~~~~
“Kau dah masukkan kat benda tu dalam kereta dia?” tanya Afid yang sedang
duduk di birai katil apabila Kafi masuk ke dalam bilik yang dikongsi bersama.
Kafi tergelak jahat sambil menganggukkan kepala, “petang tadi aku dah
letak,” jawab Kafi sebelum bertepuk tangan dengan Afid.
“Wei, ‘cermin mata’ yang tercampur dalam laundry aku tadi korang letak mana?
Korang jangan simpan benda tu kat dalam loker aku
pula. Nanti ada spot-check, nahas aku,” kata Sayd yang
tiba-tiba muncul di depan pintu bilik.
Pertanyaan dari Sayd membuatkan Kafi dan Afid bertambah gelak.
~~~~~~
“Sorry, saya ada housemate yang
gila. Entah bila masa diorang simpan benda tu dalam
kereta saya,” kata Lokman selepas dia memberhentikan kereta di hadapan sebuah
rumah.
Feralina masih tergelak kecil kemudian menggelengkan kepala. Dia tergelak
lagi apabila teringat bagaimana cuaknya muka Lokman apabila melihat benda di
tangannya, “terima kasih,” Feralina pandang Lokman, “saya dah lama tak ketawa
macam ni,” katanya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
“Jadi, ini rumah awak,” selepas membukakan pintu buat Feralina, “kalau tak
silap rumah kawan saya dekat-dekat sini juga,” tambah Lokman sambil memandang
rumah yang gelap di hadapan mereka.
“Ya. Dulu," kata Feralina perlahan sambil merenung rumah di
hadapannya. Kemudian dia mendongak ke langit. Mujur hujan sudah berhenti.
“Hah?” Lokman mengerut dahi apabila mendengar jawapan Feralina.
“Terima kasih sebab hantar saya. Jumpa lagi,” Feralina tersenyum sebelum
berjalan menuju ke pagar rumah.
Lokman mengaru kepala namun tidak memikirkan panjang mengenai jawapan gadis
tadi selepas melihat Feralina mula membuka pagar rumah. Lokman menghidupkan
enjin kereta semula selepas melihat gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah
tersebut.
Tiada Drama di Kampus Bab 13
Bab 13
Feralina turun dari bas yang terakhir di perhentian bas. Tidak jauh dari situ, kelihatan sebuah kereta sport berwarna biru berhenti di tepi jalan. Pemandu kereta itu menyandar di tepi kereta sambil menjawab telefon. Feralina memandang sekilas bayang lelaki itu sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Kolej Kediaman.
“Fi, sorry lambat,” laung seorang pelajar lelaki
berlari ke arah kereta itu.
“Tak apa. Aku baru je sampai.”
Feralina terus berpaling apabila mendengar suara pemilik kereta itu. Suara
yang begitu dekat di hatinya. Tanpa sempat membuat apa-apa, Feralina hanya
melihat kereta itu bergerak keluar dari Angsana. Feralina menjongket bahu
sebelum masukkan tangannya ke dalam poket baju sejuk. Tak
mungkin dia masih di sini, bisik hati Feralina sebelum dia mula
melangkah.
Entah kenapa, Kompleks Renang seakan memanggil-manggilnya pada malam itu.
Feralina memberhentikan langkah di hadapan Kompleks Renang. Dia memandang
bangunan itu tanpa menyedari kakinya melangkah menuju ke pintu utama Kompleks
tersebut.
“Pintu tu berkunci.”
Feralina yang memegang tombol pintu terus melepaskan tangannya. Dia
mengundurkan langkah sebelum kakinya termasuk ke dalam longkang kecil di tepi
kaki lima Kompleks dan membuatkan badannya hilang keseimbangan. Feralina
menutup matanya.
Matanya berkedip-kedip apabila setitik demi setitik air menitik ke kelopak
matanya. Feralina terus membuka mata apabila terdengar seorang lelaki berdehem
begitu dekat dengannya. Feralina melopong melihat wajah lelaki itu. Tangannya
terus menolak lelaki itu selepas dia menstabilkan dirinya.
Afid berundur selangkah untuk memberi ruang buat Feralina. Rambut basah
ditolak ke belakang sebelum dia tunduk untuk mengambil beg sandang yang
terjatuh di atas lantai. Afid menyeringai kesakitan sedikit ketika cuba
mencapai beg tersebut. Dia kemudian meletakkan tali beg ke bahu namun mukanya
masih menunjukkan ketidakselesaan yang dialami pada bahunya.
“Um, cuba angkat tangan awak tinggi dari paras kepala,” kata Feralina
sambil menunjukkan kepada Afid cara untuk mengangkat tangan ke atas kepala.
Afid terkebil-kebil namun menuruti sahaja arahan dari gadis tersebut. Dia
mengerang sedikit ketika cuba untuk mengangkat tangannya. Afid menurunkan
tangan dan mengurut bahu kirinya.
“Letak ais dua puluh minit. Guna shoulder strap
untuk kurangkan rasa sakit dan dapatkan rehat yang cukup sebelum latihan
seterusnya,” Feralina mengetap bibir sebelum menutup matanya. Seakan tersedar
dengan tiba-tiba, “sorry saya tertolak awak dan terima
kasih sebab selamatkan saya dari terjatuh.” Feralina menarik nafas panjang
apabila telinganya mula menangkap bunyi kocakan air kolam.
“Saya jalan dulu,” kata Feralina sambil mengundurkan langkah dengan laju
dan cepat-cepat menjauhi Kompleks Renang tersebut.
Afid mengerut dahi dengan tingkah kelam kabut dari gadis itu. Dia memandang
ke arah semak apabila terperasan ada pancaran lampu kamera menghala ke arahnya.
Dia menggeleng kepala dan meneruskan perjalanan ke Kolej Kediaman.
Tiada Drama di Kampus Bab 12
Bab 12
Feralina meletakkan pai daging cendawan di hadapan lelaki yang kini menjadi pelanggan tetap di kafe itu sejak kejadian ‘ballet berdarah’ tempoh hari.
Lelaki itu tersenyum lebar sehingga menampakkan lesung pipi di sebelah
kanan. Feralina menyimpan buku nota ke dalam poket apron. Dia mengerut dahi
apabila menerima renungan tajam dari seseorang.
“Makanan saya pula?”
Feralina terus tergelak kecil apabila melihat muka cemberut Sayd. Kelihatan
lelaki itu sudah bersedia memegang sudu dan garpu.
“Sabar sikit boleh tak? Siapa suruh kau pesan banyak sangat. Ingat Fera nak
layan kau sorang je ke? Bebel Lokman sebelum
memberikan senyuman manis ala-ala Noah Centineo kepada
Feralina.
Feralina tersenyum kecil.
“Kejap ya, sama ambil makanan Sayd pula,” kata Feralina sebelum berpaling
semula ke kaunter.
“Nak saya tolong ke?” tanya Lokman kepada Feralina namun tangannya sempat
menampar tangan Sayd yang cuba mencuri makanannya.
“Eh tak apa. Jemput makan,” jawab Feralina sebelum meneruskan perjalanan ke
kaunter.
Sayd menggeleng kepala, “ulat bulu pun tahu berhenti wei,” sindir Sayd
sambil memandang makanan milik Lokman. Dia menongkat dagu sementara menunggu
pesanan makanannya.
Feralina mengangkat dulang dengan penuh berhati-hati. Dia tersenyum lebar
apabila berjaya mengangkat semua makanan tersebut dengan selamat. Lebih gembira
apabila Sayd bertepuk tangan seperti dia baru sahaja memenangi sesuatu
pertandingan.
“Haah. Aku dengan Sayd masih di Love Kafe. Hah? Okay kejap,”
Lokman pandang Sayd yang sedang membantu Feralina memindahkan makanan dari
dulang ke meja, “kau ada bawa kunci rumah tak?” tanya Lokman.
Sayd mengorek poket seluarnya sebelum mengeluarkan segugus kunci.
“Okay. Kau singgah sini. Ambil kunci aku,” kata
Lokman sebelum menamatkan panggilan.
“Dia keluar lagi ke?” tanya Sayd.
“Biasalah. Kan sekarang tengah cuti semester kat UK,” jawab Lokman sebelum
memasukkan telefon bimbit ke dalam poket. Hampir tersembul matanya melihat
makanan yang terhidang di atas meja.
“Enoki goreng dengan mayonaise pedas,
panini daging bakar dengan keju, lasagna daging dan jus oren,” Feralina
membacakan kembali pesanan Sayd, “untuk dessert saya
hantar kemudian ya,” kata Feralina sebelum mengambil dulang dari Sayd, “selamat
menjamu selera,” katanya sebelum melangkah semula ke belakang kaunter.
Sayd memercikkan jus oren dari strawnya apabila Lokman tidak berkelip
memandang Feralina, “jangan buaya sangat boleh tak? Dah, makan!”
“Fera, ini makanan yang kau nak bawa balik nanti. Dua sandwich
ayam. Satu untuk housemate kau ke?” tanya Erna
setelah memasukkan pesanan Feralina ke dalam bungkusan makanan.
Feralina memandang sekilas bungkusan tersebut.
“Um. Ya,” katanya sebelum melangkah ke dapur.
Pintu kafe ditolak dari luar. Kafi mendekati Sayd dan Lokman.
“Aku terlupalah mana aku letak kunci rumah. Tertinggal di atas meja kot,”
kata Kafi sambil melabuhkan punggung di tepi Lokman.
Lokman terus mengesot ke tepi untuk memberi ruang kepada Kafi. Kunci rumah
miliknya dihulurkan kepada Kafi. Sesekali dia menjenguk ke arah kaunter untuk
melihat Feralina.
Kafi mengerut dahi dan memandang ke arah kaunter.
“Budak tu ke mangsa terbaru buaya darat ni?” tanya Kafi kepada Sayd.
Sayd pandang Erna yang sedang membersihkan mesin kopi.
“Erna?” Sayd tergelak kecil sebelum menggeleng laju, “beranganlah dia kalau
dia boleh dapatkan Erna.”
Kafi tergelak kecil sebelum memandang jam di tangannya, “aku gerak dululah.
Coach suruh aku datang training petang ni.”
Feralina keluar dari dapur bersama kek keju yang baru siap dibakar. Dia
mengangkat pandangan apabila terdengar lonceng di pintu kafe berbunyi.
Kafi menolak pintu Kafe sambil tunduk memandang skrin telefon bimbitnya.
“Fera.”
Feralina terus mengalihkan pandangan ke arah Erna.
“Nanti kau tolong aku stok beg kertas sebelum kau balik nanti,” pesan Erna.
Feralina mengangguk selepas meletakkan kek ke dalam peti sejuk. Dia
melangkah semula ke bahagian dapur.
Kafi memandang sekilas ke arah kaunter sebelum melangkah keluar dari Kafe
itu.
Feralina muncul semula dengan membawa seikat beg kertas untuk diletakkan ke
dalam laci di bawah kaunter.
“Erna, kau tahu kan yang Lokman dan Sayd agak terkenal di Angsana?” kata
Feralina sambil menyusun stok beg kertas ke dalam laci. Serta merta terbayang
lelaki yang menjadi mangsa peluknya ketika kejadian ‘ballet berdarah’ tempoh
hari. Ternyata lelaki itu juga adalah salah seorang dari The Four Hot Guys
menurut Erna.
“Haah.. tadi ada sorang lagi. Dia dah balik,”
jawab Erna.
Feralina menganggukkan kepala. Dia hanya dapat melihat sekilas lelaki yang
datang tadi. Tak sangka dalam pada dia mengelak dari drama, dia sudah berjumpa
hampir tiga per empat dari ahli pasukan renang yang menjadi kegilaan di
Angsana.
-
Dia Sesekali begini, aku terasa tenang. Duduk di kedai kopi, sambil bercerita tentang kisah lalu bersama kawan-kawan. Aku tiada ramai k...
-
Prolog “Awak… saya ikut awak ya..” Dya mendekati kekasih hatinya. Entah kenapa, sejak dari tadi kekasihnya itu tidak banyak bercakap, m...
-
Open House Sekolah Cinta part 1 “Encik Taqiuddin Qawi.. awak memang tak boleh tinggalkan kerja awak walaupun untuk makan tengah hari ke...